In shaa Allah, lagi lima hari lagi untuk merebut 'offer' peringkat tertinggi, tawaran istimewa di bulan mulia...pecutan terakhir sebelum 'count down' to Syawwal...
Dalam sejarah Islam, ada berbagai peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan. Sesungguhnya puasa bukanlah halangan untuk berjihad. Dah dekat nak last2 ni baru nak up entry ni, takpelah kan..terjumpa pamphlet ni masa kemas bilik...semoga bermanfaat..
Peristiwa agung di bulan Ramadhan, peristiwa Nuzul Quran yang berlangsung pada 17 Ramadhan tiga belas tahun sebelum peristiwa hijrah Rasulullah saw ke Madinah. Al-Quran diturunkan sebagai satu mukjizat dan petunjuk hidup manusia ke arah yang diredhaiNya.
Pada 17 Ramadhan tahun 2-Hijrah, pagi hari Jumaat, telah berlaku peperangan Badar Al-Kubra. Ia merupakan perang besar terbuka yang pertama kali berlaku di antara kaum muslimin dan kaum musyrikin. Dalam peperangan tersebut, jumlah kaum muslimin adalah lebih kurang 314 orang menentang kaum kafir berjumlah sekitar 1000 orang. Dalam pertempuran ini, kemenangan telah berpihak kepada kaum muslimin dengan gemilangnya.
Peristiwa Perang Badar al-Kubra ni banyak dikisahkan dalam Surah Al-Anfal (juz 9 & 10). Perang ni sangat penting kerana ianya menentukan jalan sejarah perkembangan Islam, menentukan akidah perjuangan kaum muslimin, lambang ketaatan tertinggi pada Allah dan Rasul.

Kedua, perlawanan di antara haq dan batil. Ketiga, turunnya pertolongon Allah dalam bentuk malaikat2 yang turut sama berperang dan terbitnya rasa takut di hati orang2 musyrikin Mekah.
“Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut " (Al-Anfal: 9)
Perang Badar juga menyaksikan pengorbanan perasaan peringkat tertinggi kerana yang ditentangi oleh kaum muslimin ialah kaum-kerabat, saudara-mara, sahabat handai, yang mereka tinggalkan di Mekah semasa mengikuti Rasulullah berhijrah ke Madinah.
Tanggal 18 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah, Rasulullah saw bersama 12000 umat Islam telah keluar dari Madinah ke Mekah bagi membebaskan kota Mekah. Peristiwa ini dikenali sebgai Fathul Makkah (Pembukaan Kota Mekah).
Peristiwa ini menandakan berakhirnya peristiwa hitam dalam hidup kaum muslimin yang sebelum ini selalu disiksa atau ditindas bahkan dikepung berminggu-minggu di Madinah oleh pasukan Ahzab (sekutu).
Pada 28 Ramadhan tahun 92 Hijrah, kaum muslimin di bawah pimpinan Tariq ibn Ziyad telah melakukan Pembukaan Andalus (Sepanyol). Para mujahidnya yang berjumlah 5000 orang telah mengalahkan tentera Andalus yang berjumlah 120ribu orang dibawah pimpinan Roderick, dengan itu Andalus jatuh ke tangan kaum muslimin. Di Andalus, umat Islam mencipta tamadun ilmu yang sangat gilang-gemilang.
Pada 15 Ramadhan tahun 658 Hijrah telah berlaku Ma'rakah 'Ainn Jaalut (Perang 'Ain Jalut). Peperangan ini berlaku setelah jatuhnya Daulah Abbasiyyah. Perang 'Ain Jalut ini menamatkan kekuasaan empayar Mongol yang kejam lagi zalim.
Futuh Bilad al-Ghaal (dibukanya daerah "Ghaal" atau dalam bahasa Perancis, Pays des Gualles). Daerah Ghaal ini sekarang letaknya di Perancis juga jatuh pada bulan Ramadhan, di mana peristiwa ini terjadi di zaman kerajaan Islam Andalusia. Penaklukan beberapa bandar di Perancis boleh baca di sini - Umayyad Invasion of Gaul.

sumber: wikipedia

Sesungguhnya sejarah telah membuktikan puasa tidak menjadikan umat yang lesu. Namun puasa sebenarnya menguatkan kerohanian di tahap tertinggi. Sebab itulah meskipun menghadapi peperangan dengan fizikal yang lemah, namun umat Islam terdahulu telah membuktikan mereka mempunyai kekuatan mental dan kerohanian yang tinggi.
Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa
Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan
[OST - Saladin : the Animated Movie]
Moga bertambah semangat untuk terus bermujahadah di hari-hari terakhir Ramadhan 1437 Hijrah...wallahua'lam.