Wednesday, 8 August 2018

Seoul 2.0 : Insadong and Gyeongbokgung

Sambung kisah jalan-jalan di Seoul. 

Masih lagi di pagi hari Jumaat, hari pertama di perantauan.

Berdiri depan pintu Fully Hong Mini Hotel, hati berbelah-bagi. Nak makan nasi ikan bakar kat sini dulu ke atau nak makan sujebi di Insadong. Bau ikan mackerel bakar menyusuk kalbu...tak tahan wehh..

Since itinerari pertama nak terjah Insadong, baiklah kita cuba makan sujebi. Jom mengorak langkah, berjalan kaki ke Insadong yang ada banyak kedai-kedai tradisional jual souvenirs truly made in Korea dan juga art gallery.

 permulaan Insadong-gil di bahagian selatan

Insadong-gil

Sukaa!! suasana di Insadong. Menyusuri Insadong-gil..banyak hasil kraf yang cute2, comel2...yippuda..

traditional hanji fan

Lalu depan dua, tiga gerai jual manisan 'dragon beard candy' atau kkul-tarae, nampak je orang Malaysia, mula le penjual tu cakap....''sedap giler" sambil tunjuk candy...adoyai, malas nak layan, hahaha..


banyak juga galeri & art shop 
si pinky naik basikal..haha..tak perasan..


Jalan sampai ke Ssamziegil, bangunan komersil dibina daripada kayu. Malas nak naik, nampak tangga je, macam takde lif. Cuaca panas, nak cari tempat ada air-cond.



Tengok jam dah pukul 11 lebih, perut dah terasa lapar. Dah ada di Insadong, haruslah cari restoran sujebi yang femes tu. Dah plan nak ke sini bila baca dalam blog Azra and budgettravel2korea

Masuk jalan Insadong 10-gil, nampak signage Insadong 8-gil, masuk lorong Insadong 8-gil tu, menonong je jalan ke depan, tak pandang kiri pun, melilau dalam tu, keluar balik. Pening, banyak sangat restoran Korea kat lorong tu. 

Last-last tanya kat gerai jual kkul-tarae tadi..haha..depa yang beritau, restoran tu ada kat dalam. Jumpa juga akhirnya..

Lokasi restoran sujebi (lebih kurang)

Insadong 8-gil tu lorong kecik je, untuk pejalan kaki

 suasana dalam restoran

 ruang untuk makan bersila

Tengok buku menu. ada terjemahan dalam bahasa melayu. Ada macam-macam jenis sejubi. Order sujebi biasa dan haemul pajeon (lempeng seafood).

 semangkuk sujebi - peralatan tradisional korea (earthenware)

 semangkuk besar kimchi. ada juga water radish
kimchi ahjumma ni memang terbaik..sedapp..

sujebi dan lempeng yang sedap
sujebi ni macam tepung liat dalam sup ikan bilis

Jenuh juga nak perabihkan lempeng tu, mula-mula tu ok je makan begitu saja, lama-lama craving for sos cili. Alangkah bestnya kalau ada sos cili. Sos cili ada dalam beg tinggal kat hotel. Berjaya juga menghabiskannya..Alhamdulillah. Harga : sujebi = 6,000 won, pajeon = 12,000 won, jumlah KRW 18,000 (RM65.70).

Dah kenyang, hati riang, kembali sambung berjalan ke Gyeongbokgung, istana lama tinggalan Dinasti Joseon.

 ke hujung Insadong-gil bahagian utara

 landmark Insadong bhg utara 

Berjalan ke Sejong-daero untuk ke Gwanghwamun Gate, pintu masuk utama ke Gyeongbokgung

Twin Tree Towers - bangunan pejabat yang ada pleat mcm skirt

Gwanghwamun Square - masa ni pukul 12.25 tengahari
panas lit-lit, matahari memancor-mancor

 
tak masuk dalam kawasan istana, cuma snap gambo pengawal je

 ada gak yang berhanbok 

Dari Gwanghwamun Gate, berjalan ke square yang ada patung King Sejong dan Admiral Yi Sin dan terus ke Cheonggyecheon, sungai kecik yang jernih airnya. 
 
menyejukkan diri di Cheonggye Stream
ada orang buat shooting..dokumentari kot..

Bersambung..lepas ni ke KTO Seoul Center.

10 comments:

  1. Sukalah tengok suasana kat kedai makan tu.

    ReplyDelete
  2. Hehee... teringat kat mamat korea yang buat kkul-tarae di Myeongdong last year, pandai jugak dia cakap Malay sikit2 sambil melawak... tarik perhatian pelancong dari Malaysia :D

    Waaa nampak sedapnya sujebi tu... harap one day dapat try sujebi :'3

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang jual kkul-tarae ni ramai yg pandai ckp Melayu, kt Namdaemun pun ada jg..

      mmg sedap sujebi, kena try..

      Delete
  3. i miss sujebi T____T
    kimchi ahjumma sujebi tu mmg terbaek lahh, tempat lain tak dapat rasa sesedap itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..kimchi ahjumma tu memang sedap, tmpat lain biasa2 je..non-stop makan, buat wrap dgn pajeon..banyak betul dia bagi, satu pot..

      Delete
  4. So tak jadilah makan ikan bakar yang sedap giler tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jadi..dan tk makan ikan bakar kt depan hotel, mkn kt namdaemun..

      Delete
  5. menarik Sujebi.. tak penah cuba. kalo pegi kena kongsi2 je kot rasanya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. portion besar..mmg kena kongsi2..lagipun first time cuba, tk tau rasa mcm mana..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...