Assalamualaikum..
Yaumul Jumaah Sayyidul Ayyam - 'Hari Jumaat itu penghulu segala hari'
Salam Jumaat yang penuh barakah..sedikit tazkirah dari whatsApp..semoga bermanfaat..
Seorang ketua supervisor yang telah berkhidmat melebihi 30 tahun di sebuah syarikat pembinaan ingin bersara dan mengemukakan surat permohonannya kepada majikannya. Pengarah syarikatnya bersetuju menerima permohonan persaraan beliau tetapi dengan syarat ketua supervisor tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi projek rumah.
Ketua supervisor dengan berat hati bersetuju. Kerana tidak sabar untuk bersara cepat, maka projek rumah tersebut dibuatnya dengan pantas tetapi tidak menjaga kualitinya. Setelah siap rumah tersebut, terkejut ketua supervisor apabila dimaklumkan rumah itu sebenarnya adalah hadiah majikannya kepadanya. Amat menyesal dalam hati ketua supervisor tersebut kerana tidak membina rumah yang bakal didudukinya dengan sebaik mungkin.
Saudaraku seakidah,
Sebenarnya, inilah yang akan terjadi pada setiap dari kita..sebenarnya kita sekarang sedang membina TEMPAT TINGGAL kita di akhirat...Kita beribadah untuk Allah SWT semata, tapi pahalanya untuk diri kita sendiri, kerana Dia Maha Kaya. Ingatlah, sebenarnya dengan SOLAT dan IBADAH kita, kita sebenarnya membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri...
Jika kita membangunnya dengan sambil lewa, maka jadinya akan seadanya...Jika kita membangunnya dengan sebaik-baiknya, maka jadinya akan sesuai dengan usaha kita..InsyaAllah..
Allah ta'ala berfirman:
"Barangsiapa beramal soleh, maka itu untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa berbuat buruk, akibatnya pun untuk dirinya sendiri. Tuhanmu bukanlah Dzat yang menzalimi para hamba-Nya" [Fush-shilat: 46]
Untuk sama2 kita renungkan..