Tuesday 11 September 2018

Salam Ma'al Hijrah 1440

Assalamualaikum...


Semoga tahun baru ini dan tahun-tahun yang akan datang menjadikan kita sentiasa berhijrah ke sikap yang lebih baik. Hijrah dari pemikiran negatif kepada yang lebih positif. Hijrah dari niat kerana manusia kepada niat kerana Allah semata-mata.

Daripada www.ilmudanulamak.blogspot.com:

Kelebihan berpuasa dalam bulan Muharram secara umum ada disebut oleh Baginda Rasulullah SAW;
 
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ
“Puasa yang paling baik selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram. Solat yang paling baik selepas yang fardhu ialah solat malam” (Soheh Muslim; 1163/202). 

Menurut ulamak; berdasarkan hadis ini, kita digalakkan banyak berpuasa dalam bulan Muharram. Sebahagian ulamak berkata; kelebihan bulan Muharram itu adalah kerana di dalamnya ada hari ‘Asyura (10 Muharram).
 
Abi Qatadah RA menceritakan; Nabi SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura? Baginda menjawab;
 يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ
“Puasa di hari itu akan menghapuskan dosa tahun yang lalu” (Soheh Muslim; 1161/197).

Umat Islam disunatkan berpuasa pada kedua-dua hari iaitu hari ke 9 dan hari ke 10 Muharram kerana Nabi SAW telah berpuasa pada hari ke 10 dan berniat untuk berpuasa pada hari ke 9. 

Tujuan berpuasa pada hari ke 9 ialah untuk berbeza dengan amalan orang-orang Yahudi dan Nasara yang hanya berpuasa pada hari ke 10. Menurut ulamak; boleh juga hari ke 9 itu diganti dengan hari ke 11 (yakni berpuasa pada 10 Muharram dan 11 Muharram), berdalilkan hadis Nabi SAW;

صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، وَصُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا أَبُو بَعْدَهُ يَوْمًا
"Berpuasalah pada 'Asyura, akan tetapi hendaklah kamu berbeza dengan orang-orang Yahudi, iaitu dengan kamu turut berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya" (Riwayat Imam Ahmad dalam Fadhail as-Sihabah; 1951. Musnad al-Bazzar; 5238. Dari Ibnu 'Abbas RA).

Selamat menyambut tahun baru hijrah 1440.

12 comments:

  1. Salam Ma'al Hijrah sis, dan selamat berpuasa pada bulan Muharram :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru Hijrah, plain83...belum start posa, target hari Asyura, in shaa Allah..

      Delete
  2. amin insyallah.. mari berusaha menjadi Muslim yang lebih baik =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga tahun ni lbh baik dari tahun sebelumnya..

      Delete
  3. semoga kita dpt bertemu thn dpn pula in shaa allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah, semoga dipanjangkan umur hingga ke tahun hadapan..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!