Wednesday 21 December 2016

China : Xi'an - Finale

Assalamualaikum...

Terakhir dari Muslim Quarter, Xi'an...makan tengahari di restoran cantik di Beiyuanmen...

 kat pintu ni nampak ada gambar nasi goreng

Sebenarnya masa first time beli tauhu kari di hari kedua haritu, penjual tauhu tu dah promote restoran ni..dia tunjuk 'tumbs up', kemudian buat aksi 'angkat takbir', maknanya tuanpunya restoran ni jaga solat, lebih kurang macam tu lah..penjual tauhu tu berniaga depan restoran ni..

Jom masuk..tengok menu, ada gambar nasi goreng, tapi bila nak order, waitress tu cakap..'no fried rice'..nak nanges..huhu..pujuk hati 'takpe lah, esok je lah makan nasi kat Malaysia'...order mee sup..

Sementara menunggu, snap-snap suasana dalaman restoran...

 cantik interior

 dapur memasak

 hiasan ala-ala padang pasir

 antik - masih lagi berfungsi gramaphone ni

Yang diorder sudah tiba..nyum, nyum..

 marvellous sungguh mee sup ni

Dah habis makan mee sup, tengok couple depan tu makan pau kecik. Teringin la pulak, macam sedap je, order pau pula..melampau sungguh..hihi..'ayat penyedap hati - nanti menyesal kalau tak makan'..

pau berinti sup kambing dicicah dgn cili
terbaik..sedap sungguh..

Alhamdulillah..puas hati sungguh makan di restoran ni, so sapa-sapa yang pegi Xi'an, sila lah bersantap di restoran cantik di Beiyuanmen ni..harga berpatutan..senang je nak cam bangunan ni..   

OK, masa untuk bergerak ke hotel..masa ni baru pukul 4 lebih, lepak-lepak di taman depan hotel. Tengok buskers Cina..



Kemudian lepak-lepak di lobi hotel pula, layan wi-fi. Dah pukul lima, masa untuk beredar, ambik beg di luggage room. Alhamdulillah, security officer yang tolong bukak luggage room, tolong angkat beg terer cakap English. Bila tengok dia pun friendly, saja tanya dia, kat mana nak ambik teksi ke airport..

Sebenaqnya indirectly nak bagi tau dia yang kami nak teksi, nak gi airport. Mengikut firasat hamba, dia kerja hotel, mesti dia kenal mana-mana pemandu teksi..kot-kot dia boleh call..

Mula-mula dia suruh gi depan McDonalds, kemudian dia tanya balik bila nak gi airport, dia boleh tolong call kawan dia. Yeayy, Alhamdulillah, pucuk dicita ulam yang datang, firasat hamba benar belaka..hihi. Dia suruh tunggu kat lobi sementara dia call kawan dia..

OKlah, kawan dia boleh hantar ke airport..yahoo, takyah tarik beg ke McDonalds..cuma tarik beg ke parking area di belakang hotel je..

 detik-detik terakhir

Rupa-rupanya bukan teksi bandar, tapi prebet sapu Uber..hentam sajalah labu, asalkan sampai di Terminal 3. yang penting sampai di airport sebelum gelap..rasanya pekerja hotel tu juga kot..

 naik Uber Cina

apartment


Terminal 3, Xianyang Airport

 yuhuu..ada restoran halal

Lepas check in luggage, bersantap dulu di restoran ni..hihi, sebelum masuk pintu departure. Masa ni dah dekat pukul 10 malam, restoran pun dah nak tutup..pekerja dah mop lantai..

spicy soup - harga 10 yuan
tak habis, sebab ada bahan yang kurang menyenangkan lidah
kali ketiga terkena macam ni..sedih jg..

Dah tak habis makan, tinggal jelah. Bergerak masuk ke departure hall


Tak sangka bahagian dalam airport Xianyang ni sangat cantik dengan susunan cafe yang menarik..pemenang 2016 FAB Award 'Best Airport for Food & Beverage Facilities Reflecting Sense of Place' - by the Moodie Davitt Report.

 Caravanserai cafe - source: fraport
menggambarkan suasana Silk Road 

 Shaanxi Famous Snack Alley recreates ancient street of Xi'an
source: fraport

Bye-bye Xi'an

--------------------------------------------

Budget selama 6 hari 5 malam di Xi'an :

Flight ticket  : RM723.88
Hotel   : RM310.38
Belanja : RMB 1,490 @ 62.5 = RM931.25

Jumlah = RM1,965.51
(untuk sorang)
 
 barang-barang yang sempat dibeli di Xi'an
buah delima, pisang kaki kering, buah walnut, cili flakes

dlm kotak tu - bepang bijan

Tamat sudah travelogue Xi'an, destinasi menarik, penuh sejarah dan budaya Cina dan Islam..

