Friday 24 August 2018

Seoul 2.0 : Unhyeon Palace, Rumah Goblin and Itaewon

Assalamualaikum..

Hari last untuk rondaan di Seoul, esok pagi dah nak balik Malaysia.

Destinasi pagi ni dekat je, di Anguk-dong, nak pi rumah Goblin. Hehe..takde le minat sangat citer Goblin, cuma nak tengok bangunan dia, sebab bangunan ni idiantara bangunan moden bersenibina barat yang terawal dibina di Korea semasa peralihan zaman dinasti beraja ke zaman pemerintahan Jepun.

Ambil Line 3 ke Anguk station, keluar exit 4, tapi exit 4 ada renovation, so keluar exit 5, lintas jalan ke exit 4. Yang best kat Anguk station ni, ada beberapa orang ahjussi yang sukarela bertugas sebagai pemandu pelancong. Siap suruh ikut dia keluar exit 5 dan tunjuk arah ke exit 4. Kamsahamnida.

Rumah Goblin ni dalam kawasan universiti - Duksung Women's University.  Nak ke universiti tu lalu depan Unhyeon Palace, istana di mana Emperor Gojong tinggal sebelum dia menjadi raja/emperor Dinasti Joseon yang terakhir. Istana ni dibina pada tahun 1864 dan dibaiki dalam tahun 1996. Emperor Gojong adalah king dalam kdrama Mr Sunshine.

Masuk sekejap, melawat kawasan, masuk adalah percuma. Sunyi je, tak ramai pelawat.

 sujiksa - guards' quarters

dah habis ronda di sini, kita ke sebelah, ke Duksung Women's University. Dalam kdrama Goblin, mereka cuma shoot bahagian depan, dekat pintu saja.

Sebenarnya rumah Goblin ni dulunya sebahagian daripada Unhyeon Palace, dipanggil Yanggwan Hall atau Western House. Dibina pada tahun 1907 oleh Japanese ambassador untuk mendapat favour daripada keluarga diraja. Kalau tengok kdrama Mr Sunshine, memang geram je tengok orang Korea yang jadi talibarut, pemakan dedak Jepun ni..hishh..

Dah sampai entrance Duksung University, tak ada guards yang jaga, terus je masuk. Ada terbaca, yang kawasan ni tourist tak boleh masuk, pak guard tak bagi masuk. 
 
universiti entrance

Yanggwan Hall

colonial building

  scene dalam citer Goblin

kehijauan
 
Jalan-jalan di bahagian atas pula dan nampak bangunan yang menarik ni di seberang jalan.

ivy-clad building and glass building
ada hanok building di bahagian tengah

Bangunan yang dilitupi dengan pokok ivy dan juga bangunan lutsinar disebelahnya ini ialah Arario Museum in Space. Menarik bangunan ni,  siap dibina pada tahun 1971.

 aerial view Arario Museum

The Arario Museum in Space is a modern art museum that was established by the chairman of the Arario Corporation, Chang-il Kim. The building that houses the museum was designed by the famed Korean architect Kim Swoo-geun.

Dari Duksung University, bergerak balik ke Anguk station. Dah sampai kawasan ni, haruslah melanjutkan langkah ke Bukchon Hanok Village. Jom, di Anguk station, keluar exit 2, jalan terus.


Bukchon-ro


Dah sampai di Bukchon Hanok Village, rasa malas lak nak mendaki bukit, cuaca sangat panas. Suruh anak saudara pi ronda sorang-sorang, sebab dia belum tengok lagi, teman dah pi dulu. dia pun malas nak mendaki bukit, so kitaorang cuma lepak minum air depan kedai serbanika, sambil tengok orang. Ramai pelancong dari negara China, berbas-bas.

Lepak di sini 
 
ada gak pusat pemulihan untuk kaki judi

---------------------------------------

Dari Anguk station, kita ke Itaewon station.

di Itaewon station, sayup je

 balai polis

 the Halal Guy - bangunan warna kuning


dondurma - aiskrim turki


restoran Zafran & Makan


Alhamdulillah, bertemu kembali


syiar Islam di Seoul


Dah pukul 12 lebih, menunggu waktu Zohor di ruang muslimat. Selesai solat, bergerak cari makan, rambang mata, banyak betul restoran halal.

suasana neighbourhood area dekat masjid

pilih restoran ni - Eid
sebab JJCM TV3 pernah datang sini

kecik je kedainya, student malaysia yg jadi waitress

my niece order bulgogi

saya order samyetang 

overall, so-so je makanannya. First time makan samyetang dan bulgogi, don't know what to expect. Samyetang - sup ayam, tawar je rasanya. Bulgogi dia rasa manis. Alhamdulillah...kenyang. Berjalan balik sambil melihat kawasan perumahan di sini.

 tingginya..semput nak mendaki hari-hari..

