Beberapa hari lagi, Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Perginya Ramadhan bermakna syaitan yang dibelenggu akan dilepaskan.
Akan bersatulah syaitan dan nafsu kembali untuk memerangi manusia agar tunduk
pada kemahuannya.
Hari raya merupakan saat yang paling strategik bagi syaitan memasang
perangkap untuk menjerumuskan manusia ke dalam Neraka kerana di hari ini banyak
umpan-umpan yang syaitan boleh gunakan untuk tawanan manusia. Dengan TV, kuih-muih, pergaulan bebas lelaki
perempuan, dedah aurat dan berhias-hias, mempamerkan kehebatan peralatan rumah,
leka berhari raya hingga lupa sembahyang dan lalai mengingati Allah kerana sibuk
berhari raya dan bersuka-ria.
Oleh itu pada hari ini perlu banyak persediaan dan kekuatan untuk menentang syaitan. Syaitan takut pada kalimah-kalimah Allah. Maka sebutlah nama Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya syaitan tidak boleh tunggu lama dalam diri kita. Tundukkan nafsu dengan menginsafi bahawa di tengah-tengah kita bersiap-siap dengan kuih-muih, baju baru dan hidangan yang lazat-lazat di hari raya, ada orang yang tidak dapat merasa semua itu.
Anak-anak yatim dan fakir miskin jangan dilupakan. Mereka juga punya hati dan perasaan untuk bergembira dan menikmati sesuatu yang baik di Hari Raya. Berilah perhatian pada orang yang tidak bernasib baik ini. Allah SWT sengaja hendak menguji kita untuk lihat apakah kita sensitif pada saudara kita sesama Muslim. Sesiapa yang dapat menggembirakan saudaranya dan berjaya menyampaikan hajat orang maka Allah akan tunaikan hajatnya 70 kali ganda.
Hari Raya bukanlah hari kemerdekaan atau hari kemenangan yang hakiki. Kemerdekaan atau kemenangan yang sebenar hanya ada di Akhirat. Orang yang merdeka adalah orang yang apabila dijalankan pengadilan ke atas dirinya maka Allah putuskan tempatnya di Syurga. Itulah kemenangan dan kemerdekaan yang boleh dirayakan serta dibanggakan. Selain dari itu, belum tentu ada kemenangan dan kemerdekaan dan belum ada jaminan selamat untuknya.
Di waktu orang dunia bergembira menyambut hari raya, ahli-ahli kubur bersedih hati. Tempoh untuk mereka dibebaskan dari seksa kubur telah berakhir bila mentari Syawal muncul. Maknanya mereka akan kembali diazab sekiranya mereka orang-orang yang banyak dosa. Kembali bertemu malaikat Mungkar dan Nakir yang akan membelasah tubuh badan mereka hingga terbenam ke perut bumi. Api, ular akan memenuhi kubur mereka. Alangkah deritanya mereka.
Tapi ini akan jadi lebih derita dan menyeksakan sekiranya pada hari raya itu anak-anak yang ditinggalkan sedang buat maksiat. Didunia anak-anak terloncat-loncat menari, sedangkan di kubur mak bapak sedang bergelut dengan malaikat Mungkar dan Nakir. Dosa-dosa anak akan terus mengalir ke dalam kubur ibubapanya kerana dimasa di dunia dulu, dia tidak mendidik anak-anak untuk mengenal Allah. Maka makin azablah penghuni kubur di ketika mana penghuni dunia sedang berpesta gembira.
Sebaliknya jadikanlah suara takbir, tasbih dan tahmid di hari raya itu dapat memberi ketenangan dan kenyamanan pada penghuni kubur. Tenang kerana anak-anak dan kaum keluarga membesarkan Allah. Buat ibadah di hari raya di mana penghuni kubur boleh tumpang sama pahalanya. Terlepaslah mereka dari azab kubur dan boleh mereka turut bergembira di hari raya.
Sumber: Risalah Qariyah Ramadan 1996, Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya