Tuesday, 27 August 2019

Balai Polis CANTIK..

Macam dalam taman...banyak  pokok bunga..

 

Macam ni baru lah seronok pergi balai..errkk..

 kisah pergi buat report polis, kes scammer minta nombor TAC (Transaction Authorisation Code). Dua kali kena masa bulan puasa yang lalu. Dugaan di bulan Ramadan. 

Pertama kali kena, dia hantar whatsapp, minta nombor TAC sebab isteri dia nak transfer duit online tapi tersilap bagi nombor telefon saya ke bank. Tanya ada tak bank bagi TAC kat handphone saya. Kemudian whatsapp call, dua-dua tak layan. Walaupon gambar imej whatsapp tu begitu kudus, tetap tak perdaya. Letak muka ustaz, nampak begitu alim dan tawadduk. Ustaz manalah ni, kesian kat ustaz tu. Clear chat.

Kali kedua, selang seminggu, dapat lagi whatsapp dari orang yang sama. Balik dari solat terawih, dapat whatsapp call pula. Pukul 10.20 malam. Telefon bank. Bank beritau ada cubaan untuk transfer duit dari akaun. Perghh..berderau darah. Bank offer untuk deactivate online banking dan kad ATM. Bank suruh buat report polis. Tapi masih rileks lagi, sebab esok nak balik kampung, nak raya!

Esoknya, on the way balik kampung, dekat highway, dia whatsapp call lagi. Wahh, very persistent. Tak layan juga. Beraya dulu, balik KL baru buat police report...huhu. Terer pegawai polis yang ambik report, karangan dalam Bahasa Malaysia, terbaik. Kemudian pergi bank, buat kad ATM baru, activate balik online banking, buat password baru. 

Alhamdulillah, tiada apa-apa yang berlaku dalam akaun bank. Alhamdulillah.

Saturday, 24 August 2019

Mongol

Dari Greek ke Mongol pula..
 
Akhirnya, selesai menonton filem Mongol di youtube.  Filem keluaran tahun 2007. Opening muziknya menyeramkan, zikir para pendita kaum Mongol.


Blogger Izni Hafiz komen entri lama saya tentang filem epik ni. Entry Mongol.Mongolia. Buat entry ni tahun 2009. Bila baca balik entry lama ni, terasa nak tengok filem ni. Masa buat entry tu, tak tengok pun movie ni. Sepuluh tahun lamanya baru tengok..hihi. Dulu tunjuk perasaan diam-diam, tak nak tengok filem ni sebab tak suka kisah manusia yang kejam ni....

Beberapa tahun dulu, perkataan Mongolia ni jadi 'buzzword' kat Malaysia. Setiap hari keluar dalam suratkhabar, dalam berita, dalam internet, heboh seantero dunia. Sekarang ni timbul balik. Hmm..sapa yang faham tu, fahamlah kan, yang tak faham tu, silalah google..huhu..
 
Ok, berbalik kepada filem ni, ianya menceritakan kisah hidup seorang manusia yang bergelar Genghis Khan. Dilahirkan dengan nama Temujin, Genghis Khan ialah pengasas Empayar Mongol  yang sangat terkenal dengan bala tentera yang kuat dan kejam. Wilayah jajahan nya luas dari timur ke barat Eurasia, dari China ke Mesir. Pernah memerintah negara China dengan nama Dinasti Yuan.

Tengok movie ni memang rasa sakit hati je, macamana dia khianat kawan baik dia sendiri, yang dianggap sebagai 'brother', yang tolong semasa dia kena tangkap, hampir nak mati.  Yang sama-sama berperang untuk selamatkan isteri dia. Betul-betul, hati kering !!

Jamukha, kawan yang dipanggil brother, tapi khianat. Langsung jadi musuh

Bila Temujin kalah dengan Jamukha, dia dijual untuk jadi hamba kepada ketua Tangut Kingdom tapi sami ni dapat petunjuk yang Temujin akan musnahkan Tangut Kingdom, langung Temujin kena penjara. Sami tu awal-awal lagi dah buat perjanjian dengan Temujin.

Sami minta Temujin supaya jangan musnahkan tempat ibadat
sebab dalam tu banyak buku agama depa lah tu

Permintaan sami ni Temujin ikut, tapi anak cucu dia tak ikut, habis buku-buku di Baghdad dihapuskan, sungai menjadi warna biru hitam dengan dakwat buku. Huh!

