Wednesday, 31 October 2018

Haiwan-Haiwan yang comel di Sabah

Haiwan-haiwan liar yang comel di Sabah. Nak pergi meredah hutan belantara, memang tidaklah, tengok dalam television je..

Yang ni pun penangan free viewing yang Astro bagi masa hari merdeka dan hari Malaysia. Kali ni dokumentari di Discovery Asia channel 571. Dokumentari Secret Lives, Hidden Places memaparkan kisah haiwan-haiwan liar di kawasan Kinabatangan, Sabah.

 Sungai Kinabatangan
Sungai kedua terpanjang di Malaysia - 560km

Kisah gajah-gajah liar, ada seekor gajah yang tersesat ke kebun orang. Team renjer hutan pi menyelamatkan gajah tersebut.
 
 sekawan gajah (pygmy elephants)

 aloloo..cute, ibu & anak

Kemudian kisah monyet 'proboscis' yang hanya didapati di pulau Borneo. Monyet ni mempunyai rupa paras yang lain dari monyet-monyet biasa. Monyet ni mempunyai hidung besar dan lanjut.

The proboscis monkey (Nasalis larvatus) or long-nosed monkey, known as the bekantan in Indonesia, is a reddish-brown arboreal Old World monkey with an unusually large nose

monyet yang mempunyai hidung yang leper

ibu & anak

pekerja memberi makan penkek

 menikmati penkek

sekawan monyet proboscis

generasi akan datang

Law of the Jungle in Sabah

Yang ni bukan dari channel Discovery Asia tapi rancangan realiti Korea Selatan - Law of the Jungle in Sabah di channel One 393. Rancangan realiti yang membawa kita ke hutan belantara untuk survival skill. Team leader, Kim Byungman dan peserta yang lain menjalankan aktiviti memindah telur penyu ke tempat penetasan di Pulau Libaran.

seekor penyu sedang bertelur

ibu penyu sedang mengorek tanah

staff sedang mengorek tanah mencari telur penyu

telur penyu sudah dijumpai

telur dari green sea turtle

dipindahkan ke tempat penetasan

dah menetas..soo crowded..

berlari ke laut..laut itu duniaku..


Memang sangat asyik menonton program ni. Dari bertelur hingga menetas, proses melahirkan generasi akan datang.

Friday, 26 October 2018

Perpisahan yang kau pinta

sob, sob...perpisahan yang kau pinta dari >>>>>...syarikat..

dua bulan berturut-turut ada ofismate yang resign..mencari rumput yang lebih hijau di luar sana. yang tinggal, meraikan yang akan pergi tak kembali ke syarikat semula..

Farewell lunch di bulan September di Imperial Chakri Palace @ KLCC. Yang ni boss kecik belanja.

 hola! we meet again

 makanan Thai - mieng kham, tomyam putih & kerabu mangga

 mieng kham - sesi lipat-melipat

sedap giler - red ruby in coconut
nasiblah masa tak cukup, semua dah nak balik ofis
kalau tak nak korek isi kelapa tu, rugikan..
tapi makan nyok banyak2 pun tak elok, cacing..haha..

Hari Isnin baru ni, farewell dinner di Little Rara @ Jalan TAR. Yang ni sendiri bayar, girls outing. Dekat ofis je, jalan kaki ke sini. Dalam kesibukan kerja yang menekan-nekan jiwa, menyempatkan diri ke sini, bersosial, stress reliever. 

 yang bercahaya, nampak meriah tu lah Little Rara
yang bercahaya sebelah kiri tu Restoran Kudu, restoran nasi kandar yang femes
yang jenis beratuq panjang masa lunchtime

Ramai sungguh orang menunggu giliran nak masuk kedai. Full house. Sib baik member dah buat reservation. Orang yang nak diraikan tu yang pergi buat reservation..hehe..dia je yang free...

