Haritu jalan-jalan melawat kawasan di Jalan Conlay, tetiba sampai di rumah tok penghulu, erkk..terperanjat jugak teman, tetiba jumpa rumah tradisional Melayu di tengah-tengah kawasan Segitiga Emas di kota metropolis Kuala Lumpur. Rumah tok penghulu pulak tu...terasa kembali ke zaman silam..sangat klasik..
Rumah Penghulu Abu Seman.
Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang hamba musafir lalu
Lokasinya di No. 2, Jalan Stonor, Kuala Lumpur. Depan Hotel Royale Chulan.
lokasi
Di dalam kawasan yang sama ada sebuah banglo kolonial yang dijadikan pejabat Badan Warisan Malaysia. Halamannya luas dan terjaga rapi.
pusat warisan
Rumah Penghulu Abu Seman di sebelah kiri. Tertulis dekat pagar tu, pukul 11.00 pagi ada 'guided tour', bayaran RM10. Masa sampai di sini, dekat pukul 11, tapi takde pelancong, so takde lah 'guided tour'. Snap gambar dari luar je.
dari Kedah rupanya
menggamit nostalgia tingkap ni
besar gak rumah ni - berangkai-rangkai
bahagian anjung
bahagian tengah
bahagian dapur
Menarik rumah ni, rumah tradisional di tengah-tengah bandaraya, dikelilingi bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. so cool. Mungkin satu hari nanti, nak gi masuk, melihat bahagian dalam rumah pula.
Yang ni pula berkenaan dengan banglo kolonial
maklumat mengenai banglo kolonial yang dibina pada tahun 1925
Menarik juga dua-dua rumah ni kalau dapat dilawati. Tetap teguh walau beralih zaman..