Thursday 13 December 2018

Kenangan 81218

Assalamualaikum...salam reformasi perjuangan..

Hihi..nak juga letak gambar kat sini, buat kenangan. Ini dari lensa sendiri, yang dalam whatsapp, memang banyak. Bersama meriahkan himpunan ter-aman ICERD di ibukota hari Sabtu lepas.  

08.12.18. tarikh keramat. Demonstrasi pertama di era kerajaan baru. 
 
 Bermulanya di sini..di stesen LRT Sentul Timur
menyahut seruan kerajaan, beramai-ramai naik pengangkutan awam

semakin ramai

pemandangan awal
dataran merdeka tutup? ada renovation? no worry

hot spot - stesen Masjid Jamek

if you cannot beat them, join them

cantik signage ni, ada tulisan jawi khat
harap2 kekal, jangan ada yang komplen

yang wajib tidak ditinggalkan, masjid dah penuh

macam2 sepanduk

sempoi! tenang dlm pembaringan
hangpa nak havoc ka, nak pekik ka, tetap lena

bergerak pulang

bangunan warisan dan lautan manusia

we make it!!

Ini bukan pertama kali join demo jalanan bukan budaya kita. Pertama kali ter-join demo masa zaman reformasi, mata lebam. Dahsyat sungguh, memang betul-betul tunjuk perasaan. Sapa PM masa tu erkk? haha..

Masa tu handphone tak wujud lagi, Sebaran maklumat sangat terhad. Time tu pulak ada kelas di Masjid Negara. Sib baik baru nak keluar dari bangunan, tetiba nampak orang ramai (kebanyakan lelaki lah) bertempiaran lari dari arah Dataran Merdeka ke Masjid Negara, ke Dayabumi. Rupa-rupanya kena kejar dengan FRU, dengan kereta kebal FRU. Bunyi siren FRU menggerunkan betul!! Ini betul-betul demonstrasi jalanan, yang kena tangkap dengan FRU, duduk dalam Black Maria. Ada juga kawan2 yang saya kenal, yang jadi OKT (Orang Kena Tahan). Kesian pasangan suami-isteri tu, asyik kena gi mahkamah, kena bicara, Alhamdulillah, akhirnya, lepas macam tu je..ramai sangat OKT. Tak muat penjara kalau nak sumbat semua. takpe, itu semua luka-luka kecil...aarrgghh...now he is xx-in-waiting.

Kali kedua - demo mansuhkan ISA, yang ni kena sedas gas pemedih mata dekat Sogo. Water cannon raining. Terus ballik ofis, sambung buat kerja.  Ada coretan kenangan di entry Sabtu Yang Merah.

Kali ketiga - Bersih 1.0. Yang ni cuma tengok dari stesen LRT Bandaraya, takleh keluar. Tengok dari atas je mereka bertempur dengan FRU. Lepas tu jalan kaki ramai-ramai ke Istana Negara yang lama..

Alhamdulillah, perhimpunan ni yang teraman, great minds think alike...hihi..kita kawan-kawan, tak mau lawan..sesekali rebel with a cause..xoxo..

20 comments:

  1. Kali ini lebih aman dan berhemah.. Bagus.. Siap ada yang tolong membersihkan sampah lagi.. Barulah betul.. berhimpun dengan aman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah yg best, ada org kutip sampah..imej yg baik, boleh berhimpun lagi..hihi..

      Delete
  2. Wah! pengalaman sendiri tu yang rare bukan semua orang dapat. Mrs. A sekali pun belum pernah 812 nyaris-nyaris dah tapi sayang last tu tak jadi king guna kuasa veto hukhukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Event yg jarang2 ada..hehe..king risau tu kalau jd apa2 tapi Alhamdulillah, aman damai & meriah..

      Delete
  3. Wah..pengalaman berharga tu, sejarah ni..boleh cerita kat anak cucu nanti 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..harap2 tujuan perhimpunan ini tercapai..utk generasi akan dtg..

      Delete
  4. abe kie x suka la gi tempat ramai org gitu. malas nak bersesak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ramai..tapi cuma tengok dari pinggiran & atas LRT je..

      Delete
  5. saya takut nak jengah perhimpunan2 cenggini. Takut aman jadi huru hara. Mana mau lari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuma berada di pinggiran je, tempat tak ramai orang..hehe..

      Delete
  6. WAH NOHAS BERANI JUGA JOIN TUNJUK PERASAAN YA..HEBAT TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah banyak kali join, ok je..polis ramai jaga..hehe..Alhamdulillah..

      Delete
  7. Huhuhuhu... nice entry tuan admin... teman berada di hospital waktu nie... so, hanya mengupdatekan dari dari media sosial la sangat... 🥴 apa pun, kita dapat lihat bagaimana kerajaan baru ini menangani masalah sebegini... Alhamdulillah, tiada perkara yang tidak di ingini berlaku...

    Apa yang kita risaukan ialah mereka-mereka yang menangguk di air keruh... mengambil kesempatan untuk menghuru-harapkan keadaan... itu yang bahaya... so, sama-samalah kita hargai keamanan yang kita kecapi sekarang ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga cepat sembuh...mungkin ada kumpulan yg nak huru-harakan keadaan, the haters! tapi selalunya pasukan keselamatan yg akan bertindak segera utk cekup orang2 ni...kerajaan baru ni pun dulu mereka sama jg, buat demo jalanan jg, lagi dahsyat keadaannya..hihi..

      Delete
  8. insyallah. doakan untuk negara dan keamanan. Allah sentiasa ada melindungi. jangan kita lalai dan lupa Dia. semoga semua baik2 saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga negara kita aman sejahtera, tiada gangguan dari dalam maupun dari luar..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!