Wednesday, 30 September 2015

Cuti Hari Raya Haji

Assalamualaikum..

Hari Raya Eidul Adha sudah berlalu, hari tasyrik dan takbir raya pun sudah tamat..kerja haji sudah selesai, ditutup dengan tawaf dan saei haji serta bertahlul. 

Apabila dikenang-kenang, pada saat ini, disaat helaian rambut digunting, perasaan itu bercampur-baur, rasa syukur, sedih, gembira, sayu, masing-masing berpelukan, menangis gembira, mengenang peristiwa perjalanan yang ditempuhi...tak dapat diluahkan dengan perkataan...huhu...Arafah, Mudzalifah, Mina..tetap dalam kenangan...Makkah dan Madinah yang dirindui..
-----------------------------------------
Cuti raya haji 4 hari. Balik kampung pada malam raya, selepas Maghrib. Sesak di highway, tengah malam baru sampai di kampung.

Pagi raya, bersolat di masjid Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS), dekat saja dengan rumah. Suka solat raya di sini sebab khutbah rayanya sangat power. Tajuk khutbah raya haji - Pengorbanan dan Persaudaraan.

 ada Imam Muda Jabar


                           orang perempuan tak ramai bersolat di tingkat atas

 Masjid KUISAS

 kampus
 -----------------------------------------------------------

Dapat daging korban..buat sup..rebus guna dapur kayu..

 memasak sup daging guna dapur kayu
*smoke gets into your eyes*

 pokok pisang tepi rumah, ada dua tandan pisang raja

 Ada banyak mangga muda, buat pajeri..


Gambar pajeri mangga tak snap pula

Dah masak-masak, makan-makan, turun bukit untuk ke tepi sungai..

 menghirup udara petang di Dataran Sungai Perak
Alhamdulillah, jerebu sangat kurang di sini 

Bestnya cuti..

Monday, 28 September 2015

Jom Masuk Wataniah

Assalamualaikum..

Tetiba je ajak jadi Askar Wataniah (AW)..bukanlah sebab kena merentas hutan belantara (jungle trekking) sampai tiga kali di Taman Negara Pahang tempohari..tapi berkesempatan ke pameran promosi Askar Wataniah di Bangunan SUK, Shah Alam, tiga minggu lepas...untuk bunuh masa (to kill time) sementara menunggu kaunter dibuka..


Dah lama dengar tapi apakah Askar Wataniah ni? Askar Wataniah ialah satu pasukan dalam Angkatan Sukarela Persekutuan yang berfungsi sebagai Pasukan Simpanan Tentera Darat. Motto AW - Berkhidmat Untuk Negara.

 pameran di main entrance Bangunan SUK, Shah Alam

Sejarah Penubuhan

Kalau ikutkan sejarah, pasukan sukarela telah lama wujud di Tanah Melayu sejak tahun 1861 dengan penubuhan pasukan sukarela 'Penang Volunteer'. Kemudian beberapa pasukan sukarela baru ditubuhkan seperti 'Federated Malay States Volunteer Force' (FMSVF), 'Unfederated Malay States Volunteer Force' (UMSVF) dan 'Straits Settlement Volunteer Force' (SSVF).

Semasa perang dunia kedua, semua pasukan sukarela yang wujud telah sama-sama berganding bahu dengan Angkatan Tetap menentang tentera Jepun di Malaya. Apabila tercetusnya darurat di Malaya pada tahun 1948, satu pasukan sukarela iaitu Pasukan Kawalan Kampung (Home Guard) telah ditubuhkan. Pasukan Kawalan Kampung ini telah memainkan peranan penting sepanjang masa darurat tersebut.

Dalam tahun 1958, apabila keadaan keselamatan dalam negeri telah dapat dikawal semula, Pasukan Kawalan Kampung telah dibubarkan. Tetapi ramai anggota Pasukan Kawalan Kampung mahu terus menyumbang tenaga sukarela mereka. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mewujudkan The Territorial Army Ordinance pada tahun 1958 sebagai panduan perkhidmatan sukarela. Dengan kuasa Ordinan ini, pasukan sukarela yang baru dikenali sebagai Askar Wataniah ditubuhkan pada 1 Jun 1958 secara rasmi. 

 pakaian-pakaian Askar Wataniah

Pasukan-pasukan Askar Wataniah
Askar Wataniah telah distrukturkan dalam komponen-komponen berikut:
  • Elemen Tempur
  • Elemen Bantuan Tempur
  • Elemen Bantuan Perkhidmatan
  • Elemen Pakar
  • Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)
Anda berpeluang memilih mana-mana pasukan untuk berkhidmat terutama pasukan yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.

