Apa yang nak direstart? revamp? rebrand ni? Blogs and blogging..baru nak memotivasikan diri untuk aktif semula...semoga dapat istiqomah..
Mula-mula sibuk nak berblog pada Julai 2008..berjanji sama Kerabat Keramat, nak buat blog. Memang bersemangat masa tu, blog is like a baby, setiap hari kena belai, tukar layout lah, tukar template le, insert tu, insert ni..godek sana, godek sini...berjam-jam cari template yang best-best di internet..install adverts..nuffnang le, google le...kongsi-kongsi ilmu macamana nak letak link, nak upload photo, video, animasi..satu proses pembelajaran untuk celik IT..
Kerabat Keramat laju (baca: banyak idea), entry dah banyak, saya belum pun mencapai angka 100...kura-kura dengan arnab...Dari belasan entry (2008) naik ke puluhan (2009), kemudian merudum ke belasan balik di tahun 2010, tahun 2011 paling kurang, less than 10...the rate of diminishing return..
Nawaitu untuk berblog ni sebenarnya untuk mencari tabung akhirat dengan menulis apa-apa sahaja tentang ilmu yang menjurus kearah itu, mengambil peringatan dari perkara kedua dari hadis Rasulullah SAW berikut:
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)
Kedua: "Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain," yang tersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya.
Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.
Tapi nampaknya telah tersasar jauh, walaupun ada sikit-sikit menyelitkan entry-entry seperti ini - tapi sebenarnya lebih banyak menulis hal-hal keduniaan, maklumlah, ilmu sedikit didada tapi kalau nak, boleh berusaha, hendak seribu daya..
Walau apapun genre penulisan, sematkan etika dalam menulis and juga memberi komen:
1) Jangan menghina/mencaci/berkata-kata kesat
2) Jangan menyebarkan fitnah..selidik dahulu informasi yang diterima.
3) Jangan mendedahkan aib orang lain
4) Menghormati tuan rumah (blog) - jangan buat macam blog komuniti, blog sendiri
Alam cyber ini adalah dunia tanpa sempadan. Sesiapa pun boleh masuk, blogwalking dan berselindung di sebalik kuncikata 'anonymous'. Kata-kata tanpa suara ni kadang-kadang lebih merbahaya..kadang-kadang mengundang salah tanggapan orang lain, peringatan untuk diri sendiri. Yang baik dari Allah SWT, segala kelemahan dari diri saya sendiri. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Wallahua'lam.
- saya suka blogwalking -