Entry kali ni kisah jahit-menjahit, ya ahkak-ahkak, ibu-ibu sekalian. Menjahit tilam baby. Do-it-Yourself - tapi bukan akak yang buat..hihi...bonda tercinta yang 'do it'..akak cuma jurugegas je...bergegas ke sana, ke mari..
Bila adik bongsu yang tengah preggy mengkhabarkan tilam kekabu baby yang lama dah lunyai, maklumlah dah dilanyak oleh tiga orang puteri yang super lasak, nak mak buat tilam yg baru. Mak pun dengan sukarela, tidak menolak...kasih ibu...maka bermulalah projek tilam kekabu untuk si comel..
Tengahari Sabtu bulan lepas, pergi Nagoya Jepun Jalan TAR, beli kain cotton untuk buat tilam. Beli kain petak2 kecik, kaler biru putih..katanya baby boy. Boy mesti kaler biru ke? Girl? pink? well, unwritten law..
Sibuk mengukur jalan, dari Sogo, pergi ke Mydin, singgah sebentar di nagoya, bershopping benda lain, maklumlah ada pasar malam, beli kuih bingka ubi le, seri muka le, dua2 tangan penuh, dah macam Santa Claus...hohoho..langsung terlupa beli benda asas menjahit iaitu benang dan jarum...kui kui. Hari ahad tak keluar, melepek kat rumah..
So, masa hari bekerja, Mak bagi arahan beli jarum jahit tangan yang besar dan benang kasar. Tak tau nak cakap apa nama benang tu, pakai isyarat tangan je, bentuk bulat-bulat...takde lilit kat batang, depa lilit sesama depa je...erkk..aku imagine bola sepakraga..hehe..
So, masa lunchtime, bergegaslah saya mencari jarum dan benang kat kedai alat jahitan yg dekat ofis. Dah dapat jarum besar, benang lak takde dijual. Esok hari pula bergegas lagi di bawah terik mentari, pergi Syarikat Bunga Reben di Jalan TAR, cari benang. Alhamdulillah, Alhamdulillah, ada...nasib baik salesgirl tu tau benang ni walaupun guna isyarat tangan je....dia cakap benang 'anchor'..confident, terus beli, tunjuk kat mak, betul lah tu...huhu..*kesat peluh*..
.
inilah benangnya, benang untuk 'tatting & crochet'
Kekabu adik dah beli semasa ke Kuala Selangor. Mak pun mula menjahit, sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain tilam...jahit tangan part gelembung-gelembung..
proses mengisi kekabu ke dalam tilam
masukkan kekabu
jolok dengan kayu, kasi mampat
nak jahit sarung tilam pulak
sarung bunga-bunga, kaler pink...hentam sajalah
sarung bunga-bunga, kaler pink...hentam sajalah
bantal baby dah siap, bunga-bunga jg
Tilam dah siap. Sebelum si comel merasmikan tilam baru, kakak2 dia dah menggodam, berkuak-lentang atas tilam baru ni. Saki-baki kekabu disumbat ke bantal-bantal kat rumah ni, huu..memang best bantal kekabu.
Itu je nak citer, tilam & bantal dah selamat diangkut ke Shah Alam.
Till then, selamat berhujung minggu, selamat makan maruku...
Till then, selamat berhujung minggu, selamat makan maruku...