Friday, 9 November 2018

Nasi Kukus Tok' We

Anak itik Tok We jatuh dalam kolam
Sakit apa Tok We, sakit sendi tulang

Masa nampak restoran ni, teringat lagu rakyat nih..tapi yang ni Tok We jual nasi kukus..di Bandar Tasik Kesuma, Semenyih..


Kedai corner lot, dari jalan besar dah nampak. Nasi kukus Tok' We, Scow Kitchen. Scow Kitchen tu teman tak tau apa maknanya. Jom lihat-lihat apa yang ada di sini..

 menu nasi kukus - tudia keluarga Sadiq Segaraga..jalandah je takde..

Nasi lemak pula

 perghh..sedapnya

Makanan yang lain - lempeng, roti bakar, roti kukus, mi kari


Ok, teman order nasi kukus rafidah, nak rasa sambal cili hijau dia, ada tak macam nasi padang. Mother order nasi kukus ghasidah - ayam masak merah.

Sementara tunggu makanan, jom tengok interior restoran, ala-ala hipster juga lah..white against black..

ada pentas, ada mic, maybe ada show

 cashier & tempat minuman

sudut retro - ada radio lama

Yang ditunggu sudah tiba, perkenalkan 

 Ghasidah

 Rafidah

Yang dalam kole tu kuah kari. Nasinya banyak. The verdict - memang sedap, sambal hijau dan kuah kari nya. Terbaik. Tuang kuah kari kasi banjir. Memang, oishii..menjilat jari..

 total lost - RM21.20 with 2 sirap limau

Recommended, servis cepat, makanan sedap cuma harga sedikit mahal. Kalau beli nasi kukus ayam goreng berempah, yang jual tepi jalan tu, murah sikitlah..RM5.00 pun boleh dapat. Tapi yang disini ada banyak pilihan, selain ayam goreng, bolehlah tukar selera..nak qasidah, rafidah, hamidah..

Happy weekend..

22 comments:

  1. wah sedapnya nasi kukus siap ada nama comey2 lagi

    ReplyDelete
  2. Strategi bisnes yang bagus... ada banyak pilihan nasi kukusnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selain nasi kukus, nasi lemak pun byk pilihan..

      Delete
  3. Menarik nama2 hidangannya, Tok We ni kalau dia jual itik panggang sekali mesti laku kan..hihi 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..ok jg idea tu..tapi belah2 sini, itik jrg orang melayu jual..belah Melaka & NS, itik salai byk dijual tepi jln..

      Delete
  4. Adoih laparnya tengok nasi kukus ni... terlioq :"D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapp..telan ailioq..bila lah nk pi lg..

      Delete
  5. Menarik jugak tu... kalau harga berbaloi dengan rasanya... ok la... 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far memenuhi citarasa.. kira berbaloi dgn harganya, portion besar..

      Delete
  6. Eh bilanya ke sini, ni dekat sangat dgn rumah saya ni..kata org ni tmpt saya main2, hihi..
    Mmg harganya agak mahal, tapi bolehla sesekali nak merasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi hari sabtu semnggu seblm deepavali..kalau ke Tasik Kesuma/Rinching, boleh singgahlah singgah lg..teringat smpai sekrg..huhu..

      Delete
  7. Hamboi.. Nama m3nu dia mengancam sungguh.. satu kelainan yang menarik.. Bonus pula bila sedap..

    ReplyDelete
  8. Nama-nama menu tu macam dalam dialog filem-filem P.Ramlee.
    Tok We peminat P.Ramlee agaknya hiks!

    ReplyDelete
  9. pemiliknya asal Kelantan ke? meme la di kelate banyak gerai tepi jale hok jual nasi kukus. harga paling mahal pun rm5. di restoran ni mahal la sebab dia kena sewa kedai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ya, asal dari Kelantan...hehe..kat restoran, harga mahal lah kan..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...