Monday, 31 May 2021

Buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit

Assalamualaikum semua...esok dah start PKP total lockdown..

Di musim pandemik sedang berleluasa ni, disamping jaga SOP, ikhtiar kita orang Islam ialah berdoa dan bertawakkal kepada Allah swt. Nak introduce buku baik bertajuk 'Ikhtiar Penyembuhan Penyakit dengan ayat-ayat dan doa-doa mustajab' oleh Al-Marhum Tuan Guru Dato' Dr Harun Din, pengasas dan penasihat Darussyifa'.

Rasanya ramai yang sudah memiliki buku ni. Buku edisi ke-2 ni, saya beli pada tahun 2009.

 

Buku yang lengkap dengan panduan berdoa dan terjemahan doa-doa.

 

Ayat-ayat amalan untuk benteng pendinding diri

Selawat Tafrijiyyah diantara selawat yang baik untuk hafalan 
disamping Selawat Munjiyyah, dua-dua selawat ni ada dalam buku ni

 
Al-fatihah (dibaca) untuk Al-Marhum Tuan Guru diatas usaha beliau menyusun doa-doa dalam buku ini untuk amalan kita bersama.

Selamat ber-pkp 3.0. Semoga pandemik Covid-19 cepat berlalu dari bumi Malaysia dan dunia..amiin..

#staysafe  #kitamestimenang

Thursday, 27 May 2021

Promosi makanan @ Hotel Grand Continental

Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia, industri perhotelan diantara industri yang teruk terjejas..yelahh kan..tourism terhenti, pelancong luarnegeri takde, pelancong domestik berapa lah sangat kan..tambahan pula tak boleh merentas negeri..lagi lah bertambah parah..yang mana boleh bertahan, terus beroperasi walaupun sendu...

Hotel kini beralih arah kepada industri cabang - Food & Beverages. Banyak hotel buat promosi makanan..

Jom tengok promosi di Hotel Grand Continental KL..

promosi buy 2 free 1 - Western food

Masa boleh 'dine-in' haritu, selalu gak order yang ni. Pakat-pakat dengan ofismate 3 orang, jimatlah, sorang cuma bayar lebih kurang RM10.70 je..

promosi Chef Signature - RM9.90

Memang sedap-sedap menu di sini

yang popular, yang selalu diorder - chicken teriyaki

Honey BBQ Chicken

Chicken chop

char kuey teow Chinese style

kering, tak banjir macam Melayu style

pasta carbonara, very creamy

promosi sarapan pagi

tengok gambar, nampak penuh je makanannya, tak pernah beli lagi

hari ni order bungkus for lunch. kalau bungkus ada extra charge RM2.00 untuk packaging. 

Nak pergi pick-up, sebelah office je. ada juga delivery service.

lunch hari ni - honey BBQ chicken

Wednesday, 26 May 2021

MasyaAllah..sedapnya alunan lagu Allah Allah Aghisna

Dialunkan oleh ukhti Nazwa Maulidia...

baru tahu hari Isnin baru ni...rupanya ramai juga penyanyi lagu2 religi

dari negara seberang..seperti Nisa Sabyan..

muzik video rasmi

Sedap betul lagu Allah Allah Aghisna ni..lirik yang penuh makna, penuh pengharapan hamba kepada Allah Ya Mujib dan pujian kepada Rasulullah saw. 

MasyaAllah..tak puas dengar sekali, nak berkali-kali, diulang-ulang..so, kita download youtube untuk 1 jam, ada juga 2 jam..baru puas hati dengar..

Lirik Allah Allah Aghitsna
Wahai Allah bantulah kami

Allah Allah Aghitsna, Ya Rasulullah
Wahai Allah bantulah kami, wahai Rasulullah

Ya' adhimal jah 'alaika sholawatullah
Wahai yang berkedudukan tinggi, atasmu shalawat dari Allah

Abdun bil bab yartaji latsmal a'tab
Hamba yang berada di pintu berharap, agar dapat mengecup maqommu

Jud bil jawab marhaban qod qobbalnah
Kasihanilah kami dengan memberi jawaban, "Kami telah menerimanya."