OK, mari kita lihat tugas dan peranan elemen-elemen diatas (sila bayangkan situasi semasa peperangan meletus):

Elemen Tempur

Rejimen Siri 500 Askar Wataniah 
berperanan sama seperti pasukan infantri Angkatan Tetap - maknanya kena bergerak dibarisan hadapan, yang pegang senjata

Armor
Kor Armor Diraja telah mewujudkan Skuadron Armor (AW) yang diintegrasikan dalam setiap regimennya. 

Elemen Bantuan Tempur

Yang ni membantu Elemen Tempur terdiri dari Semboyan (sebagai barisan kedua pasukan pengendali komunikasi TD), Jurutera (melatih AW dalam aspek kejuruteraan medan), Artileri, Risik dan Polis Tentera.

Elemen Bantuan Perkhidmatan

Kor Perkhidmatan-Kompeni Angkut, Kompeni Bekalan dan Platun Hantaran Udara
Kor Ordnans
Kor Jurutera Letrik dan Jentera - mengendali workshop
Kor Kesihatan - kompeni ubat

Elemen Pakar

Kor Semboyan
Dianggotai oleh individu yang bertugas dengan Telekom Malaysia. Kesemua skuadron Semboyan DiRaja (AW) dibawah pentadbiran Rejimen Semboyan DiRaja Pakar Telekom, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.

Kor Jurutera
Rejimen Jurutera Pakar Pengendalian Pelabuhan
Rejimen Jurutera Pakar Pengendalian Keretapi
Rejimen Jurutera Pakar Pengendalian Air
Rejimen Jurutera Pakar Pengendalian Janakuasa

(dianggotai oleh kakitangan pekerja pelabuhan, KTMB, Bekalan Air dan TNB)


PALAPES
 
Untuk melahirkan pegawai-pegawai lepasan IPTA yang terlatih dalam ilmu ketenteraan sebagai sumber tenaga bagi Angkatan Tetap dan Simpanan.  IPTA yang mempunyai unit PALAPES ialah UM, UKM, UPM, UiTM, USM, UUM, UTM, UMS, UNIMAS, UPSI, UTHM dan UNIMAP.

Syarat-syarat Penyertaan AW ialah warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 45 tahun, sihat tubuh badan, kelulusan akademik sekurang-kurangnya Penilaian Menengah Rendah (lain-lain pangkat) atau lulus Sijil Pelajaran Malaysia (pegawai) dan tiada rekod jenayah.

Kemudian ada latihan-latihan asas ketenteraan, kursus Asas Perajurit Muda, Latihan Kem Tahanan, dll. Ada elaun dan saguhati dan juga perkembangan kerjaya.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Markas Tentera Darat
Bahagian Pasukan Simpanan
Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur
Tel: 03-2071 2306/2283/3330/3322
laman web: http://army.mod.gov.my/web_kor/raw/index.html

Macamana, adik-adik semua, berminat? Kalau masih muda, nak juga masuk tapi tang latihan askar tu cam lemah sikit..hehe..


Inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang, 
siap sedia berkorban untuk ibu pertiwi
sebelum kami berjaya, jangan harap kami pulang, 
inilah sumpah pendekar kita, menuju medan bakti
andai kata kami gugur semua, taburlah bunga diatas pusara
semboyan telah berbunyi, menuju medan bakti..

"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (diperbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung" (Ali Imran: 200)

Wednesday, 23 September 2015

Makkah Yang Dirindui

Assalamualaikum...Salam Aidil Adha 1436H.

In shaa Allah, esok, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha dan pada hari ini 9 Zulhijjah, para jemaah haji akan berwukuf di Arafah, bermula waktu Zuhr hingga Maghrib di Arab Saudi bersamaan lebih kurang pukul 5.30 petang hingga 11.00 malam, waktu Malaysia. Diantara waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa...

Mudzalifah

Hari Raya Aidil Adha juga mengingatkan kita kepada peristiwa agung yang berlaku di antara Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as, sebagai lambang pengorbanan dan ketaqwaan peringkat tertinggi. Di antara penceritaan kisah ini yang paling saya suka baca dan paling terkesan di hati ialah entry dalam blog Kereta Mayat Apabila Malaikat pun bertanya?
------------------------------
Suka untuk berkongsi artikel menarik mengenai Kota Makkah oleh Tuan Haji Mohamad Zaini Hassan dalam pamphlet Tabung Haji. Semoga bermanfaat..

