Thursday, 28 July 2016

Pek Nga

Dah jemu makan ketupat, lemang, kita makan pek nga pulak.

Pek nga?? tak pernah dengar? ala..tempek-tempek atas belanga...nganga-nganga, suap ke mulut...hihi..

Lempeng lah.

Orang Kedah panggil pek nga.

Orang kuale panggil tempek.
Orang Korea panggil pajeon.
Mat saleh panggil penkek. 
Semuanya, sama waktu dengan Pek Nga.
   
Sarapan hari Sabtu lepas - lempeng tepung gandum, dimakan dengan sambal tumis petai, dimasak sekali dengan kulit. Homemade pek nga...


lempeng tepung & sambal tumis 
salad kobis ungu dan kobis bulat tu side dish, den yg buat

sambal petai & kulit petai

Sedappp..fingers lickin' good..omak den yang masak. Sejak datang tinggal kat rumah, ini kali kedua, bonda ku masak sambal petai macam ni, yang first time, dah habis disantap.  

Maklumlah, bila weekend je, mak mesti teringat anak sana nak datang, anak sinun nak mai,..so, mak pun masak lauk kegemaran anak-anak..awal pagi dah masak..

Teringat zaman kanak-kanak dulu, omak selalu masak sambal tumis petai stail macam ni. Kami adik-beradik bergotong-royong kikis kulit petai. Bila dimasak, rasa kelat-kelat sikit...menambah keunikan rasa sambal petai..
-----------------------------------

Yang ni hotel-made pek nga...lempeng kelapa makan dengan sambal bilis..

pek nga kelapa & sambal bilis
ubi kayu rebus & kelapa parut manis
pulut tanak & ikan masin

Sebenarnya, hari ni baru tau tentang pek nga, kat hotel ni, ada jamuan raya syarikat dari Kedah Darulaman, so depa pun guna vocab utara...pek nga nyok (lempeng kelapa) ditampal di belanga..
 
Lempengnya ok, ada kelapa parut tapi sambal bilisnya kureng sikit, terover masin, ikan bilisnya jenis besar, liat pulak tu..tapi Alhamdulillah, free lunch...tak semua makanan kat hotel tu sedap..kan.. 

Monday, 25 July 2016

Cenderahati Aidilfitri..

Assalamualaikum..

Tinggal lebih kurang seminggu lagi bulan Syawal, sebelum countdown to Zulkaedah..bulan tetamu-tetamu Allah mula berangkat ke tanah suci Mekah..bulan hajii, sudah tiba lagii..

Di celah-celah kemeriahan jamuan raya ofis tengahari tadi, sepucuk sampul surat mendarat di meja...

Dari Kak PI rupanya..Kak Paridah Ishak..tuanpunya blog karyaku : paridah ishak

syukran, terima kasih kerana sudi mengirim sebuah buku himpunan sajak..Aidilfitri Sajak-Sajak Kenangan..

 
 Selak-selak, cari sajak Kak PI...sedih sajak ni..buat arwah ibubapa Kak PI..

 Lambaian Ramadhan Menggamit Syawal

 Ada biodata ringkas Kak PI..


Terima kasih, kak PI..

-------------------------------------------------------

Cenderahati yang diterima sebelum raya aritu dari Qaseh Vee, blogger Suatu Perjalanan.

Terima kasih Vee..kerna sudi bagi akak sehelai tudung biru dan sekeping kad raya..

ini lah kad raya pertama dan terakhir yg diterima untuk tahun ni..huhu..


Syukran pada pengirim, semoga bertambah rezeki dan segala urusan dipermudahkan Allah swt..

Tuesday, 19 July 2016

BeRaya lagi?? Mari membeli lemang...

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Dah puas makan ketupat, lemang, rendang?  Belom lagi??..huhu...samalah kita...hehe..

Masih lagi mood berhari raya...

Hari Ahad lepas, nak gi beraya rumah pakcik di Sungai Pusu, ikut jalan Taman Dato' Senu, lalu depan gerai lemang Brader Lan ni..


Teruja!!!...mak suruh berhenti, nak pi beli, tapi rendang/serunding tinggal kat rumah (sebab tak plan nak beli lemang)..so, tak jadi beli...tapi masa balik, singgah jugak beli..

 
 aktiviti membakar lemang


Tak reti beli lemang dalam buluh macam ni, selalu beli yang dah siap potong.  Belasah je, nak beli sebatang je, sib baik depa belah kat situ juga, nampaklah lemangnya, elok masaknya...sebatang RM13..

