Sunday, 12 August 2018

Seoul 2.0 : Starfield COEX Library, SM Town and Yeoksam

Sambungan dari kisah di Gangnam.

Dari SM Entertainment HQ, berjalan balik ke jalan utama, tunggu bas no. 362. Check kat bus stop tadi, bas ni ada pergi Samseong Station Exit 7. Nak pi Starfield COEX dan SM Town, di Samseong.

Rupanya silap, bas 362 ni masa balik je dia stop kat Samseong Station. Dari Apgujeong-Rodeo, dia terus corner kiri, masuk jambatan dan menyeberang Han River, sedangkan Samseong Station letaknya di bahagian selatan..huhu. Selepas Han River, kami pun turun, menyeberang jalan, tunggu bas lain, bas no. 146. Turun di bas stop Trade Centre.

 Starfield COEX trade & convention centre + mall

masuk di sini, nak pi library yang gempak tu

Starfield Library

ramai pengunjung

buku-buku sebagai dekorasi

Tak singgah, cuma buat lintas hormat di library ni. Keluar pintu utara library, terus nampak bangunan SM Town yang menempatkan pelbagai benda tentang artis SM Entertainment - EXO, Super Junior, Red Velvet, TVXQ, Shinee, dll. Ni yang anak saudara nak pi sangat..huhu..

exterior yang nampak mewah
 

Macam-macam ada disini, muzium, arkib, kedai cenderamata, cafe dan theater.

 lepak kat sudut sini di kedai cenderamata, tempat cop idol group
people-watching, tengok gelagat peminat, termasuklah anak saudara
 
lepak cafe pula

cup cake artis SM 

produk makanan by artis SM 

theater level, they really know how to please their fans
 
lepak depan bangunan pula 

Ralit sungguh tengok TV besar kat bangunan ni, menggunakan Samsung QLED TV, memang sangat 'fluid' movement, best le tv ni..sekarang ada OLED, mirco-LED..nak tau QLED vs OLED tekan sini..

Sambil lepak-lepak, fikir nak makan kat sini ke atau kat Yang Good BBQ Lamb. Di Starfield COEX Mall ni ada restoran halal, Kervan Turkish Restaurant. Di Hall E Exhibition Centre, di tingkat 3 ada musolla (surau).

Cadangannya, tak jadi makan kat sini, sebab nak check-in hotel di Yeoksam, dah dekat dengan Yang Good. Fikir juga nak ke Yeoksam, nak naik bas ke subway..dua stesen je dari Samseong stesen. Malas nak cari bas, turun ke Samseong station, naik Line 2 ke Yeoksam station.

Di Yeoksam Station, keluar exit 3...taraa..dah nampak signage ke hotel.

 Stay Gangnam dan Star Hotel

Teheran-ro, jalan utama di Gangnam city

Booking Hotel Gangnam Star, dekat bebenor dengan exit 3, corner kiri, dah nampak. Di sebelahnya, Hotel Stay Gangnam, share fasiliti.

 Hotel Gangnam Star, a 2-star hotel

 Hotel Stay Gangnam

 reception area

dining area

Sebab double/twin room dah habis, booked deluxe family room, harga untuk satu malam RM213.34, takde sarapan. Terbaik, besar bilik hotelnya. Proper hotel with full facilities - tuala mandi/muka, toiletries, peti ais, hair dryer, coffee making, cerek elektrik.
 
bilik air pun besar, ada bathtub, ada shower

Berpuas hati. Berehat-rehat, baring-baring, luruskan badan dan kaki untuk 2nd round walkathon..ukur jalan..hehe.

alat untuk menyelamatkan diri secara abseiling, guna tali
walaupun ada tangga kecemasan tapi in case takleh guna
gunalah tali ni, dah dua kali jumpa benda ni kt hotel di Korea

tingkap kecemasan, siap ada torchlight 

Jam menunjukkan pukul 4 lebih, perut pun dah berkeroncong, jom jalan-jalan cari makan, ke Yang Good kita. Dekat benor dengan hotel, di seberang jalan je. Melintas jalan ikut subway station, masuk exit 3, keluar exit 4, mudah sebab dua-dua exit ada eskalator..hehe..

Dah keluar exit 4, jalan ikut lorong-lorong belakang, berpandukan peta (print kertas), naik bukit, turun bukit juga, Alhamdulillah..

 tudia dah nampak signboard Yang Good

dah sampai

hati dah gumbira, tetiba pekerja tu cakap 'Sunday, close for cleaning'
huhu..harapan berkecai..tak check, ingatkan mcm kat Malaysia
buka 7 hari seminggu..hehe..

Dah lapar ni, nak makan kat mana? nak proper food, nak nasi. Tetiba teringat Kervan Turkish Resturant kat COEX Mall. Malas lak nak berpatah balik, lepas ni nak gi Gangnam station. Check internet, kot-kot ada Kervan di Gangnam station.

Ada tiga info yang keluar, nampak yang ni..Kervan 190m. Alhamdulilah, dah dekat ni. Tekan yang tu, tengok kat Google map..yeayy, dekat exit 2 Yeoksam station. Apalagi, moh kita check it out. Masuk exit 4, keluar exit 3, jalan ke atas, ke exit 2. Di sini rupanya..

 GFC Mall @ Gangnam Finance Centre Building

Gangnam Finance Centre

Alhamdulillah, buka

pelbagai menu nasi, mulalah rambang mata
sib baik cepat sedar diri, pilih yang bahagian atas, harga reasonable
between 12,000 to 15,000 won

Dah order, mula operasi menembak, shoot sana-sini, pelanggan pun takde lagi, cuma kami berdua je. Ada banyak restoran, cafe dalam ni, bakeri pun ada.

suasana dalaman

pelbagai jenis kebab
dalam hati dah fikir, kalau lapar malam ni, boleh le beli kebab disini

manisan - turkish delight

Makanan dah sampai, sedap juga masakannya

besar portion nya, ada nasi, grilled chicken, french fries, salad
ini yang waiter tu cakap untuk sorang makan
habis jugalah sebab lapar tahap gaban

Alhamdulillah, kenyang sampai malam. Makan dah, jom start jalan, berjalan ke Gangnam station, satu stesen je dari Yeoksam. Evening walk..

Thanks for reading..selamat berhujung minggu.

6 comments:

  1. Ooo.. baru saya tau pasai kit kecemasan untuk menyelamatkan diri tu, belum pernah lagi saya perasan kit tu dalam bilik2 hotel masa di Seoul dan Jejudo last year. Mungkin ada tapi saya yang tak perasan, atau memang benda ni a recently added item in hotel rooms... interesting :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu masa gi thn 2013, dlm bilik hotel ada jg benda ni, tk semua hotel ada kot..

      Delete
  2. syoknya tenguk tv besar gaban...rasa nak tidur depan tu sambil tenguk tv...hehehe macam kat rumah sendiri je gayanya. Portion makanan dia nampak sedap dengan pelbagai lauk nya.yummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg syok, tambahan pula QLED TV..ralit tengok 'smooth movement'..portion dia besar, mmg kenyang sungguh..nasi, french fries..

      Delete
  3. Sedap nampak grilled chicken tu..
    Saya kalau gi jalan2, part makan tu penting. Kalau lapar, macam mana nak jalan...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap jg..masa ni mmg sgt lapar, dah pkl 4++ tak makan, pagi mkn roti je..dah makan, baru bersemangat nak jalan..hehe..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...