Kota Suci Makkah Al-Mukaramah sentiasa dirindukan oleh hati jutaan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia, kota di mana turunnya wahyu-wahyu Ilahi kepada Nabi Besar Muhammad s.a.w., kota di mana terletaknya Masjidil Haram dan Kaabah Al-Musyarafah yang menjadi tanda kebesaran Allah swt. Selain itu kota ini adalah kota yang paling suci di atas permukaan bumi ini dan paling dicintai Allah dan RasulNya. Ianya juga adalah tanah tumpah darah junjungan besar kita Nabi Muhammad saw dan menjadi pusat terpancarnya Nur Allah di muka bumi ini. 

Abdullah bin 'Adi bin Al-Hamra meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah saw bersabda: "Demi Allah! Kamu (wahai Mekkah) adalah tanah Allah yang terbaik, dan yang sangat dicintai olehNya. Andai kata aku tidak diusir daripada kamu, aku tak akan berpisah (daripada kamu)." (Hadis riwayat Ahmad, Ibn Majahdan Tirmidhi).

Ibn 'Abbas pula berkata: Rasulullah saw bersabda: "Betapa tempat yang indahnya kamu! Kamu adalah tempat yang paling aku cintai! Sekiranya orang -orangku tidak mengusirku daripadamu, aku tak akan berpisah (dari sini) untuk hidup di satu tempat yang lain".

Al-Quran secara khusus, berkali-kali menyebut kota ini dengan berbagai nama yang berjumlah sebelas kesemuanya, diantaranya ialah Makkah, Bakkah, Al-Baladul Amin, Al-Haramul Amin, Ummul Qura, Al-Baidah Al-Tayyibah dan sebagainya.

Bahkan Allah swt pun bersumpah dengan kota suci ini, dan memberikan kelebihan dan keistimewaan-keistimewaan besar, yang tidak diberikan kepada kota-kota lain di dunia ini.

Kehendak Allah Yang Maha Kuasa dengan meletakkan Masjidil Haram dan Kaabah Baitul Atiq yang menjadi kiblat umat Islam sedunia, menjadikan Kota Suci ini sangat dicintai dan berpengaruh besar bagi umat Islam di sepanjang masa. Setiap umat Islam menghadapkan muka ke arahnya sekurang-kurangnya lima kali sehari semalam, dan menjadi tempat untuk seluruh kaum muslimin sedunia datang berhaji dan umrah.

Mudzalifah

Dipinggir Kota Makkah, iaitu di Jabal Nur, turunnya wahyu Ilahi yang pertama iaitu Surah Al-Alaq. Di sini jugalah menjadi tempat Nabi Muhammad menyendiri dan beribadat kepada Allah swt.  Setelah itu berturut-turut wahyu Ilahi turun kepada Nabi Besar kita melalui Malaikat Jibril Al-Amin, sehingga ayat-ayat suci Al-Quran yang turun di kota ini dinamakan Surah Makkiyah, manakala yang turun di Madinah dinamakan ayat-ayat Madaniyyah.

Makkah terletak lebih kurang 80 kilometer dari pantai, dikelilingi oleh banjaran bukit-bukau dari semua sudutnya kecuali tiga laluan yang sempit.  Sebelum kedatangan Nabi Ibrahim yang membawa isterinya Siti Hajar serta anaknya Nabi Ismail, Makkah hanyalah menjadi tempat laluan kafilah-kafilah pedagang. Tempat itu adalah lembah gersang tanpa air dan tanpa tumbuh-tumbuhan.

Setelah munculnya perigi zam-zam lahirlah Kota Makkah apabila suku Jurhum datang beramai-ramai untuk hidup bersama-sama Siti Hajar dan Nabi Ismail a.s. Keturunan Nabi Ismail yang berkahwin dengan gadis dari suku kaum ini terus berkembang dan di antaranya ialah kaum Arab Quraisy, iaitu suku kaum Nabi Muhammad s.a.w.

Kaum Jurhum ini membuat perkampungan di Bukit Qu'aiqu'an yang dikenali sekarang ini sebagai Jabal Hindi.

Di antara penduduk awal Kota Makkah ialah kaum atau puak 'Amaliqah, yang berasal dari Yaman.  Mereka membuat kampung di Jiyad dan memerintah di sebelah bawah Makkah (al-Misfalah).

Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail membangunkan Kaabah, Kota Makkah terus berkembang dan sangat dipandang mulia oleh orang-orang Arab.

