Monday, 13 August 2018

Seoul 2.0 : Gangnam, Sebitseom and Rainbow Bridge

Masih lagi di hari ketiga, hari Ahad.

Alhamdulillah, dah lunch+dinner di Kervan Turkish Restaurant di GFC Mall, mulakan aktiviti berjalan. Evening walk dari Yeoksam station ke Gangnam station. Masuk ke underground mall di Gangnam Station, tujuan utama nak cari kedai handbag yang pi 5 tahun dulu. 

Memang meriah di bawah tanah ni, tambahan ada 'summer sale', time gaji lagi. Jumpa Paris Baguette, masuk beli roti untuk sarapan pagi esok.
 
wahh..Mr Sunshine..Paris Baguette salah sorang sponsor citer ni

Jalan-jalan, tak jumpa kedai handbag, keluar exit 10, menyusuri jalan ke Sinnonhyeon station pula. Nak ambik Line 9 untuk ke stesen Express Bus Terminal.

 bahagian belakang, tengok patung ni, 
teringat tarian John Travolta, banyak language school di sini

Menghampiri Sinnonhyeon station, ada kerja-kerja membaiki jalan, suasana sesak, tinggal satu lorong je.

dah sampai Sinnonhyeon station, 
kelihatan Urban Hive building di seberang jalan

The Urban Hive is a building designed by architect In-Cheurl Kim. The building is called the Urban Hive because of its unusual honeycomb exterior structure. This honeycomb motif is not simply aesthetic, this unique method of supporting the structural weight of the building with the honeycombed concrete exterior imparts unique benefits for the interior spaces of the building. There are 3371 holes total in the outside wall of the Urban Hive.

singgah CU beli air kopi hazelnut
sedap...ada pelbagai perisa

iklan British Council

Di Sinnonhyeon, naik line 9 ke Express Bus Terminal, keluar exit 8-1, untuk ke Banpo Bridge (Rainbow Bridge) nak tengok pertunjukkan lampu di jambatan ni. Berjalan di sepanjang jalan besar, nampak signage Rainbow Bridge, jalan lagi, tiba di Sinbanpo station..rasa macam dah jauh berjalan.

 Hangang Park lagi 500m, Banpo Bridge takde

 disinari mentari petang

Sampai di satu simpang, nampak signage Hangang Park & Sebitseom, corner kanan, kena jalan lagi 1km. Bila nampak tulisan Sebitseom, dah dekat dah dengan Banpo Bridge. Tanya arah kat one couple, depa pun tak tau Banpo Bridge kat mana. 

Ikut gerak hati, jalan ikut mereka yang nak gi beriadah, tetiba couple tadi berlari kejar kami sambil tunjuk handphone lokasi Banpo Bridge. Kamsahamnida, bersusah payah kejar, aiseyy, baru teringat kenapa tak google je tadi lokasi Banpo Bridge..terlupa sungguh. Aje je nak suh kami evening walk, exercise petang..lalu bawah terowong..tadaa..

Sebitseom dan Banpo Bridge

Lebih kurang begini perjalanan kami ke Sebitseom


Masih ramai lagi beriadah di Hangang Park ni, yang bawa anjing jalan-jalan, yang berbasikal, family piknik, suasana nyaman, tak panas. Kami pun berjalan menuju ke Sebitseom, tiga pulau terapung ciptaan manusia di Sungai Han. Dipangil juga dengan nama Some Sevit.

 senja nan merah di Sungai Han

entrance ke Some Sevit

Sebitseom ada tiga pulau: Gavit, Chavit, Solvit dan juga Yevit - the performance area diatas air. Dibuka kepada umum secara rasminya pada November 2014. Antara lokasi shooting movie Avengers: Age of Ultron.


Di pulau-pulau ni ada restoran, muzium, wedding hall

Hampir pukul 8.00 malam, tunggu show kat Banpo Bridge. View dari Sebitseom.

dah nak start

nampak le sikit. sebaiknya tengok dari sisi baru nampak pelangi

oklah, dah habis pertunjukan. Berjalan balik ke Express Bus Terminal, ikut jalan yang betul..hehe. Masuk ke stesen ikut Gate 4 Goto Mall. Mudah sungguh kalau nak ke Banpo Bridge.

Masuk Goto Mall dalam stesen Express Bus Terminal, cari Gate 4, keluar ke kiri, dah sampai atas, pusing kanan, jalan terus je. Boleh je ikut kanan sebab ada eskalator, belah kiri ikut tangga.

Dalam Goto Mall

Signage ke Banpo/Hangang Park, Sebitseom. Gate 4 yang paling dekat

besar gak underground mall ni

Masa untuk balik, naik Line 3 ke Seoul National University of Education, then Line 2 ke Yeoksam station. Huh! hari yang panjang, lebih kurang 23,000++ langkah perjalanan hari ni. Hari ini dalam sejarah, paling tinggi..boleh kurus kalau hari-hari macam ni...bhaha..

Dah refresh, masih kenyang lagi, nak supper juga, makan roti dengan sambal bilis Che Nor. Lepak tengok TV, citer Mr Sunshine, ditayang hari Sabtu dan Ahad di Korea.

Mr Sunshine tanpa sarikata

Home shopping mesti ada

jual ikan kering pula

stew sayur + ikan..nyum, nyum..

End of Day 3. Esok hari untuk tunggang terbalik di Lotte World Theme Park dan juga jumpa Baby Shark..dududu..okbai..

10 comments:

  1. Architecture bangunan2 sana memang sangatlah power dan mengasyikkan untuk diperhatikan atas bawah... leka dibuatnya, hahah :3

    Sis cecah 23k plus steps hari tu... power tu sis, daebak... *thumbs up* ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. bangunan2 moden di sana menarik architecture nya...suka tengok..

      rasa nak tercabut kaki berjalan hari tu dgn backpack berat seblm check in hotel..training askar..hihi..puas lah jelajah Gangnam...huhu..

      Delete
  2. MEMANG SERONOK JLN2 HALA KESITU WALAU PENAT SEDAR2 DH SAMPAI SEBAB SUASANA SEKITARNYA MENARIK

    ReplyDelete
    Replies
    1. berjalan sambil menikmati suasana petang di korea..

      Delete
  3. Kopi Hazelnut tu macam sedap je. Perisa apa yang best. Underground mall kat seoul memang best. Ralit mata memandang barang-barang...huhuhuhu berjam-jam pun tahan. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuma try perisa hazelnut je, yg lain strawberry, americano..ya, underground mall ni jual mcm2 benda..harga reasonable jg..mmg ralit window shopping..

      Delete
  4. Jauh kan kalau nak berjalan ke sana dari stesyen Express Bus Terminal... rasanya lebih satu km...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg jauh dari exit 8-1..tapi masa balik masuk Gate 4 Goto Mall, mmg ralit window shopping..hihi..

      Delete
  5. Kalau jalan macam ni..tak terasa walau dah 23000 langkah..
    Cantik gambar langit senja

    ReplyDelete
    Replies
    1. tk terasa sbb jalan sambil menikmati pemandangan baru di sekeliling..
      first time tgk senja di kwsn sungai..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...