Antal ma'ruf bil judi muqridl-dluyuf
Engkau terkenal pemurah dan memuliakan tamu

Inni malhuf aghitsni bihaqqillah
Sesungguhnya aku menderita bantulah aku demi Allah

Antal habibul a'dhom sirrul mujib
Engkaulah kekasih yang mulia, rahasia Allah

Hasya yakhib man ladza birosulillah
Mustahil kecewa orang yang meminta perlindungan dengan Rasulullah

Allah Allah Aghitsna, Ya Rasulallah
Wahai Allah bantulah kami, wahai Rasulullah

Ya' adhimal jah 'alaika sholawatullah
Wahai yang berkedudukan tinggi, atasmu shalawat dari Allah

Abdun bil bab yartaji latsmal a'tab
Hamba yang berada di pintu berharap, agar dapat mengecup maqommu

Jud bil jawab marhaban qod qobbalnah
Kasihanilah kami dengan memberi jawaban, "Kami telah menerimanya."

Antal ma'ruf bil judi muqridl-dluyuf
Engkau terkenal pemurah dan memuliakan tamu

Inni malhuf aghitsni bihaqqillah 
Sesungguhnya aku menderita bantulah aku demi Allah

Antal habibul a'dhom sirrul mujib
Engkaulah kekasih yang mulia, rahasia Allah

Hasya yakhib man ladza birosulillah
Mustahil kecewa orang yang meminta perlindungan dengan Rasulullah

(sumber Muslimahdaily)

MasyaAllah..silalah dengar ya kawan-kawan, rasa tenang hati & fikiran..

Tuesday, 25 May 2021

Syoknya..gaya bebas..

Macam-macam gaya anak saudara ber-PdPR..

bestnya..santai-santai je..yang stress cikgu-cikgu..bertabahlah..

setiap pekerjaan tu ada cabaran & rintangan..

  melingkaq atas tilam

belajar sambil makan-makan

 ---------------------------------------

Semalam mak saya dah divaksinasi untuk dos pertama di Stadium Titiwangsa. Itu pun jenuh kena pujuk, kena kaunseling dengan adik-adik mak. Sebab mak tak nak pergi. Riso, katanya..

sabar menanti

 

Alhamdulillah..tunggu dos kedua bulan 6 InshaaAllah

Saya belum lagi. Check kat website masih dalam proses. Pukul 6 nanti Esok pukul 12pm nak register yang vaksin Astrazeneca..InshaaAllah..

Jom kawan-kawan, kita register, sebagai satu usaha pencegahan. Jaga SOP, 3W, selebihnya kita berserah dan bertawakkal kepada Allah swt..

 #Syawalkitamestimenang

Sunday, 23 May 2021

6 Chinese Historical Drama yang awesome

Nihao, nihao.. 

Selamat berhujung minggu..cuti-cuti ni, asyik melayan drama.

Sekarang ni banyak layan historical drama dari Mainland China. Genre kesukaan teman, cerita zaman dulu-dulu. Tapi bukan genre wuxia, xianxia (yang jenis martial arts, terbang2, guna kuasa sakti), bukan juga genre cerita-cerita kayangan - god, demon, heaven realms..

Drama kesukaan saya kebanyakannya cerita istana, cerita putera raja, cerita keluarga pembesar negeri, komplot jahat, berebut takhta, cerita perang. Paling suka drama yang heroin dia jenis badass, kuat dan bijak, bukan jenis bodoh-bodoh alang, damsel in distress. 

Selalunya drama epik ni banyak episod, lebih dari 40 episod. Rasa macam banyak, tapi kalau plot best, memang addictive. Historical drama selalunya very grand - plot cerita yang solid, pakaian yang cantik, setting drama yang menarik, gerombolan perang, pecutan kuda, cinematografi yang cantik..memang puas hati lah menonton.

Jom tengok enam historical drama cina yang awesome. Semua ni dah tengok dan ada yang belum habis ditonton.

1. The Rise of Phoenixes (2018)

Venue : Netflix
Jumlah episod: 70 
 

Sukanya drama ni. Sedih, cinta tak semestinya bersatu.

Drama ni berkisar tentang Putera ke-6 Dinasti Tiansheng, Ning Yi yang dipanggil balik ke istana selepas 8 tahun tinggal di sebuah kuil. Selama berada di kuil, dia belajar menenun kain. Putera yang low-profile tapi bijak mengatur strategi.

Ning Yi berusaha bersihkan nama abang dia (Putera ke-3) dan juga ibu dia yang dibunuh atas tuduhan nak menggulingkan King (high treason) dan jadi spy musuh.  Pada masa yang sama, Putera Mahkota (Putera 1) dan Putera 2 berebut takhta, nak jadi King.

Heroin, Feng Zhiwei ialah anak saudara kepada General Qiu. Seorang yang terpelajar sebab dia menyamar jadi lelaki (guna nama saudara kembar dia) untuk pergi sekolah. Seorang yang bercita-cita tinggi untuk merubah nasib keluarga dia yang menumpang di rumah bapa saudara. Dia sebenarnya puteri raja Dinasti Dacheng, dinasti yang digulingkan oleh bapa Ning Yi.