Di samping menjadi kota ibadah, Kota Makkah ketika itu turut menjadi kota perdagangan dan kota kesenian di mana pertandingan membaca puisi dan syair sering diadakan.  Ia juga berperanan sebagai pusat media di mana berita dan maklumat disebarkan.  Orang-orang Arab ketika itu juga menjadikan Kota Makkah sebagai tempat mereka mengadakan perjumpaan, persidangan dan mengikat perjanjian.

Begitulah kebesaran dan kekuasaan Allah swt.  Dari lembah yang gersang tanpa penghuni bertukar menjadi kota yang menjadi kerinduan bagi setiap umat Islam sedunia. 

 kenangan di Kota Makkah - ada pulak yang interframe..

 kenangan di airport Jeddah

*gambar2 lama - disnap terus dari dalam album gambar

Selamat pulang ke kampung halaman bagi mereka yang beraya di kampung dan selamat beribadah korban

Sunday, 20 September 2015

Jom berkenalan..

Assalamualaikum..

Jom berkenalan..dengan siapa? dengan UBAT. Siapa tak pernah makan ubat? hehe..siapa yang tak pernah tu, memang tabikk lah, bolehlah share experience, camna nak jaga kesihatan supaya sentiasa sihat walafiat..

Nak promote entry adik nhhas Huda dalam blog Real Life is Real.. 


dan silalah jawab soklan cepu cemas beliau tu, nak test kefahaman orang awam mengenai ubat,..takpe, nhhas ni baik dan peramah orangnya..uhuk, uhuk..terbatuk lak..hihihi..

Menarik sekali entry nya, boleh menambah ilmu pengetahuan mengenai cara-cara menyimpan ubat. Selama ni, apa yang kita buat, betul ke tak, memudarat ke idok..kalau bukan untuk diri sendiri, boleh share dengan ibu bapa, adik-beradik, kawan-kawan, jiran-jiran, saudara-mara..sharing is charing.. 

dah macam mini farmasi lak
Saya simpan ubat macam ni je..unorganised..hehe..takde pill box..setiap kali nak makan, belek-belek dulu, takut tersilap..haha..

Alhamdullllah, selama ni saya memang jarang makan ubat pil, panadol pun jarang telan...kalau demam, saya cuma makan vitamin C dan ambil MC je, ubat-ubat lain yg doktor bagi, jarang sangat saya makan..dah set minda, badan kita mempunyai keupayaan untuk membaikpulih dengan sendiri..

Bila dah didiagnosis macam ni, nak makan ubat pil, memang payah sikitlah..doktor suruh makan dua biji, saya makan sebiji je..setiap kali jumpa doktor, dapat ubat, nak cakap ubat ada banyak lagi, takut lak kena marah dengan doktor...tu yang jadi menimbun ubat-ubatan..makan lak ikut suka hati..teruk tul perangai..ini kalilah..

OK, semua, jangan lupa baca entry tu, marilah sama-sama membuat perubahan, anjakan paradigma..jika bukan kita, siapa? jika bukan sekarang, bila lagi? hehe..a reminder to myself..

Friday, 18 September 2015

Last Day in Chiang Mai

Selasa, 25 Ogos 2015. Hari terakhir di Chiang Mai. Flight petang, pukul 4.55pm, so ada banyak masa lagi untuk melebur baht..hihi..

Lepas breakfast, dah keluar berjalan kaki ke..hehe..Tha Phae Gate. Again?? yes, old city again. Kali ni nak pergi ke dua bangunan kolonial - Chiang Mai City Art & Cultural Centre dan Lanna Folklife Museum.

Moh, exercise pagi. Sampai di old city, tak ikut jalan besar, masuk ikut lorong Rachadamnoen Rd Soi 1, di antara the Coffee Club dengan Fruiturday ni.

 retail outlet

kawasan perumahan - banyak guesthouse, bed & breakfast 
yang dapat Certificate of Excellence dari Tripadvisor
ramai pelancong Mat Salleh duduk kawasan ni

guesthouse

Corner kanan, corner kiri, akhirnya sampai juga..the Lanna Folklife Museum.

dibuka pukul 8.30 pagi, malas pulak nak tunggu

Jalan ke depan, ke Chiang Mai City Arts & Cultural Centre, snap dulu bahagian depan bangunan. Bangunan ni dulunya office City Hall of Chiang Mai.

