Thursday, 29 March 2018

Utropolis @ Glenmarie

Cerita kompleks perniagaan lagi..

Futuristik sungguh namanya..Utropolis. Lokasi di Jalan Kontraktor U1/14, Glenmarie, Shah Alam.

Utropolis development

Integrated development - dibawah kompleks perniagaan, diatasnya pangsapuri servis. Jenis pembangunan komersil yang biasa terdapat di Lembah Klang.

Kompleks perniagaannya dipanggil  Utropolis Marketplace. Jom kita survey. Parking adalah percuma dii tingkat basement. Alhamdulillah.


wi-fi powered by Time

konsep push-cart

bukan push-cart biasa, tapi bentuk tricylce dan caravan

 ada Mydin store

restoran-restoran 

jom naik keatas, ke tingkat satu ada 'mahkamah makanan'..hihi..yang dipanggil 'food park'.

Food court

 gerai-gerai yang ada

 tong drum kecik dijadikan hiasan siling - bergayutan tong drum

 beli kebab & sirap limau cincau

Kebanyakan pelanggan ialah pelajar Kolej Damansara Utama (KDU) yang terletak di sebelah bangunan ini. 

Secara keseluruhan, Utropolis Marketplace masih baru dibuka. Tingkat bawah dah penuh, kebanyakan restoran & bakeri, di tingkat satu, selain dari foodcourt, ada klinik dan ruang pejabat.

Tuesday, 27 March 2018

Jalan-jalan CNY : Mitsui Outlet Park

Assalamualaikum..

Baru nak up entry cuti Tahun Baru Cina. Jalan-jalan dekat je, orang lain dah lama pergi, kita baru nak pergi melawat kawasan. Tak pe, better late than never. Part of the job, market survey of retail complexes.

Jalan-jalan ke Mitsui Outlet Park, KLIA. Yang kat Jepun dah pernah pergi. Outlet di Kurashiki. Yang kat Malaysia baru nak pergi buat survey.

 Mitsui Outlet Park di Jepun

 Mitsui Outlet Park, Kurashiki

Jom mulakan perjalanan, ikut NKVE masuk ELITE, jem sikit di ELITE. Jalan menuju ke KLIA..mengimbau kenangan, bila lah nak fly nih...jom corner kiri..



Sebab raya cina, hiasan pun bercirikan tahun baru cina.

 cantik

lama di sini...beli kasut..banyak discount


 kedai Doraemon

Doraemon kaler kuning

Dah letih tawaf kedai, rehat kaki, makan tengahari di food court

 nasi goreng ikan masin

 ada flight time table, supaya tak terlepas flight

Bagus juga Mitsui Outlet Park ni, pada masa 'retail market' di Lembah Klang yang semakin suram kecuali high-end shopping complex seperti Suria KLCC, Pavillion, Mid Valley dan One Utama, ditambah dengan persaingan dengan home shopping, online shopping websites, Mitsui Outlet Park boleh mencapai hampir 100% occupancy rate.

Kekuatan tenant mix - semua ada, got everything for everyone - tua, muda, lelaki, perempuan, kanak-kanak, bayi. Branded items at reasonable prices.

fully occupied

Dan ada expansion lagi!!
 

wahh..ini sudah bagus. Mungkin konsep dan target market yang berbeza, demand sentiasa ada. Lokasi juga penting untuk retail mall. Tapi factory outlet, walaupun jauh, pelanggan sanggup datang untuk membeli-belah. Adioss...

Friday, 23 March 2018

Ais krim! Ais krim!

Ais krim..

Comfort food, yes! Stress-reliever, yes!

"Apa akan terjadi bila seorang perempuan muda makan ais krim sambil menangis?" 

"Ia bisa membuat hati si lelaki bergetar lebih kencang, tak keruan!"

huh, dialog tak menahan. Dialog dalam kdrama Black Knight, nak tau, kena tonton drama ni.

Cuaca panas sekarang ni. Jom kita cuba ais krim di Artico di SS 15 Courtyard, Subang Jaya. It's Nitro-cool. 

outlet artico


First time cuba ais krim yang diproses guna gas nitrogen cecair.  Mengikut maklumat, ini outlet ais krim yang pertama di Malaysia yang guna gas nitrogen. Macam ni alatnya..
 
Berasap-asap gas nitrogen cecair
sumber: fb artico
  

pelbagai jenis ais krim -wild flower collection

source: fb artico

Boleh beli dalam mangkuk atau kon. Boleh customise kone untuk keriangan berganda, ofcos, duitnya pun berganda juga..huhu..
 
customised cone
 
ais krim honey lavender

Rasanya sedap, lebih kurang sama rasa dengan ais krim biasa. Tapi mungkin saya pelanggan yang pertama, kedai pun baru buka, ais krim pun baru keluar dari freezer, ais krim dia macam keras sikit..macam tak bergaul mesra dengan madu...tapi still ok..

Pepagi dah makan ais krim..hihi..nak try ais krim lavender kat Cameron Highlands, entah bila nak pi. Dah jumpa depan mata, apalagi, pagi-pagi dah tibai ais krim..
 
------------------------------------------------
 
Yang dibawah ni kedai aiskrim IlaoIlao di Sogo Kuala Lumpur. Entah camner nak sebut...elo-elo...gamaknya. Check kat internet, sebutannya Yao Yao. 

Ais krim franchise dari Sepanyol. Bukan aiskrim tapi frozen yogurt (froyo)..species ais krim juga lah kan. Yang jadi duta tu tak kenal sapa dia..


wahh...photo ni diambik pada bulan Januari, harga macam ni

 yang ni diambik pada 23 Mac, dah naik sikit harganya
untuk petitlao (naik RM2) yang small (naik singgit)

Tapi ada promosi, setiap hari Rabu

 banyak gak diskaunnya

macam-macam topping ada -Belgian black, wild strawberri, white choc

ditabur dengan benda-benda ni 

beli yang 'small' with topping - wild strawberry

Rasanya..yoghurt tak manis sangat, topping dia masam-masam manis..just nice...sudu dia yang unik, bentuk macam daun...

Bolehlah cuba dua-dua ais krim ni...selamat berhujung minggu.

Tuesday, 20 March 2018

Pinang Peranakan Mansion

Assalamualaikum..

Buka balik citer Penang..hehe. Throwback tahun 2012, abadikan kenangan di sini. 

Pinang Peranakan Mansion

Rumah Baba & Nyonya. Lokasi di Church Street. Bayaran masuk sekarang ialah RM20 untuk dewasa, RM10 untuk kanak-kanak.

 tuan punya rumah ni kot


Ada sesiapa yang dah pernah pergi ke rumah ni? Kalau pi Pulau Pinang, memang saya recommended pergi melawat. Inilah rumah yang paling 'elaborated', yang pernah saya lawati.

Berpinar juga biji mata tengok hiasan dalaman rumah ni..so rich in detailed, intricate ukiran, kerawang...warna gold lagi..

 cantik warnanya


 gandingan hijau dan gold/brown

lanca

pintu masuk utama - dari luar dah nampak perincian

courtyard utama


Ruang makan


tempat duduk di bawah tangga


tempat duduk lagi


Bahagian atas pula.



overlooking the main courtyard


bilik tidur yang begitu mewah


verandah


Tamat sudah lawatan. Recommended untuk dimasukkan dalam itinerari ke Pulai Pinang.