Bergerak ke destinasi seterusnya, ke Namdaemun Market dan Lotte Mart, sambung shopping. Mula-mula gi Namdaemun Market, beli t-shirt Korea, seaweed, pouch, pengepit kuku dan brooch. Kendian, jalan kaki ke Lotte Mart di Seoul Station, kali ni lalu ikut bawah je, melintas ikut underground di Seoul Square.

bangunan lama Seoul Station

city centre

Kali ni di Lotte Mart, misi membeli kimchi peket, Bibigo Kimchi.

oppa Park Seo Joon jadi duta

Sebelum naik subway, sempat singgah e-mart, beli air dalam peket, bawa balik Malaysia..huhu..

Hasil belian kali kedua di Namdaemun Market, Lotte Mart dan e-mart.

air peket e-mart, seaweed, susu pisang perisa blueberi, susu badam,
nasi segera utk dinner dan dapat free seketul fridge magnet

 pouch kanak-kanak

pouch bersulam

susu badam dan susu pisang perisa blueberi

bibigo kimchi, dah dibalut airtight oleh ahjumma
promoter yang baik hati bagi extra 2 peket lagi

bibigo kimchi, campur kobis & radish
80g -100g je, cukuplah untuk sorang makan 

Masa tengah sibuk-sibuk kemas, tengok kat handphone ada message dari AirAsia. Flight balik pukul 9.30 pagi esok dah di tukar ke pukul 12.30 tengahari. Alhamdulillah, lega rasanya..tak yah lah pepagi buta pi tarik beg tunggu bas airport. Terus bersemangat balik nak keluar meronda lagi..hehe..

Rondaan terakhir..ke Ikseon-dong dan Myeongdong...

20 comments:

  1. Adoi.. kimchi tu nampak ohsem sangat.. dengan susu badam..
    Menarik menarik bangunan mereka.. Yang Goblin tu bila tengok memeang teringat terus drama dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap jg kimchi tu..tapi sikit sgt..hihi..jln2 tengok bangunan..

      Delete
  2. bangunan tu memang cantik. teringin jugak ke sana. and by the way, welcome back to malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, one fine day dpt ke sana..tq, dah lama gak balik..

      Delete
  3. Replies
    1. beli pouch byk jg...ole-ole utk adik beradik & anak2 saudara..tk tau nk beli apa..hehe..

      Delete
  4. semoga abe kie boleh sampai ke Korea gak nanti..

    ReplyDelete
  5. akak !! air dalam peket tu kenapa menggoda sangat. iols xleh laaa makanan2 gitu nak cubaaa rasanya. air2 gitu hahaha.. nxt time ada rezeki pegi kena ingat sesiap. cuba cuba !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. air2 dlm peket tu sedap2 belaka..rasa nk beli semua bw balik..hihi..recommended uk try..

      Delete
  6. Fuh menarik giler di korea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk tmpt menarik..tk dpt nk cover semua..

      Delete
  7. Klasiknya tengok bangunan kolonial tu. Tak posing ambik gambar kat situ ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada..snap cepat2 sbb cuaca panas sgt..hihi..

      Delete
  8. Cantik pemandangan di Seoul, bersih dan menghijau..
    Semoga LZ dapat melancong ke sana suatu hari nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin..mostly kawasan di Seoul bersih..

      Delete
  9. Bangunan yg diselaput oleh pokok ivy tu bestnya, mesti redup dan sejuk je kt dalamnya kan.
    Kagum dan terharu tengok masjid tu, Alhamdulillah syiar Islam telah smp ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Islam dh sampai di korea lps perang korea 1950, dibawa oleh tentera Turki.
      Bangunan mcm kat negara Barat..diselaputi pokok mnjalar..

      Delete
  10. Kedai serbaneka kat Bukchon hanok village tu, saya pun ada duduk lepak2 situ sambil minum bottled green tea sejuk lepas semput berjalan meronda situ. Layan jugak la dok 'people-watching' kat situ around 30 mins, hehee :D

    And talk about orang Korea yang jadi talibarut Nipon, pemakan dedak Jepun pada zaman dulu tu... when the Japs finally blah dari Korea, dorang yang jadi talibarut tu laa yang kena bunuh dulu. Dapat sedap2 makan dedak sekejap je... lepas tu abih semua kiok laa. Hahah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best gak kan lepak2 depan kedai sambil 'people-watching'..hehe..memang sepatutnya dibunuh talibarut jepun, menjual negara, traitor..kat malaya dulu pun ada jg kan..talibarut jepun, talibarut komunis..Alhamdulillah, kita lahir lepas merdeka..sayangi malaysiaku..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!