Thanks for reading..xie xie.. 

31 comments:

  1. Eh... budget tak banyak juga ye No.
    Ok sangat tu boleh pergi lagilah macam ni:)
    Perjalanan pun kakak rasa santai sangat dari yg kakak baca sebab makan/solat semua mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. percutian budget, tapi boleh dikurangkan lg kalau stay 4 mlm kt hotel #2..
      travelog santai...

      Delete
  2. kalau pergi melancong tempat orang yang kurnag makan nasi ni,mesti tringin nak makan nasi kan kak..btw semua tempat nampak tenang.yaALLAH moga irda berpeluang menjelajah macam akak ..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun byk makanan, tapi nak nasi jg...baru puas..hihi..
      amiin..semoga impian menjadi kenyataan..

      Delete
  3. Wah sudah berakhir travelog ke xian china ya..nampak selesa n lancar perjalanan hingga selamat pulang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan olehNya..

      Delete
  4. pau tu memang rare, mesti sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. pau tu mcm takde kat M'sia..inti sup kambing..teringat-ingat sampai sekrg..nyum, nyum..

      Delete
  5. besnya baca pengalaman2 camnih..teruja nak plan sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga plan menjadi kenyataan..fighting!!

      Delete
  6. Replies
    1. memang sedap..inti sup kambing..
      tk jumpa kt malaysia..huhu..

      Delete
  7. Pau berinti sup kambing? Woah... kiranya dalam pau tu inti daging kambing dengan lemak dan kuah dia sikit la ya sis? Mesti panas inti dia, dan sedap. Huh... terliuq~ :D

    Okeh, nanti nak kejar ke belakang untuk tengok previous China travel entries sis... hehehe, nice sharing sungguh ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..intinya daging kambing + kuah sup..mmg panas inti dia..sedap, cicah pulak dgn kuah cili..terbaikk..

      Delete
  8. namak best Xian ni...makan pun senang.berani akak makan spicy soup before naik flight ye..hehe.kalau saya, takut perut meragam

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk jg tempat menarik di Xi'an...terlupa, excited tgk ada restoran halal..hihi..

      Delete
  9. sungguh teringin nak pergi semua explorasi akak ke Xi'an ni.

    jom kak teman g lagi sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak repeat satu2 tmpt tu rasa malas..huhu...sbb nk gi explore tmpt lain plak..

      cari kwn, in shaa Allah, ada tu yg nak gi...semoga berjaya!!

      Delete
  10. pau tu mmg nampak mengancam...Alhamdulillah smooth perjalanan,budget pun ok sangat,bolehla plan ke sana juga nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. pau sedap..Alhamdulillah, perjalanan ok, x byk shopping sgt, makan je byk..hihi..

      Delete
  11. wow daaaah finale dah ? okay give me time nak baca dari entry Xian yang first k.. ill be back hehehe.. laju la akak share cerita. CT nye tertunggak lama hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah habis before year end..update almost setiap hari..hari cuti, buat sekali harong..hihi..

      Delete
  12. okkk bawah tu lepas pulak masuk dalam flight? hehehe.. teringin jugak nk explore china nanti kita pegi nak? kekeke.. sedap tgk mee tu, resto china kt sini pun pandai bt mee... apakah bahan yg dlm sup tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yg masuk dlm luggage, ada yg hand carry..Alhamdulillah, lepas semuanya..China mmg best kalo nk explore..cuma masalah bahasa je, tp ok je.. mee kt resto cina kt m'sia pun sedap jg..dlm sup tu ada kentang, karot, tp ada satu bahan yg buat mulut jd kebas..hihi..cuka kot..

      Delete
  13. Beli buah delima 2 biji jek? Murah kan buah delima kat sana? Murah tu budget sorang all in x sampai 2 ribu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua biji cukuplah, berat nak bw banyak2,hand carry..hihi..campur visa & tambang teksi/airport bas, 2 ribu lebih jg lah..tkde shopping sgt..makanan je byk.

      Delete
  14. Mcmana transport ke hotel sb flight Airasia sampai airport pkl 12tgh mlm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh arrange dgn hotel for airport pick-up atau naik teksi.

      Delete
  15. Waalaikumussalam, you're welcome. Thanks for reading. Bestnya..enjoy the makan2, the foods..

    Whatsapp boleh di China. Facebook mmg tk dapat, google tak sure. boleh install VPN untuk remove blockage utk fb, youtube

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!