Sinematografi filem ni memang awesome. Pemandangan grassland, steppe, gurun. Layan scenery yang cantik.


Yang berlakon jadi Genghis Khan nama dia Tadanobu Asano, orang Jepun. Yang jadi Jamukha, aktor China, cuma heroin (isteri Genghis Khan) je orang Mongolia. Filem ni keluaran bersama Soviet Union, Jerman dan Kazakhstan dan pengarahnya Sergei Bodrov.

Overall, menarik juga citer Genghis Khan dalam fliem ni. Recommended bagi peminat filem epik.

Selamat berhujung minggu.

Wednesday, 21 August 2019

This is so GREEK!!

Salam semua...semoga sihat walafiat.

Siapa suka makan yogurt? makanan yang penuh dengan khasiat protein. Diperbuat daripada susu dan difermentasi menggunakan bakteria baik, Lactobasillus.

Bulan Mac yang lalu, ada beli yogurt Farm Fresh ni. Tertarik dengan label ''Authentic Greek'' diperkuat dengan rekomendasi dari Chef Giannes "this is so...GREEK!!".  Feeling-feeling Greek..nak gi Greece entah bila...hehe..

This is so...GREEK!!

Siapa Chef Giannes? Google nama chef ni, takde pulak info, yang ada Chef Giannis, professional chef di Athens, Greece..orang yang sama kot, whateverlah no...

Sebenarnya tertarik nak cuba sebab ada 5 super seeds - chia seeds, flax seeds, pumpkin seeds, quinoa dan sunflower seeds campur dengan buah apricot.

tertarik sebab ada 5 super seeds 
harga, RM5.00 kot, dah lupa

The verdict: oklah rasanya, tak manis, tapi semua bijian tu sikit je 

Selain perisa apricot & 5 seeds, ada juga perisa lain - original natural, aloe vera & peach dan mulberries & strawberries. Yang lain-lain ni belum try lagi.
 
Apa beza yogurt Greek dengan yoghurt biasa? yogurt Greek lebih pekat dan berkrim sebab dah ditapis bahan whey dalam susunya (strained yogurt). harga lebih mahal dari yogurt biasa.

yogurt biasa perisa mangga

susu kurma - sedap

  Minumlah susu untuk sihat dan kuat, In shaa Allah.

Saturday, 17 August 2019

Cerita Korban 1440H

Assalamualaikum semua..
 
Hari Raya Haji dan hari-hari Tasyrik sudah berlalu. Alhamdulillah, tahun ni diberi rezeki untuk mengerjakan ibadah korban, cuma ambik satu bahagian saja. Acara korban diadakan pada hari Isnin, 12 Ogos 2019.
 
Sanggup tak balik kampung, duduk sorang diri di KL, sebab nak tengok acara korban ni. Nak abadikan kenangan korban 1440H. Mak dan kakak balik kampung hari Sabtu pagi, mengharungi kesesakan lalulintas yang luarbiasa di lebuhraya, keluar pagi, malam baru sampai rumah di kampung..perghh..satu pengorbanan.

Pada hari kejadian, pepagi teman dah ke tempat acara. Katanya pukul 7.30 pagi dah nak start, sembelih. Jumlah korban - 5 ekor lembu dan seekor kambing. 2 ekor kambing lagi ada peserta buat akikah anak. Semua kambing sudah disembelih, dilapah dan dipotong, sedia untuk dimasak.
 

doa dipohon agar acara dan ibadah korban diberkati olehNya 
 
sembelihan lembu #1

Ya, Allah, terimalah ibadah korban kami

 #2 sudah selamat disembelih

 #3 sudah ditumbangkan, sedia untuk disembelih

Kerja-kerja melapah daging, menimbang, membungkus, sorting, dilakukan oleh orang lelaki. Orang perempuan menyediakan bahan-bahan untuk memasak lauk. Ada peserta yang infaq daging untuk buat jamuan kepada para petugas, Alhamduilllah. Dan juga memasak daging kambing akikah. Nasi putih, ulam-ulaman dan sambal belacan ada yang sponsor.

Menu makan tengahari - kari kambing, sup kambing, sup tulang/daging, daging masak black pepper dan sayur kobis. 

aktiviti potong-memotong
daging dan kepala kambing untuk masak kari

gotong-royong

penyediaan daging black pepper

daging black pepper in the making

aktiviti memasak

kari kambing

daging black pepper

juadah makan tengahari

Alhamdulillah, acara korban berjalan lancar. Semoga Allah menerima ibadah korban kami dan melapangkan rezeki kami semua..amiin..


