Monday, 31 January 2022

Dekorasi sempena CNY

 Merah di sana-sini

 sakura dah berbunga

 

 
Selamat bercuti semua..

Friday, 28 January 2022

Rezeki Jumaat

Alhamdulillah, rezeki hari Jumaat..

Dapat hadiah, dapat makan nasi dagang, nasi goreng..

--------------------------------------------------

Pagi tadi keluar mesyuarat, on the way balik dapat message dari Retna, blogger Anakomak6.blogspot..inform parcel dah sampai kat pejabat..yeayy..

Alhamdulillah, dapat hadiah face mask Siti Nurhaliza feat Jovian..

nice!! lembut kalernya..

Hadiah sempena 10 top komentator blog anakomak bulan Disember 2021


Terima kasih Ret, luv it..

semoga dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik

aminn, amiin..Ya Rabbal alamin..

------------------------------------------------

Pagi tadi, sebelum keluar rumah, tengok whatsapp group office, ada officemate belanja breakfast- nasi goreng. Alhamdulillah, tak yah beli sarapan..

Masuk je pejabat, ada officemate bagi nasi dagang pula..

Alhamdulillah, simpan untuk lunch..sarapan kita makan nasi goreng..

enak banget - nasi dagang ikan tongkol

Alhamdulillah, Alhamdulillah

Monday, 24 January 2022

Kuih paling ganas

 Hari tu singgah gerai nasi kerabu Mek di UTC Sentul, tengok ada kuih lompat tikam ni, teringin nak makan..
 

sedap tapi maneh bebenor

Wednesday, 19 January 2022

Candra malam...

 Hitam saksi putih...


cubaan tangkap gambar bulan mengambang

#notqiemilio 
#kekadang layan juga lagu ni

Sunday, 16 January 2022

Erawan & Kakatoo

Hola, selamat berhujung minggu..

Tak habis lagi cerita di NU Sentral...last entry..hehe..

Kali ni cerita aktiviti mengular meningkatkan kecergasan untuk jadi pekerja yang cemerlang. Badan cergas, minda cerdas...hehe..masad, masad di Erawan Wellness Massage..

Erawan ni tempat urutan Thai, so decoration exudes Thai vibe

Package urutan yang ada
 

 Ambik yang paling murah - tradisional Thai without oil
 
Tukang urut pakai mask, oklah..
 
----------------------------------------
 
Lega badan bila dah kena urut.  Lapar lah pulak. Dah lunch time. Kali ni malas dah nak gi food court. Cari restoran yang on the way ke stesen monorail, lepas makan, boleh choww...balik pejabat..

pilih restoran ni
 
Restoran Kakatoo 
restoran masakan nyonya


Order pakej lunch - nasi putih, kerabu mangga ayam dan teh ais limau.

sedap juga
 
ada kerabu mangga campur ayam, telur goreng, acar & papadom
 
Alhamdulillah..dah makan, jom lah balik, naik monorail..

Wednesday, 12 January 2022

Vietnam lagi! versi gerai bawah highway

Lagi kisah makanan Vietnam. Kali ni versi gerai pula. Gerai dibawah highway DUKE. Dekat je dengan rumah teman.

deretan gerai dibawah highway
muncul sejak pandemik Covid-19 tahun 2020

Di malam 'countdown to 2022', hari hujan. Teman balik dari pejabat, malas nak masak, ronda-ronda cari dinner di sekitar kawasan rumah. Tengok deretan gerai ni masih lagi bercahaya..maknanya masih dibuka.

nampak gerai ni - Vietnam food BFG
 
wahh, nampak best. Dah lama tak makan pho (mee sup daging) versi Vietnam. Seharusnyalah order yang ni.

Bun Po Hue (beef noodle)
 
makanan / minuman yang ada dijual
 
preparing the food
 
colourful - ada kobis ungu, bawang jeruk kaler pink
taugeh, daun hijau ni tatau daun apa
 
enak dong..authentic banget, rasa macam di Vietnam
 
 
Recommended, yess..repeat? yezza..

Tuesday, 11 January 2022

Kopi Vietnam @ Cong Caphe

Xin Chao!!

Kisah kerja luar di NU Sentral. 2 hari pergi ke sini. Hari pertama inspection mall, hari kedua inspection bangunan pejabat pula. Kerja dah siap, rileks-rileks dulu, sejukkan badan, minum kopi ais..