Lemang Brader Lan ni memang setiap tahun, berniaga di sini, kira otai lah ni..

rendang pun ada dijual, yelahh kan, selalunya begitu,
dah jual lemang, lengkap sekali dengan rendangnya
tak bertanya pulak harganya 

Dah siap beli, nampak pulak gerai ni...sebelah-menyebelah je..

 berapa ramai daa..Lan yang jual lemang..
ke sama tokey, lain brand..ada tambahan al-azim
entahlah, malas nak bertanya, lemang semuanya sama je kan...

ke, ada yang tak sama?

Huhu..malam Sabtu lepas, ada jamuan hari raya, depa beli lemang daun lerek ni..memang sedap rasanya...tapi isinya tak mampat, tak macam guna daun pisang.  

Daun lerek ni daun pokok hutan..selalunya orang asli pi cari daun ni dalam hutan..


 daun lerek

 lemang daun lerek

sumber: kosmo online

Tak payah belah buluh lemang, cuma tarik je tangkai daun yang terjuntai, terjuloq kat luar, unik kan, buluh lemang boleh di'recycle' untuk raya haji pulok..hihi..


Alhamdulillah, dapat rasa dua jenis lemang...kena strict on diet lepas ni..kurang-kurangkan karbohidrat...huhu..

Till then, raikan Syawal yang masih berbaki...

Monday, 11 July 2016

Ramadhan dan Syawal 1437H

Assalamualaikum..

Salam Aidil Fitri.

Baru raya ke-6. Masih meriah. Selagi tak habis bulan Syawal, aidil fitri masih dirai. 

Hari raya tahun ni, tak balik kampung. Beraya di kota..di Kota Kemuning, Shah Alam.

Sebabnya hari Isnin sebelum raya, ayah kena ambik darah di Hospital Selayang. Alang-alang parents dah ada di KL, cuma tinggal sehari je lagi nak raya, malas lak nak berebut-rebut, bersesak-sesak di highway untuk balik kampung. Lagipun lepas raya, kena gi hospital semula, jumpa doktor pulak. 

So, the best decision is RAYA je lah kat sini..huhu..berkumpul adik-beradik di rumah kakak di Kota Kemuning..

Tepung Gomak

Tetiba kuih ni menjadi pujaan hatiku sepanjang bulan Ramadhan. Ada inti kacang merah, ada inti kelapa, dua2nya ku suka, selalu beli kat PaRam Bdr Baru Sentul. Pernah sekali kirim kat ofismate beli kat PaRam yang femes kat Jalan Raja Alang, kurang sedap...lupa lak nak ambik contact pakcik yg jual kuih tu, lepas ni dia berniaga kat mana..


Inilah satu-satunya biskut raya yang saya buat. Biskut Cornflakes Badam. Malas nak guna acuan, guna jari-jemari je - free style, free form, tu yang ada besar kecik saiznya. Alhamdulillah, dapatlah satu setengah balang.

 
Hari Raya!! bersolat raya di Surau SAR (KAFA Integrasi) Al-Hijrah, sebab nak kan suasana raya di Malaysia..hihi..kalau surau di kawasan rumah kakak, suasana antarabangsa..ramai warga Bangladesh..


Walaupun status surau, tapi besar dan sangat selesa..karpet yg gebu, built-in ceiling air-conditioner yang banyak, PA system yg canggih, Alhamdulillah, sangat puas bersolat disini dan mendengar khutbah raya yg bertajuk Idulfitri Perayaan Ibadah..

Salah satu kandungan khutbah raya ialah perlunya umat Islam menyokong pindaan Rang Undang-Undang (Persendirian) Akta 355 untuk memperkasakan Mahkamah Syariah...hanya untuk orang Islam saja.


Suasana Aidll Fitri bertambah meriah dengan pemberian duit raya. Berkongsi rezeki di hari mulia, menggembirakan anak-anak kecil dan tak lupa juga orang dewasa...

Maaf zahir & batin, sekiranya ada tulisan, komentar-komentar, ulasan-ulasan yang tidak berkenan di hati, yang mengguris hati..salah dan silap harap dimaafkan..