Perkongsian dari group whatsapp: 

Tempoh Makan Daging Korban

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَابِسٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قُلْتُ لِعَائِشَةَ أَنَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ تُؤْكَلَ لُحُومُ الْأَضَاحِيِّ فَوْقَ ثَلَاثٍ قَالَتْ مَا فَعَلَهُ إِلَّا فِي عَامٍ جَاعَ النَّاسُ فِيهِ فَأَرَادَ أَنْ يُطْعِمَ الْغَنِيُّ الْفَقِيرَ وَإِنْ كُنَّا لَنَرْفَعُ الْكُرَاعَ فَنَأْكُلُهُ بَعْدَ خَمْسَ عَشْرَةَ قِيلَ مَا اضْطَرَّكُمْ إِلَيْهِ فَضَحِكَتْ قَالَتْ مَا شَبِعَ آلُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ خُبْزِ بُرٍّ مَأْدُومٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ حَتَّى لَحِقَ بِاللَّه


Daripada 'Abdurrahman bin Abis dari bapanya ia berkata; "Aku bertanya kepada Aisyah; 'Apakah Nabi SAW melarang untuk makan daging sembelihan hari raya Adha lebih dari tiga hari? ' Aisyah menjawab; "Baginda tidak melakukan itu kecuali pada tahun kesulitan (manusia kelaparan), sehingga baginda berharap orang kaya memberi makan kepada yang miskin. Dan sungguh, kami boleh makan daging kambing setelah lima belas hari." Lalu dikatakan; 'Apa yang mendorong kalian melakukan itu? ' Aisyah tertawa, lalu ia berkata; 'Keluarga Muhammad SAW tidak pernah merasa kenyang kerana makan roti atau gandum lebih dari tiga hari hingga baginda bertemu dengan Allah.' (Sahih Bukhari No: 5003) Status: Hadis Sahih

Pengajaran :

 1.  Daging korban sebahagian untuk disedekahkan dan 1/3 boleh diambil untuk dimasak dan dimakan serta boleh juga disimpan

2.  Daging korban boleh disimpan lebih dari 3 hari (tiada batas maksimum). Ia merupakan pendapat majoriti ulama dari kalangan sahabat, tabi’in serta empat imam mazhab.

3.  Rasulullah SAW tidak berlebihan dalam bab makan, hingga boleh berjimat memakan daging korban secara berdikit dalam tempoh yang agak lama.

4.  Orang mukmin makannya apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Elakkan berlebihan dalam makan dan minum.  
 
Sekian, wallahuálam 

Thursday, 15 August 2019

Wisata ke Surabaya: Sate Klopo | The End

Ahad, 21 Julai 2019
 
Alhamdulillah, selamat sampai di Hotel Sahid, Surabaya dari Kota Malang. Jam menunjukkan pukul 4.30 petang. Tanpa berlengah, panggil grab untuk keluar berkulineran, untuk mencicipi kuliner legendaris Jawa Timur. Ke Restoran Sate Klopo Ondomohen Bu Asih di Jalan Walikota Mustajab. Dekat je sebenarnya.

Tambang grab IDR 23,000. Driver grab ni terlebih peramah, siap nak datang ambik kami pagi esok untuk ke airport. Kami dah janji dengan teksi bandara ambik kat Grand Hotel. Tapi sebab dah tukar hotel dan takde pulak nombor handphone teksi bandara tu, terus on jer dengan grab ni. Tapi risau juga kalau teksi bandara tu datang ke Hotel Sahid..huhu. Tawakkal je lah...
 
Restoran Sate Klopo Bu Asih

Full house, terpaksa tunggu meja kosong, nak share-share meja 
segan le pulak
 
 tukang bakar sate

sate klopo - sate dibakar dengan kelapa parut
enak banget, gurih & lezat, recommended

kuah sate yang enak, kalau nak pedas, gigit je cili tu

Order 10 sate sapi = IDR 29,000 dan 10 sate ayam = IDR 22,000. Boleh juga minta nasi putih dan lontong. Orang local makan sate dengan nasi putih. Kalau travel ke Surabaya, harus mencoba sate klopo ni.