Pekena kopi Vietnam di hipster cafe - Cong Caphe di NU Sentral, tema retro Vietnam.....

Cong Cafe
 
pelita lampu minyak tanah
 
menu..ada kopi, teh, air kelapa..makan2 pun ada..
 
order Hanoian Iced Coffee. Dah dapat, jom naik tingkat atas. Seriau juga, tangga dia kecik je..
 
adalah 3-4 sedut, ais yang banyak
 
kat tingkat atas ni, ala-ala rumah Vietnam
 
kerusi kecil, gaya budak sekolah rendah 

buku-buku lama
 
view tingkat bawah
 
ada jual biji kopi juga

OKlah, yang nak merasa authentic kopi Vietnam, bolehlah try cafe ni. Ada juga makanan, tapi takut nak try..hehe..

Monday, 10 January 2022

Drama China : Rattan (2021)

Nihao...review drama Mainland China..berjudul Rattan..

diantara 5 drama yang dapat more than 1 billion views

 30 episod + 1 special episod, boleh tonton di youtube 

Drama ni genre lain sikit. Supernatural + mencari asal-usul (haha..tak tahu nak describe apa), perbalahan tribe and adalah sikit-sikit slow-burn romance. The best part is cinematografi yang sangat cun, cantik sangat..shooting di Shangri-La dan Lijiang..
 
Rattan kalau diterjemah ialah rotan. Pokok rotan ialah species pokok yang tegak berdiri tapi dalam drama ni, rattan ialah pokok menjalar. whateverlah..
 
Opening drama pada tahun 1938. Heroin Si Teng naik lanca pergi ke satu gudang kemudian kena bunuh oleh seorang perempuan. Si Teng dan pembunuh tu asal-usul dari species pokok menjalar.
 
Penarik lanca bernama Jia. Dia ni busybody, sibuk mengintai dekat pintu gudang. Tetiba kena tarik dengan dahan menjalar oleh pembunuh. Sebab takut kena bunuh, Jia sanggup bawa mayat Si Teng dan seluruh ahli keluarga dia berpindah ke satu tempat bernama Dana. Keluarga Jia kena jaga kubur Si Teng dari generasi ke generasi. 

Kembali ke zaman sekarang (2020), hero dan girlfriend pergi ke Dana, nak cari keturunan Jia sebab moyang hero pernah jadi anak angkat keluarga Jia. Hero berjanji dengan bapak dia untuk balas budi keluarga Jia.

Pemandangan di Dana sangatlah awesome..cantik giler..

 
Girlfriend hero seorang penipu. Mereka kena kejar dengan orang jahat. Dia dan hero kemalangan dikawasan lereng bukit di Dana. Disebabkan kemalangan tu, darah hero telah menghidupkan semula Si Teng.
 
proses pembentukan semula heroin 
 
Bermulalah kisah hero menolong heroin mencari asal-usul dan belahan dia yang bernama Bai Ying. Kelakar tengok heroin yang dari zaman dulu tetiba kena hidup di zaman moden..lawa-lawa cheongsam dia..

hero terkejut tetiba heroin muncul out of nowhere
 
Shooting location yang exotic..di Shangri-La, Yunnan...suka-suka..
 

hotel di Shangri-La...tema Tibet...
 
Kita kemudian diperkenalkan dengan kisah Yi Tribe, asal usul heroin. Adalah kisah permusuhan, dah lupa tapi kawasan hotel yang hero dan heroin duduk tu cantik banget dong..di old town Lijiang..
 
old town Lijiang
 
suka hotel gaya vintage macam ni

 
 kemudian mereka kena duduk di kawasan kampung

sungguh menarik rumah kampung yang mereka duduk ni

rumah kayu

 Akhir sekali di rumah hero, di tepi tasik di kawasan bandar. Pun menarik juga.

flashback di kawasan old town di bandar

 
 Overall, menarik plot cerita drama ni. Siapakah yang bunuh heroin? Apa hubungan hero dengan heroin? Kenapa Yi Tribe membenci heroin? 
 
Plot yang fast paced dan tak boring. Kita dibawa jalan-jalan di daerah Yunnan, China. Awesome views!!