 Three kings tu ialah King Mengrai, founder of Chiang Mai, King Ramkamhaeng of Sukhotai dan King Ngam Muang of Payao


Cultural centre  ni pun dibuka 8.30 pagi, entrance fee THB90. Semasa sampai, lagi 10 minit nak buka, tunggulah juga, tapi bila tengok pelan layout tingkat bawah dan tingkat satu di dinding, depan reception area, rasa macam tak menarik je, tiba-tiba rasa malas lak nak masuk, terus cabut keluar.

Decided nak pergi Nimman area, kawasan hip & happening di sebelah Chiang Mai University's main campus. Ada satu lagi misi yang mesti diselesaikan..hehe..misi lagi. Nak jalan kaki, jauh juga dari sini. Tanya kat driver tuk-tuk, dia nak THB100. Rasa mahal, tawar-menawar, siap tunjuk map segala, dia tak berganjak, nak juga THB100. 

Kitaorang pun blah, pergi ke jalan belah sana pulak. Nampak wat kecik ni...begitu menyerlah sekali..black and gold colour. Di old city ni, memang banyak wat - Wat Phra Singh, Wat Chedi Luang, Wat Inthakin, Wat Pahn Tao, Wat Chiang Man, dll.
 
Wat Inthakhin
 
Tahan satu songthaew di tepi jalan ni, tanya kat driver, dia minta THB80 je, oklah, jimat 20 baht..hehe. Bila songthaew ni corner kiri je, pandang kanan nampak sesuatu yang menarik..nantilah lepas balik dari Nimman, kita story. Nak pergi Nimmana Haeminda Rd Soi 13..ada apa di sini? Ada nii..

Mango Tango
Sekali tengok timetable, hari ni buka pukul 11.00 pagi..huhu..keciwa..
sekarang baru pukul 9.00 pagi, lama lagi nak tunggu

Pergi sini semata-mata nak ke Mango Tango...mission accomplished. Baca dalam blog Zila Travel & Food, dia pergi outlet Mango Tango di Bangkok. Jumpa Mango Tango Chiang Mai ni semasa scan map kawasan Nimman untuk cari lokasi cafe-cafe yang menarik disini.

Tapi takde rezeki nak makan di sini, lambat pulak kedai ni buka, tak nak menunggu, kami pun jalan kaki ke main road.
 
Di sepanjang lorong ni, ada cafe, guesthouse, ada muzium juga..


Mango Tango di Nimman area

Pangkhon Cafe
Doi Chaang Cafe
guesthouse, ada gelongsor utk turun ke bawah

 Insect and Nature Amazing Museum
 
Dah sampai simpang, corner kiri, jumpa cafe lagi. Kawasan ni memang ramai student CMU, so kalau tengok dalam map, memang banyak betul cafes, food outlets..yelah kan, universiti sebelah je..


Kaweh Cafe - never closed, open 24 hours

Goat Coffee pun di sini juga

di seberang jalan - Roastniyom Cafe

Berjalan lagi sampai ke jalan besar Huaykaew Rd, ambik kanan, jalan terus menuju ke old city..


stesen basikal

bus route - tak faham, dlm bahasa Thai saja

Nampak shopping complex Kad Suan Kaew, teringin pulak nak tengok suasana shopping complex di Chiang Mai..terpaksa tunggu sebab baru pukul 9.30 pagi..

 Kad Suan Kaew


Duduk tunggu di tangga, nampak Starbucks outlet yang sangat tradisional ni..Lanna architecture..

Starbucks

Tiba-tiba rasa malas pulak nak menunggu sampai pukul 10 pagi, decided patah balik ke Cultural Centre tadi, naik songthaew. Turun di tepi jalan dekat Cultural Centre, jalan kaki sikit ke simpang jalan besar, tadaa..


                                                 La Mango

La Mango..sepupu-sepapat Mango Tango..mak pak lain-lain..hehe. Inilah yang saya nampak masa songthaew corner ke kiri tadi. Dalam hati berkata-kata juga, yang ni pun sama juga kot dengan Mango Tango, makan kat sini pun ok juga. Tapi kesian pulak nak suruh driver songthaew tu stop, tak jadi pergi Nimman, lagipun..ehem, ehem..brand Mango Tango tu lagi kuat menarik saya ke sana..huhu..

OKlah, jom masuk, kita tengok apa yang ada..semuanya menarik..order Mango & Rice Crepes and Sundae Durian.


interior kedai

Yang diorder dah sampai..huh! drooling..

rice & mango crepes - ada buah mangga separuh

durian sundae - pulut & aiskrim durian yg marvellous
Semuanya sedap, jumlah semua THB220.

untuk dijual kot
diluar kedai, ada buaian bentuk buah mangga
boleh duduk posing sambil pegang buah magga plastik..hihi..

dekat simpang jalan ni..Intrawarorot Rd & Prapoklao Rd

Tamatlah sudah sesi di old city, misi terakhir dah diselesaikan, berjalan balik ke hotel, ikut main road.