Dah makan, menyeberang jalan, nak beli teh botol di kedai serbaneka, Indo Maret. Tengok mie segera IndoMie ada macam-macam perisa yang takde kat Malaysia. Beli 4 peket IndoMie.
 
 rasanya perisa ni takde kt Malaysia, ke ada?..haha..jarang beli indomie

Hari dah gelap. Langkah harus dilajukan. Berjalan menyeberang sungai menuju ke Jalan Genteng Besar, pusat camilan dan oleh-oleh khas Surabaya. Shopping time!! Di kedua-dua belah Jalan Genteng Besar ni ada beberapa pusat oleh-oleh. Kalau waktu siang, ditambah lagi dengan Pasar Genteng. Rambang mata, pilih dua tiga je.


Jalan Genteng Besar ni di waktu malam bertukar jadi port gerai makan. Meriah, ramai sungguh pelanggan.


Halal Chinese food

siap ada lesehan lagi, makan bersila atas jalan
 
Jom hunting oleh-oleh khas Surabaya. Beli kek lapis Surabaya, Livana Spikoe, kripik, krupuk udang, krupuk ikan tenggiri, macam-macam makanan ada, jubung, bandreng ikan (ikan salai).

Jubung - jajanan khas Gresik
dibuat dari pulut hitam + bijan

bandreng ikan - ikan salai

suka pulak tengok kripik yang pelbagai ni


suka tengok biskut di susun dalam balang macam ni

Dah beli makanan & jajan, kita hunting kaos (t-shirt) Surabaya pula di toko the Java. Menarik t-shirtnya.


the Java menjual t-shirt berkualiti


Dah selesai beli souvenirs, berjalan balik ke hotel. Menyusuri Jalan Tunjungan.

 manhole Surabaya

Hotel Majapahit - hotel kolonial legasi Belanda


peristiwa perobekan bendera Belanda pada 19 September 1945
di Hotel Majapahit (dulunya Hotel Oranje)

Hasrat hati mau berjimba di Tunjungan Plaza, tapi malas nak melintas jalan. Perjalanan diteruskan ke Jalan Pemuda.


Tunjungan Plaza - shopping complex yang grand di Surabaya

kediaman gabenur Surabaya
di waktu siang - snap on first day
Balai Pemuda

Balai Pemuda di siang hari, ada Tourism Information Centre di sini


Ada Jalan Pemuda, ada Balai Pemuda. Apakah maknanya? Pemuda Surabaya atau arek-arek Suroboyo (dalam bahasa Jowo) berperanan penting dalam peristiwa Pertempuran Surabaya pada 10 November 1945, melawan kedatangan tentera British selepas Indonesia merdeka pada 17 Ogos 1945. Dari peristiwa itu, Surabaya digelar sebagai Kota Pahlawan.

OK, sejarah kita tinggalkan. Berjalan lagi, ala-ala merentas desa di malam hari, sampai di Jalan Yos Sudarso. Kena menyeberang jalan ni untuk ke Plaza Surabaya dan seterusnya balik ke hotel. Yang femes di jalan ni sudah tentulah toko Zangrandi, salah satu kedai es krim legendaris di Surabaya, yang sudah ada sejak zaman Belanda di tahun 1930an.

toko Zangrandi..menggamit perasaan..
kena melintas depan kedai ni sebab disini je ada traffic light..huhu..
nak singgah ke tak nak? saya tanya kakak, kakak tanya saya
malaslah pulak, dah makan aiskrim di toko Oen, cukuplah


Jom berjalan lagi, lalu depan Hotel Grand Surabaya..huhu..bengkek je hati..hehe..jom merawat hati di Plaza Surabaya. 
 

Cuma jalan-jalan, orang ramai, maklumlah hari cuti. Naik ke atas ke food court. Ada kuliner Surabaya yang belum dirasai..huh..makan lagi. 

Pempek Farina dari Palembang
ada forumer recommend makanan ni, macam yong tau fu je
 kureng2..ada mi, penkek ikan, timun, kuah kicap, harga IDR 22,000,

Kuliner kedua ni dari Malaysia lagi dah memang target nak makan, nak sangat rasa macamana, by hook or by crook. Rujak cingur. Cingur tu hidung sapi (lembu). Tanya kat kedai Pempek Farina, gerai mana ada jual Rujak Cingur.

 beli di kedai S.Mbak nih


perghh..ada menu mie mampus ibu tiri..hihi..


perghh..this is gross, kena bawa patung tinggi ni
tanda makanan belum sampai..haha..
 
buah2an + lontong + sayur + cingur (idung sapi) + kuih kacang petis
the verdict = so-so, kuahnya terlebih masin..Alhamdulillah, habis juga
 