King perintah General Qiu kahwinkan anak perempuan dia dengan Ning Yi. Tapi General Qiu tak nak, dia tipu, dia bagi kad kelahiran Zhiwei. Zhiwei tak nak kahwin, dia cari jalan untuk beritahu Ning Yi. Masa Ning Yi dan Zhiwei berjumpa, Ning Yi dapat rasa yang Zhiwei seorang yang sangat pandai dan dia nak Zhiwei berkerja dengan dia.

Hero dan heroin sangat best lakonan mereka. Pelakon Chen Kun yang bawa watak Ning Yi memang terbaik lah, berlakon jadi 'childish' depan bapa dia.

2. Nirvana in Fire (2015)

Venue : WeTV
Jumlah Episod : 45

Sama seperti the Rise of Phoenixes, drama ni genre balas dendam, menuntut bela dan membersihkan nama juga. Tapi drama ni purely tentang komplot untuk menjatuhkan Putera Mahkota dan Putera 2 yang berebut takhta dan komplot diantara gundik2 king (harem political scheme). Takde kisah percintaan.

Berkisar tentang Lin Su yang terselamat dalam perang 12 tahun yang lalu. Bapa dia, General Lin, Putera Mahkota dan tentera dia telah dibunuh atas tuduhan 'high treason' dalam perang tersebut. Selepas terselamat, fizikal dia berubah, sentiasa sakit dan tak boleh praktis martial art lagi.

Lin Shu kembali ke kota dengan nama Su Zhe dan jadi pakar strategik untuk Putera 2. Tapi sebenarnya dia sokong kawan baik dia, Putera 3 untuk merebut takhta sebab Putera Mahkota dan Putera 2 jahat dan korup.

Drama ni ada sequel - Nirvana in Fire 2..baca review, ramai yang kata best, tapi belum tengok lagi.

3. Joy of Life (2019)

Venue : iQiyi
Jumlah episod : 46

 
Drama ni mengisahkan hero, anak King yang diselamatkan semasa bayi, tapi akhirnya jadi anak kepada gundik seorang menteri. Membesar di kampung nenek sebelah ayah dia. Mak dia seorang yang berpengaruh tapi dah mati dibunuh. Dia ialah pewaris harta dan perniagaan mak dia yang dijaga oleh adik perempuan King.

Apabila dewasa, dia dipanggil tinggal di kota. Dari kecik sampailah dewasa, beberapa kali percubaan membunuh dia gagal. Drama ni berkisar pada penyiasatan siapa yang ingin membunuh hero. 
 
Menarik drama ni, ada tema 'time-travel'. Tightly-written plot, diakhir episod baru terjawab segala persoalan..menunggu Season 2.

4. The Untamed (2019)

Venue : Netflix, WeTV and Viu
Jumlah episod: 50

Drama genre wuxia, ada elemen kuasa sakti. Berkisar mengenai 3 clan baik melawan satu clan jahat. Drama ni takde heroin, semua hero-hero belaka.
 

5. The Sword  and The Brocade (2021)

Venue : iQiyi dan WeTV
Jumlah episod : 45

Drama berkisar tentang keluarga Marquis Xu Yongping, keluarga mentua dia dan musuhnya keluarga Ou. Hero Marquis Yongping ada seorang isteri dan 3 orang gundik. Apabila isteri dia mati, adik ipar dia (heroin) jadi isteri pertama dia, ganti tempat kakak dia. Berganti tikar. Heroin ialah anak gundik dan sangat pandai buat sulaman.

Pada mulanya heroin tak nak kahwin dengan Marquis Yongping. Dia dan mak dia cuba melarikan diri. Tapi bila mak dia mati dibunuh di sebuah kuil, dia setuju berkahwin untuk menyiasat kes kematian mak dia. 

Setelah heroin jadi ahli keluarga Xu, gundik ke-3 buat macam-macam komplot jahat sebab dengki dengan heroin. Sebenarnya, semua gundik Marquis dengki dengan heroin sebab Marquis sangat sayang dengan heroin.

Best drama ni, macamana heroin berjaya tepis semua komplot dan berjaya jadi penyulam yang diiktiraf oleh Emperor.

6. The Long Ballad

Venue : Viu
Jumlah episod : 49

Drama mengenai heroin, Li Gang Ge, puteri kepada Putera Mahkota Dinasti Tang yang melarikan diri dari kota Chang'an, apabila seluruh keluarga dia kena bunuh. Dia menyamar jadi lelaki dan akhirnya jadi military strategist kepada governor kota Suozhou, sebuah kota dibelah utara.

