Assalamualaikum..hari ketiga di Sabah. Hari Ahad, 8 September 2013.
Bergerak turun dari Kundasang ke Kota Kinabalu. Masa ni hujan renyai-renyai. Sampai di Kota Kinabalu, hujan turun dengan lebatnya. Tak jadi singgah di Masjid Terapung dan Pantai Tanjung Aru. Meneruskan perjalanan ke Restoran Ummi Aisah di Alamesra, berhadapan One Borneo Hypermall. Semua order signature dish iaitu nasi kukus ayam goreng berempah. Ada satu lagi signature dishnya iaitu Sanggar Keju..order dua pinggan..
signature dish - nasi kukus ayam berempah |
Sanggar keju @ pisang goreng keju (source: foursquare) |
Hujan-hujan memang best makan pisang goreng panas. Memang best sanggar keju ni..
Plan nak pergi muzium (sebab nak pegi kampung budaya dlm kawasan muzium) terpaksa dibatalkan sebaliknya singgah office untuk buat web check-in dan ambil barang-barang yang dibeli pada hari pertama. Naik MAS, ni yang tak best, cuma boleh buat web check-in 48 hours before departure time..
only in East Malaysia |
Check-in balik ke apartment yang sama, Promenade Apartment @ Api-Api Centre. Pukul 5.00 petang, masih lagi hujan, tapi dengan semangat waja, kami bertiga berpayung meredah hujan untuk ke Pasar Filipina dan Pasar Ikan Masin.
pasar ikan masin |
pasar ikan masin |
-------------------------------
Malam hari. Hujan masih lagi belum berhenti. Mula-mula nak turun tapau McDonald je. Tapi dah di Sabah, nak juga makan seafood. Sarah yang pernah ke KK, suggest makan kat Welcome Restaurant, ada bahagian halalnya. Akhirnya, semua bersetuju, bila google, dekat saja tempatnya dengan Api-Api Centre, seberang jalan saja. Nak pergi jauh, rasa malas dengan hujan lagi.
So, apalagi dengan berpayung, gigih berjalan kaki mencari Welcome Restaurant. Bila dah jumpa, rasa tak sampai hati pulak nak makan di sini..merayau-rayau cari restoran orang Islam, last-last jumpa yang ni, di bawah jejantas..di Asia City kompleks..jadilah..daripada was-was nak makan, lebih baik yang ni..
Tapi seafoodnya very limited edition..lastly, semua pilih makan nasi goreng dan order ikan belais masak tiga rasa. Ikan belais? First time ni, ikan ni dipanggil juga ikan belawis atau barona, cuma terdapat di perairan Sabah. Kat Semenanjung, tak tahu lah ada kot species ikan ni..
ikan belais (source: amie's little kitchen) |
Sedap ikan ni, lebih kurang macam ikan bawal juga. Gambar ikan belais tiga rasa lupa nak ambil, segan pun ada..(sebenarnya sampai je ikan, terus attack)..curios, curious..
-----------------------------------
Keesokan harinya, flight balik KL pukul 9.50 pagi..check-out and off to airport..selesai bag drop segala..on the way to immigration..singgah pulak kedai ni...kedai frozen seafood..tempat membeli ikan di airport..
good location |
Mula-mula nak tengok ikan apa yang boss no.2 kirim Aaren beli..aleh-aleh, yang dua orang tu berminat pulak nak beli..baby lobster..
Diskusi..nak beli baby lobster pulak |
ikan-ikan |
udang and abalone |
close-up - ikan |
Pening boss tengok perangai staff..tak habis-habis membeli. Last ni, boss..ke akhir garisan..sebelum naik belon..
-------------------------------------------------------- Dari KLIA, naik ERL ke TBS..
beg yang beranak-pinak |
Sekian, the journey to the east...Thanks for reading.