Thursday, 9 August 2018

Seoul 2.0 : KTO Seoul Centre, Namsan Tower and Myeongdong

Dah puas lepak-lepak, rendam-rendam kaki di Cheonggye Stream, bergerak  naik ke atas, berjalan ke K-Style Hub di Korean Tourism Organisation (KTO) Seoul Centre.  Inilah pertama kali masuk bangunan pejabat di Seoul.


Masuk je ke dalam bangunan, reception dah gamit, kami pun pergi ke reception kaunter, terus dia explain apa yang ada di K-Style Hub.

Naik ke tingkat 2, Tourist Information Centre. Ada area untuk medical tourism, hallyu tourism. Ada beberapa artis Korea standing cut-out.


Bigbang standing cutout - cilok dari KTO website

Virtual Reality Experience Zone

Best..sejuk..hihi..Di tingkat ni, ada cafe, boleh bergambar dengan artis secara hologram, ada surau untuk muslimin dan muslimat. Naik ke tingkat 5, area Cultural Product Hall. Boleh pakai hanbok percuma, ada aktiviti buat kipas hanji. 

tempayan-tempayan 

paper dolls menggambarkan Korean culture
karakter-karakter ni ada dalam sageuk kdrama

Tak berlama-lama di sini. Jam dah pukul 2 lebih, bergerak ke hotel, untuk check in. Dah refresh dan solat, keluar semula, nak ke Myeongdong.  

Cheryl ada di luar, tanya kami nak ke mana. Dia beritau boleh jalan kaki je ke Myeongdong, tapi sebab summer, dia kata lebih baik naik subway. Tak larat den nak jalan kaki, tadi dah berjalan satu pusingan : Jongno-Insadong-Gyeongbokgung- Gwanghwamun-Cheonggyecheon-Jongak-Jongno.

Di Myeongdong station, keluar exit 2, berjalan ke MOM House - hostel & cafe, milik Kyuhyun, ahli kumpulan Super Junior. Maklumlah bawa peminat Super Junior, mesti check out tempat-tempat yang related dengan SuJu.


 Enjoy Myeongdong with Pororo

Dari MOM House, seterusnya ke Namsan Tower. Bercadang naik cable-car. Masa buat itinerari, teringat En Mie naik Namsan Ormi   - lif senget (slanting) turun dari atas. Teringin gak nak naik..jom menapak ke sana, naik bukit, turun bukit.


Laluan yang diambil dari MOM House ke Namsan Ormi
 
Welcome to Zaemiro - Seoul Comics Road

 larva, larva

Start dari Pacific Hotel, dah kena mendaki, ya ampunn..corner kanan dekat 24 Guesthouse Namsan Garden masih lagi mendaki, then start dari Be My Guesthouse, menurun bukit pulak..huhu..

  yeayy..semakin hampir

kotak lif bergerak turun 

 Namsan Ormi Elevator

menuju puncak
sedikit gerun, takut terpelanting sebab senget..hihi.. 

 view dari ormi lift

Dah sampai di stesen cable-car, tak ramai orang. Beli tiket sehala - 7,000 won, balik nanti naik bas. Kali kedua ke sini, oklah..

 ada blogger amik gambar macam ni, tiru aksi beliau

syahdu..sape tah jiwang karat

Balik naik bas kaler oren no. 5, tambang 1,200 won, turun dekat exit 4, Myeongdong station, melintas jalan...wohaa..Myeongdong night market...meriah..penuh dengan umat manusia..



Mencuba street foods yang diyakini halal.. 

 egg bun - 2,000 won

 kimbap - 6 rolls - 5,000 won, tapau bawa balik
inti cheese, anchovy, ketam, kimchi 

 kuih inti keledek

Yang ni jamu mata saja

 oreo churros

 udang goreng

 lobster cheese

Simpan perut untuk proper dinner, menjamu selera di Busan Jib. Google cari lokasi, di lorong kecik je. Restoran Busan Jib ni ambil bekalan daging halal di Itaewon. Ramai jg orang Melayu tengah makan di sini.

 Makan nasi goreng daging..sedapp..
harga 10,000 won (RM36.50)

Berakhir sudah hari pertama di Seoul. Balik hotel, zzz

12 comments:

  1. Busan Jib! I've been there last year, makan bubur abalone, banchan set dan pajeon. Mashita (sedap)~ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Busan Jib selain Kampungku - restoran halal di Myeongdong..sedap masakan di sini..

      Delete
  2. teringin nak ke overseas tp duit belum cukup.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi naik kereta cable....huhuhuhu nak pi seoul lagi lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun first time naik...Seoul pergi byk kali pun x jemu, byk tmpt menarik..

      Delete
  4. CT suka Larva..!! nak cepuk2 je dua ekor tu ahahah.. akak..!! buat rasa nak pegi Seoul tapi nak buat trip makan2 je heeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tk pernah tgk citer larva, nmpk mcm jahat je..hehe..street foods kt myeongdong sgt tempting..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...