Kota Suozhou banyak kali diserang oleh kaum Ashina yang tinggal di grassland. Kaum Ashina ada 3 pasukan askar yang digelar pasukan Eagle, Wolf dan Bear. Hero ialah ketua pasukan Eagle, Ashina Sun. Li Gang Ge dan Ashina Sun pertama kali berjumpa di Chang'an dalam episod 1.

Mereka banyak kali berjumpa di kota-kota lain sebelum berjumpa di Suozhou. Ashina Sun banyak kali selamatkan Li Gang Ge dan dia tahu military strategist Suozhou ialah Li Gang Ge, seorang perempuan. Governor Suozhou akhirnya menyerah kalah dan heroin jadi tawanan pasukan Eagle.


Memang puas hatilah layan historical drama ni..lakonan dan plot yang mantap, heroin yang badass..

Selamat menonton ya.

Thursday, 20 May 2021

Ice cream, chillin' chillin'

Assalamualaikum..

Hari yang sejuk..cuaca mendung hari ni..jom sejukkan lagi dengan ais krim..chillin' chillin'..

beli 3 jenis sekaligus - yang paling sedap yang atas sekali

aiskrim Magnum tidak mengecewakan
 

 Entri santai di petang hari

Monday, 17 May 2021

Drama Turki : Filinta (2014)

Merhaba..salam aleykum..

Cuti raya ni, teman layan drama Turki yang bertajuk Filinta di netflix. Drama penyiasatan di akhir kurun ke-19, di zaman Empayar Uthmaniyyah, dimasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II. 

Mengikut maklumat, drama ni berkisar pada tahun 1850 hingga 1900. Diakhir-akhir Empayar Uthmaniyyah yang tamat pada tahun 1920.

Drama ni ada 149 episod, 2 season..fuhh..tak tau bila nak habis..baru episod 24..

Filintia maksudnya "A short, bullet-ass small rifle. Good, handsome." Memang tepat sekali tajuk drama ni. Hero ialah seorang polis yang kacak, membawa pistol yang direka khas oleh rakannya, sedikit panjang dari pistol biasa macam 'a small rifle'.

Drama mengisahkan Filinta Mustafa, seorang Field Marshall di balai polis Galata bersama ketuanya, Cadi Giyaseddin, menyelesaikan kes-kes pembunuhan yang berlaku di Istanbul.

Di episod 1, Mustafa dituduh bersubahat dengan penjahat dan menyebabkan kematian rakan sekerja, Ali apabila gudang meletup. Seorang lagi rakan sekerja, Riza berpaling tadah dengan menipu semasa menjadi saksi. Mustafa dikenakan hukuman mati Tapi Cadi Giyaseddin tak percaya dan dia jumpa Sultan minta pengampunan selama setahun untuk Mustafa mencari bukti dan membela diri.

Mustafa dan rakan sekerja, Ali

Hampir setiap episod ada je yang mati. Ada yang mati kena tembak, kena rodok dengan pisau, dengan skewer, mati kena racun, mati kena pulas tengkuk, mati kena bantai dengan kayu, mati sebab gudang meletop..macam-macam jenis cara kematian..


 Cadi Giyaseddin dengan Sultan Abdul Hamid II

Disamping kes-kes pembunuhan, kisah hidup Mustafa dengan penjahat utama, Boris Zaharyas juga jadi misteri. Boris ialah seorang ahli perniagaan yang kaya-raya, a self-made millionaire, rag-to-riches. Luar nampak baik je tapi dia sebenarnya seorang yang sangat kejam, sampaikan Sultan pun dia nak manipulate. Boris ada anak perempuan dan anak dia jatuh cinta dengan Mustafa.

 

 penjahat utama - Boris Zaharyas & assistant dia, Cemil

Yang bestnya, kisah-kisah dalam drama ni bukan tertumpu pada orang Turki saja, tapi negara lain juga. Ada kisah orang USA yang nak beli senjata, kisah Civil War di US, kisah cult Roman Catholic yang nak merusuh, kisah duta English & France, orang Greek, orang Armenia, Bosnia, Russia, Arab...wahh, betapa mashyurnya kota Istanbul..

Menarik drama ni untuk ditonton..melihat watak Cadi Giyaseddin yang tenang, sentiasa membaca Al-Quran, sentiasa berharap dgn Allah, dialog-dialog yang berbentuk nasihat, yang relatable dengan kehidupan kita seharian..sejuk je hati in contrast to adegan orang mati kena bunuh..

Recommended untuk ditonton..bagi yang minat genre penyiasatan...