Macam-macam dekorasi kedai ni, nampak cam berserabut sikit...basikal pun ada terselit..

baru buka - depa buka petang
klasik hiasan dinding dia

Restaurant Thai juga. banyak gak menu dia

nama tak menahan - Patpong, Tiger Show, Tony Jaa..


 huh! night club fried rice

menu wajib - tom yum

 tom yam lagi



 Patpong, Patpong...combo grilled ayam & daging
Tony Jaa grilled chicken

 tomyam talay mega - kosong, cuma ada telur

Tomyam talay mega - seafood + telur

Saya order yang ini

 Barn kai apatah nama dia - beef glass noodle 

Overall, memang sedap semua makanan, terasa rempah ratusnya, secukup rasa, Patutlah ramai pelanggan, sanggup menunggu di luar kedai, ada yang tulis nama kat waiting list.

Makan dah. Sesi bersembang pula, mengenang kisah kau dan aku. Sambil-sambil tu mulut nak mengunyah juga..jom, jom..order mieng kham..

  mieng kham Little Rara

sesi calit-mencalit, lipat-melipat

Time's up. masa untuk sambung bekerja. Jom bayar. Total semua RM104. Harga on the high side, tapi berbaloi dengan makanannya.

syampu siam kot, pek kecik

Next, tak tau sapa punya farewell, yours truly kot...hehe..bertemu dan berpisah, adat manusia biasa, hilang dimata, tapi dihati tidak lupa...

Friday, 19 October 2018

Memang sedap pekena Maki

Salam Jumaat, moshi-moshi..

Sekali-sekala pekena maki, memang sedap. Bukan maki-hamun tapi yang ni..

pelbagai jenis maki sushi di Empire Sushi

Maki sushi - from "maku", which means "to wrap/roll" for the obvious reason of wrapping it in seaweed (which is called "nori").

---------------------------------- 

Annyeonghaseyo..for kimchi lovers, mat kimchi (chopped cabbage) and poggi kimchi (whole cabbage) brand Chongga ada dijual di Sogo KL. Ada logo halal. 

mat kimchi and poggi kimchi

Harga boleh tahan  juga, RM8.40 untuk 200g mat kimchi. Untuk 500g (RM15.00 for mat kimchi RM15.95 for poggi kimchi)

 dulu ada jual bibigo kimchi, sekarang dah tak ada

  sos gochujang & doenjang

Gochujang - sos cili, doenjang - sos kacang soya (macam taucu kot)

 Okbai, selamat berhujung minggu.

Monday, 15 October 2018

Pastikan Ramly

baru beli!!

Ya, siapa yang tak kenal Ramly Burger? Mesti pernah dengar kan, ke tak pernah tahu? Femes Ramly Burger nih..pilihan abang-abang, adik-adik jual burger tepi jalan..

Haritu ada program di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda. Depan masjid ni ada outlet makanan segera Ramly Burger. Dah lama nampak outlet ni, tapi tak berkesempatan singgah. Tapi haritu, sebab dah dekat, singgah untuk dinner.. 

 outlet Ramlee Burger di Kampung Batu Muda. 
Ditepinya Masjid Saidina Hamzah

 Masjid Saidina Hamzah

parking kereta di masjid, masuk ikut kawasan masjid

Konsep sama macam McDonald's, ada burger, ada fries, ada ais krim tapi ada banyak lagi menu, lebih localised, ada nasi, mee, satay, ada western juga.. 

 ada buffet juga - untuk makan tengahari

 tempat duduk bahagian dalam

di bahagian luar

Jom kita tengok apa yang ada dijual disini. Ada staff yang akan ambik order di meja, tak yah beratur di kaunter.

sudah tentulah jual burger..
wahh, ada prawn burger, mesti try nih

western + local

nasi wong sogeh, nasi lemak, bubur nasi, korean chicken

dessert - cendol, ABC, shaved ice
shaved ice bubuh mangga..terbaik

Order yang ni..going west..

grilled chicken - oklah rasanya, not bad

Selain makan disini, boleh juga beli produk sejukbeku keluaran Ramly Burger, ada juga dijual di sini. Kilang Ramly Burger ada di kawasan berhampiran, di Taman Perindustrian IKS Mukim Batu.

Recommended, jom sokong produk Bumiputera.