Hari di mana meletusnya Gunung Bromo, seterusnya memusnahkan harapan berwisata ke sana. Yaudah, itu semua takdir Alloh..
Dari restoran Bebek Goreng H. Slamet di Taman Darmo Permai, menyambung perjalanan ke Kebun Binatang Surabaya (zoo). Masih lagi di bahagian selatan Surabaya. Di sini cuma mau ambik foto Monumen Suroboyo sementara menunggu pak driver menunaikan solat Jumaat.
Perjalanan disambung semula ke Masjid Cheng Ho. Sesat barat juga mencari masjid ni sebab driver pun dah lama tak pergi sini. Maklumlah dia bawa teksi bandara (airport). Masjid di dalam kawasan perumahan.
Monumen Suro & Boyo
perlawanan ikan suro (jerung) dan buaya
asal-usul Surabaya
Jalan Setail
Lepak-lepak di sini sementara menunggu pak driver bersolat Jumaat di masjid di seberang jalan besar. Monumen Suroboyo ni ada juga ternampak di tepi sungai di pusat kota Surabaya.
lambang suroboyo
peniaga gerobak - jual rujak dan es degan (kelapa muda)
Driver dah sampai. Perjalanan diteruskan menuju utara, ke pusat kota Surabaya. Sebelum itu, mobil harus diisi bensin. Singgah di Pertamina, kami pun turun juga, nak beli buah potong di gerobak.
buah-buahan & air kelapa
penjual buah & rujak manis
di seberang jalan, toko Danar Hadi
outlet jual barangan batik yang femes di Surabaya
outlet jual barangan batik yang femes di Surabaya
yang ni tak tahu jual air apa - es sinom
Perjalanan disambung semula ke Masjid Cheng Ho. Sesat barat juga mencari masjid ni sebab driver pun dah lama tak pergi sini. Maklumlah dia bawa teksi bandara (airport). Masjid di dalam kawasan perumahan.
masjidnya di dalam kawasan gedung serbaguna ini
bangunan Masjid Cheng Hoo
gelanggang bola keranjang di depannya itu dijadikan tempat solat Jumaat
semasa kami sampai, budak2 tengah mengemas sejadah
walaupun kecil, dibelakangnya ada tempat solat
tempat solat dalam masjid
di pagar batu di tepi tempat solat tadi, ada lukisan gambar
Laksamana Cheng Ho dan kapalnya serta ada kolam ikan
ada penerbitan majalah
cantik - songkok Masjid Cheng Ho
Perjalanan diteruskan ke utara, ke Pasar Atum. Pasar Atum ialah pasar lama yang terletak di kawasan pecinan (chinatown) atau kya-kya Surabaya. Pasarnya luas, sehingga tahap V (fasa 5). Ada kolam renang di tingkat atas pasar ini.
Kami ke sini sesi kulineran lagi. Wisata ke Surabaya banyak dipengaruhi oleh youtubers, food bloggers Indonesia..hehe. Pertama yang dicari ialah bubur Madura yang femes di pasar ini.
deretan penjual bubur madura
beli di sini, boleh bayar guna imbas, perghh
bahan-bahan untuk bubur madura
enak banget, gurih, lezat - harga IDR 10,000 je
macam bubur sum-sum campur dgn bahan2 lain
Dah makan bubur madura, jom cari nasi cumi yang viral, buka 24jam. Lokasi di Jalan Waspada, jalan di belakang pasar ni. Dah sampai, tengok tutup pula. Patah balik ke pasar atum, nak cari cakue udang peneleh, katanya camilan legendaris kota Surabaya.
ramainya pembuat kuih cakoi. cakoi biasa tu di Malaysia pun ada
beli 6 keping cakue udang, IDR 36,000
Apa yang dapat diperhatikan di pasar ni, tiada ditulis, diasingkan yang menjual kuih non-halal, yang ada babi. Kena perhatikan betul-betul papan tanda di gerai. Bila tengok papan tanda inti babi, babi manis, langsung takde mood nak beli kuih di sini.
Beli air sirsak (durian belanda) yang sedap nih, IDR 15,000
penuh dengan buah durian belanda
Takde jalan-jalan cuci mata di sini, terus balik hotel. Sebelum tu jalan-jalan di Kota Surabaya, nak cari Maybank Jalan Cenderawasih. Mau foto-foto di bangunan colonial Belanda.
Bangunan gedung Maybank di Jalan Cendrawasih via aldrinrachmanpradana.com
dari blog travelingyuk.com
Holland Bakery
Dah tak jumpa bangunan Maybank tu, city tour tamat di Grand Surabaya Hotel di Jalan Pemuda, hotel yang sudah di booking selama 3 malam via Agoda. Dapat rate RM60++ tanpa sarapan. Siap janji dengan driver untuk datang pick-up hari Isnin pagi untuk ke airport, yang bagusnya nombor phone driver pun tak ambik..hoho..
Dah tunjuk booking voucher ke receptionist, mula-mula ok je depa check. Tetiba yang lelaki tu beritau yang ni kena pindah ke Sahid. Bila dengar je kena transfer ke Hotel Sahid, me dah mula bengang. Hotel Sahid tu memang dah reject awal-awal lagi sebab lokasinya di sebelah stesen keretapi Gubeng, off dari shopping complexes, kena lintas jalan lagi. Grand Surabaya ni memang dekat dengan Tunjungan Plaza & Plaza Surabaya. Rancangannya malam ni nak jenjalan Tunjungan Plaza.
Receptionist tu datang explain yang depa terima pesanan dari travel agent, bilik tak cukup, kami terpaksa dipindahkan ke Hotel Sahid. Kesian pulak, ikut jelah, pasrah. Takde charge tambahan. depa pi hantar ke Hotel Sahid.
receptionist Grand Surabaya yang berkebaya oren
tengah buat arrangement di Hotel Sahid
reception area Hotel Sahid
Hotel Sahid Surabaya
Disebabkan bengkek kena tukar hotel, masuk bilik, kemas sikit2, solat and terus tidur. Bangun tidur, tengok apa yang ada untuk dinner.
kuih putri ayu dan makanan dari Kartiko Heritage
cakue udang peneleh - sedap
Yang tak best duduk di Hotel Sahid ni, announcement kat Stasiun Gubeng pun boleh dengar, keretapi lalu lagilah kuat bunyi nya. Yang ok, boleh dengar azan sebab masjid dekat, belakang stasiun je. Adik-adik ojek bersidai depan hotel ni, sesiapa yang nak sewa motosikal, memang mudah.
Sekian, hari pertama di Surabaya.