Makan dah, decided balik hotel. Tapi rupanya Plaza Surabaya ni ada dua, satu lagi Delta Plaza. Masuk pula pintu Delta Plaza, nak cari Holland Bakery. Tanya kat adik jual baju di ruang legar, tetiba tersangkut lama kat kedai adik ni. Tengok ada yang berkenan, blouse batik dan skirt labuh. Dah lupa nak cari Holland Bakery, sibuk mengirai kain pulak. Siap keluar duit kat ATM CIMB sebab adik tu tak terima kad kredit. Mula-mula cakap ok, lepas tu tak ok pulak. Communication breakdown. Melilau cari ATM sebab hati dah berkenan.

Cukuplah hasil tangkapan untuk malam ni. Mohlah teruskan perjalanan ke hotel. Tengok Monkasel (Monumen Kapal Selam), dah malam, tak sempat nak pi. Yang kat Melaka pun tak pi lagi..huhu..sampai hotel, packing beg, esok dah nak balik ke Malaya.

----------------------------
Isnin, 22 Julai 2019

Pukul 6 pagi dah check out hotel. Flight pukul 10 pagi. Orang hotel tu tanya ada ambil mobil ke, tadi ada orang tanya. Hati dah dup dap, dup dap..tanya balik kat receptionist, teksi bandara ke? Rasa bersalah, mestilah rasa takut..huhu. Sebenarnya, takut dua-dua teksi bandara dan grab datang serentak nak hantar ke airport, kang bergaduh tak pasai. Tapi teksi bandara tu kurang pasti dia datang ke tak sebab dah tukar hotel, nak contact dia pun tak tahu, takde nombor telefon. Uncertainty merengsakan daku. Tengok driver grab tu datang tersengih. Masuk mobil terus off to airport. Yang teksi bandara tu didoakan semoga dapat rezeki yang lebih baik..amiin..

Sampai di bandara Juanda, tengok ada outlet Surabaya patata, kek oleh Oki Setiana Dewi dan adik dia, Ria Ricis, yang kena kecam dengan netizen Malaysia dulu tu.

 toko Surabaya patata di terminal 2

 pelbagai perisa kek patata
harga kek antara IDR 92,000 - 95,000

perisa tiramisu

selalu orang ke Indonesia beli kek Kartikasari, Amanda 
datang ke Surabaya, kita beli kek patata pula
oleh-oleh kebanggaan Surabaya
The verdict : pelik sikit rasanya, kek ada breadcrumbs
 
Kaunter dah dibuka, jom check in.
 

Keluar semula di ruang legar, ronda-ronda kedai souvenir.  Banyak betul coklat khas Indonesia yang boleh dibeli sebagai ole-ole.


brand Krakakao

Coklat brand Monggo & Pod
Monggo dalam bahasa Jawa maknanya "please" 
 
pelbagai coklat brand monggo

Coklat Monggo khas Malang

Dah selamat mendarat di KLIA, sambung shopping di sini pula. My sister lah, dari malam Khamis dah aim nak tengok outlet ni bila balik dari Surabaya.


Tudung Dubai

------------------------------------------------------------------------

OK, meh kita tengok jumlah perbelanjaan saya untuk trip ni.

Tiket kapal terbang : RM503
Hotel : RM172.00
Bromo tours : RM206
Transport/makan/shopping : RM500
Airport bas (pergi/balik) : RM30.00
Grab ke/dari KL Sentral : RM15.00
Jumlah : RM1,426

Ole-ole, kek dan jajan yang sempat dibeli di Malang dan Surabaya. Kripik epal lupa nak snap gambar.

T-shirt

keropok ikan dan bawang

keripik tempe, bakso dan tembikai


Bakpao Telo (keledek ungu) dan Bakpao kacang hijau
bakpao ni takyah beli le, tak sedap

keripik keledek ungu ni sedap

Lapis Surabaya dan Livinna Spikoe tu lebih kurang sama je rasanya

Sekian, kisah wisata kami di Surabaya. Ada beberapa lagi tempat menarik di kota Surabaya yang boleh dikunjungi seperti Masjid & makam Sunan Ampel, House of Sampoerna (katakan tidak kepada rokok), Jambatan Suramadu, Pantai Kenjeran, North Quay dan tempat-tempat belanja seperti Pasar Turi, Pusat Grosir dan Jambatan Merah Plaza.

Thank you for reading.