Salam semua...happy long weekend, esok cuti lagi..yeayy..
Alhamdulillah, hari ni my birthday...siapa yang pertama wish me 'Happy Birthday'?
LHDN..Lembaga Hasil Dalam Negeri...haha...emel diterima pada pukul 1.04 pagi tadi..
Yang kedua, emel daripada MAKNA...Majlis Kanser Nasional..
Di hari ulangtahun ni, nak abadikan satu puisi...nice one but not by me..
Cinta & Hati
"Ya Allah..
Ajar hatiku untuk kuat apabila diuji..
Ajar hatiku untuk rendah diri apabila dipuji..
Ajar hatiku untuk istighfar selalu pada-Mu Ya Allah..
Terima kasih ya Allah..
Kerana kasih sayangMu dibalik setiap ujian..
Terima kasih ya Allah..
Untuk teguranMu dibalik setiap permasalahan
Terima kasih ya Allah..
Kerana mengingatkan diriku bila aku lalai dari tujuan
Terima kasih ya Allah
Kerana banyak mengajar diriku erti bersabar dalam diam..
Terima kasih kepada pencipta puisi CINTA & HATI ni, tak tahu siapa, baru perasan ada dalam memo hp..
Till then, selamat bercuti..