Di sinilah tempatnya, where nature & culture in harmony..Saung Angklung Udjo. Saung dalam bahasa Sunda bermakna 'rumah' dan Udjo ialah nama pengasas rumah angklung ini. Tempatnya tidaklah seglamor macam Istana Budaya di Malaysia..terselit di celah rumah-rumah yang dibina rapat-rapat, dengan jalan (atau lorong) yang sempit.
Tempatnya |
Bila masuk ke kawasan ini, tersusun bas-bas pelancongan yang datang dari daerah-daerah lain di Indonesia. Kebanyakan penontonnya ialah orang Indonesia sendiri. Semasa kami sampai dalam pukul 2.15 petang, persembahan sesi tengahari masih lagi belum habis. Untuk sesi petang, ianya akan bermula pukul 3.30 petang. Lama juga nak menunggu, sebenarnya tak buat research betul-betul tentang timing persembahan. Cuma cari dalam Tripadvisor, buka websitenya cuma ala-kadar sahaja.
Bila beritahu pak supir, nak pergi sini, dia cakap persembahan start pukul 2.30 petang. Terpaksalah menunggu. Nak jalan-jalan di kawasan sekitar, tak berapa menarik. Nak menghilangkan bosan, snap2 gambar sekeliling..
Dapurnya.. |
Dibawah rumpun bambu |
General knowledge |
Bayaran masuk untuk warga asing - Rp110,000 (RM30). Tiada tiket, cuma diberi tag bersama mini angklung dan pamphlet mengenai pertunjukan serta air mineral atau aiskrim.
Gamelan boys |
Persembahan dimulakan dengan muzik gamelan di atas. Kemudian persembahan wayang golek atau di Malaysia, dipanggil wayang kulit.
Wayang golek |
Arumba - Alunan Rumpun Bambu antara persembahan yang paling diminati ramai..more modern and upbeat.
Arumba |
Mini angklung menampilkan persembahan kanak-kanak bermain angklung kecil. Sememangnya tempat ini mendidik anak-anak dari kecil bermain angklung.
Mini Angklung |
Slot yang diminati ramai - slot penonton bermain angklung. Anak dan cucu Bapak Udjo yang mengacara slot ini sangat menghiburkan. Setiap penonton diberi sebuah angklung yang telah ditandai dengan nama-nama pulau di Indonesia - Pulau Bali, Kalimantan, Sumatera, Sulawesi, Jawa, Nusa Tenggara dan Papua. Setiap pulau diberi tanda isyarat tangan yang berbeza oleh cucu Bapak Udjo dan penonton akan menggoyangkan angklung mengikut isyarat tangan tersebut. Ada tiga lagu yang dimainkan dan yang pertama ialah lagi kumpulan 'the Beatles'. Inilah first time, saya bermain angklung, what an experience..
Pertunjukan yang terakhir ialah persembahan angklung dari the profesisonal yang bermain sepuluh angklung. Konduktor di bawah ialah anak Bapak Udjo.
Pemain angklung tahap professional |
Persembahan berakhir pada pukul 5.30 petang dan kami bergerak ke factory outlets di Jalan Riau untuk last shopping. Kemudian makan malam di gerai makanan Sunda di tepi Jalan Kebon Klawung. Selesai makan, beli pula tauhu goreng (cannot resist tauhu di sini..enak-enak) untuk makan-makan di hotel, tengok minyak gorengnya, alamak, berwarna hitam..redho je lah..
Keesokan harinya, sarapan di hantar ke bilik (sebab cafe tutup) dan kami check-out at 8.00 pagi untuk terbang pulang dengan flight pukul 12.30 tengahari. Semoga ketemu lagi, Kota Kembang..