Salam semua..
Cerita gi Kuala Terengganu hari Jumaat lepas. Sebab flight awal pagi, hari Khamis malam, dah bertolak ke KLIA2, 'night at the airport'. Kali ni, check-in hotel kapsul di tingkat P1, saja nak merasa. Dah banyak kali juga tidur di airport, selalunya tidur di surau je.
Hotel Capsule
proses check in mudah je, pilih berapa jam, isi borang & bayar
and off you go with the touch card and satu beg hitam
Capsule Transit ni ada single & double room. Masa pula ada 3 jam, 6 jam dan 12 jam. Room rate untuk single room - RM108 untuk 3 jam, RM118 untuk 6 jam. Saya pilih single room untuk 6 jam.
Dah settle semua, jom kita masuk. Ada separate entrance untuk lelaki dan perempuan. Ada juga yang mix area.
layout container
tingkat bawah
Dapat tingkat 1, berkeriut-keriut juga bunyi bila naik tangga
kontena di tingkat bawah & tingkat satu
menuju ke kontena no. 222
tempat beradu - ada tilam dan bantal yang empuk
ada power point, cermin and selipar
Kecik je, kalau ada beg troli yang besar tu memang tak muat. Ada tempat simpan luggage di luar kawasan hotel (milik hotel capsule juga). Tapi kena bayar jugalah, yang tu tak tahu berapa harga nya. Jiran sebelah saya tu selamba je letak beg troli kat luar bilik kontena dia.
ada telefon juga, boleh request wake-up call
smoke detector
dalam beg hitam ada tuala, air botol, berus & ubat gigi dan penutup mata
masa check out cuma pulangkan tuala saja
bilik air dalam kawasan hotel
sempit giler toiletnya, ada shower juga
Masa check out, dapat ni - energy pack katanya
Alhamdulillah, oklah
Overall, good idea buat hotel capsul macam ni. Bolehlah baring-baring sementara tunggu flight. Tapi tak sesuai bagi mereka yang ada claustrophobia (fobia berada ditempat kecil dan sempit). Boleh lemas jadinya.
Lokasi hotel pun bagus, depan surau dan toilet airport. Lebih selesa guna toilet airport yang besar dan bersih.
Pilihan yang baik bagi mereka yang nak bermalam di airport KLIA2..