Kad Klang Wiang

kedai yoghurt

on the way back, beli mango shake, THB50 je, lebih murah dari La Mango..


Jalan-jalan enjoying the old city, tapi di luar wall, melihat kanak-kanak beri makan burung-burung merpati..


Terakhir di old city - east moat

Balik hotel, berehat sebentar sementara tunggu check out time pukul 12.00. Lepas check out, my sister tunggu beg di lobby hotel, saya berjalan ke halal street untuk beli makanan, buat bekal ke airport. Nak makan rasa kenyang lagi makan di La Mango tadi dengan minum mango shake.  On the way balik hotel, nampak gerai jual shake lagi, beli dragon fruit shake pulak..sepanjang jalan memang banyak gerai jual fruit shake..shake it up..

 promosi memasak Thai foods untuk tourists

Sebelum pukul satu, songthaew pakcik tu datang bawa kami ke airport. Ramai juga naik songthaew ke airport, ada yang naik tuk-tuk..arrive in style at the airport..only in Chiang Mai..

Masuk je ikut pintu masuk ke bangunan, terus ada tempat scan beg, betul-betul depan pintu. Senang macam ni. Lama lagi nak check-in, lepak-lepak dulu, kemudian makan bekalan.

taxi counter

dah lepas imigresen, ke ruang menunggu

Di sini, tempat terakhir untuk shopping, melebur kepingan-kepingan, helaian-helaian baht terakhir. Jalan-jalan ke outlet OTOP Cottage ni..OTOP = One Tambon One Product..satu daerah, satu produk. Bagus Thailand ni, really promote industri kampung, sampaikan ada satu outlet di airport...packaging produk pun menarik..


Mari tengok produk-produk yang ada..semua buah-buahan ni ada di Malaysia, tapi tak terfikir lak nak buat macam ni..kreatif orang Thai ni..

 kerepek kelapa

kerepek durian

 durian drink

 durian & coklat - kena try buat ni

 pisang salai bersalut coklat

 kerepek nangka

 jambu air & strawberi kering

 wafer berperisa manggis dan mangga

Teruja tengok produk-produk ni, kalaulah halalan toyyiban, mau dibeli, mau dicobain..yang tak tahan tu produk-produk dari durian..macam-macam boleh dibuat..

Terbeli gula-gula durian ni, balik rumah, tengok ada gelatin..huhu..


Alhamdulillah, flight on time and smooth sampai ke KLIA2. Sampai di airport, dinner dulu di NZ Curry House sebelum ambil bas ke KL Sentral. Sampai rumah around kul 12.00 tengah malam. The journey ends here.
---------------------------------------
Alhamdulillah, dah habis. Sebenarnya masih banyak lagi tempat menarik di Chiang Mai dan Chiang Rai - Doi Tung, Doi Ithanon, Rajapruek Royal Garden, Underground City, Art in Paradise (3D Museum). Dari Chiang Mai juga, boleh pergi ke Lampang, Sukhotai..macam dalam rancangan Mad Markets tu.

Chiang Mai and Chiang Rai ialah kota tua, dibuka 700 tahun dahulu. Overall, kedua-dua bandar ni ada tarikan tersendiri - sejarah, budaya, alam semulajadi, cafe culture, sangat laid-back, dan akan jumpa ramai pelancong Mat Salleh di sini.  Mengikut maklumat, ramai foreigners jadikan Chiang Mai sebagai tempat persaraan.

Di sini juga kita dapat lihat industri pelancongan disokong oleh industri perbankan, yang membuka kaunter-kaunter money changer sampai ke malam hari dan juga di hari cuti. Memang banyak bank buka kaunter di sepanjang jalan di Chiang Mai dan Chiang Rai.

OK, perbelanjaan pula, 6H5M untuk seorang: RM1,630.00

Flight ticket : RM390; 
Hotel : RM240;
Duit belanja (transport, local tour, foods, dll): RM1,000 (tukar dapat THB8500, balance tinggal 5 baht je, last shopping beli candy durian tu la..hihi)

Perbelanjaan di M'sia: bas & teksi - RM38.00, makan-minum - RM15.00

Sekian, khap khun ka for reading.