Ni hao..
Sekali-sekala bertukar selera ke makanan cina yang halal dan sedap. Dim Sum. Selalunya kalau nak makan dim sum, saya akan pergi ke tiga restoran ni.
1.Meishan Szechuan Restaurant di Summit Hotel (dulunya Quality Hotel), Jalan Raja Laut
Banyak kali juga makan di sini. Buffet-style. Banyak juga pilihan dimsum, ada juga nasi goreng, mee goreng, kuih muih, pencuci mulut
yang ni makan di tahun 2018..haha..lama dah.
Masa ni selepas pilihanraya ke-14, perdana menteri ke -7 (mantan) bagi cuti 2 hari, tak tau nak buat apa, pergi makan dimsum. Masih ingat lagi, mereka yang datang makan, asyik la bercakap tentang pertukaran kerajaan, sekarang ni kerajaan tu pun dah runtuh..crash, boom, bang...
Dengar khabar, restoran ni dah tutup akhir April 2019.
2. Mix Max @ PNB Perdana Commercial Centre
Dua kali makan di sini, pertama sempena my birthday tahun bila ntah, tak ingat. Kali kedua gathering classmates tahun lepas.
Yang ni jenis order asing-asing, ikut menu. Gambar diatas tu masa gathering classmates. Ada one classmate & wife nak gi US, depa ada interview di US Embassy di Jalan Tun Razak, so we organise this gathering.
Banyak juga we all order - sotong goreng tepung, nasi goreng cina, dimsum jenis kukus, kuih keladi, kaki ayam. Semuanya peminat kaki ayam rupanya.
Kawan cakap dim sum kaki ayam di Thailand, takde tulang-tulang semua. Baru-baru ni dapat info yang orang Thai keluarkan tulang kaki ayam tu guna mulut..erkk..gelinya..sib baik kat Malaysia masih ada tulang...hehe..
Total damage - tak tahu, classmate yang nak gi US tu yang belanja. Alhamdulillah..
3. Dolly Dim Sum @ Sunway Putra Mall & NU Sentral, KL Sentral
Dua kali pergi outlet di Sunway Putra Mall dan sekali di NU Sentral.
Dolly dimsum di Sunway Putramall, kali kedua pergi, boss belanja. Balik dari meeting, boss nak makan bubur nasi, sedap katanya.
buku menu
Selain bubur nasi, order juga a few dimsum - kuih radish, kuih keladi, kaki ayam, ayam goreng Boss tak makan kaki ayam...saya yang kena perabihkan..takpe, banyak kolagen..haha..
bubur nasi yang sedap
Masa pergi site inspection di KL Sentral, singgah lunch di NU Sentral. Jalan-jalan tengok ada Dolly DimSum, laju je melangkah masuk dan order bubur nasi dan kaki ayam.
Dolly dimsum NU Sentral
bubur nasi lagi
kaki ayam - feveret ni - beauty eat
4. Newly found place - Restoran Mohd Chan @ Mytown Shopping Centre
Masa pergi site inspection di Mytown Shopping Centre, nampak restoran dim sum Mohd Chan ni, tapi tak singgah sebab dah makan kat tempat lain.
boleh try dim sum di sini
Dulu ada restoran dimsum Maju Palace di Maju Junction, depan office je, boss selalu belanja makan dim sum kat situ. Tapi sekarang ni dah takde, dah pindah kat mana pun tak tahu. Maju Junction pun dah tutup.
Yang belum try lagi, dim sum kat China Treasures di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara. Maybe one fine day..
hmmm..telan air liur masa taip ni...hahaha..happy weekend semua, .