Hari Rabu lepas, ada urusan di Taman Melawati, so kita hunting kuliner di sini..kali ni mencoba masakan Cina Muslim di restoran Kungfu Ramen..
Sunday, 27 February 2022
Restoran Mee Tarik Kungfu Ramen
Thursday, 24 February 2022
10 Masakan Khas Sarawak yang Unik
Salam mesra..
Haritu ada site inspection di Gleneagles Hospital Ampang. Sementara tunggu person incharge, belek-belek majalah Business Today yang ada di coffee table di lounge..wahh, ada artikel menarik tentang masakan khas Sarawak.
Tetiba dapat message dari Mysejahtera, status dah bertukar ke 'Casual Contact No Symptom'...ngeh, ngeh...haha.. redho jelah..
kredit foto: http://www.malaysiavegetarianfood.com/tag/edible-flowers/
Ayam pansuh ialah makanan kaum Dayak yang popular. Ayam diperap dengan serai, tepus (halia liar) dan daun ubi kayu, kemudian dimasukkan ke dalam buluh dan dibakar, sama seperti lemang.
Bahan utama ialah ayam dan herba Motherwort (juga dikenali Ka Chian Ma), minyak bijan, halia dan arak beras atau chinese cooking wain. Makanan ni punyai rasa arak yang kuat. Sekarang dinikmati oleh lelaki dan juga wanita.
Wednesday, 23 February 2022
Rasa Warisan Temurun
Lai, lai, lai...rapat, rapat..
Port makan sedap di mini UTC Sentul..
Setiap kali pergi, mesti ramai orang beratuq depan gerai ni..
gerai Rasa Warisan Temurun namanya..
Gerai jual mee rebus, soto, rojak
Monday, 21 February 2022
Shopping Complex Mesra Autism
Salam semua, kembali bersiaran..
Kali ni kita cerita tentang Sunway Putra Mall (SPM). Bukan cerita tentang shopping atau makan-makan tapi tentang kempen kesedaran mengenai autism.
#AutismAwareness #SunwayPutraMall
SPM ialah kompleks perniagaan yang mesra autism. Pertama di Malaysia.
Apakah autism?
Autism, also called (ASD), is a complicated condition that includes problems with communication and behavior. It can involve a wide range of symptoms and skills. ASD can be a minor problem or a disability that needs full-time care in a special facility.
People with autism have trouble with communication. They have trouble understanding what other people think and feel. This makes it hard for them to express themselves, either with words or through gestures, facial expressions, and touch.
People with autism might have problems with learning. Their skills might develop unevenly. For example, they could have trouble communicating but be unusually good at art, music, math, or memory (source: WebMD)Tak pernah ada pengalaman bersama atau berjumpa dengan mereka yang ada 'autism'. Tapi pernah tengok youtube seorang artis yang ada anak kembar autism...dapatlah sedikit maklumat/pengetahuan mengenai autism..
Pernah juga menonton drama Korea yang tajuknya 'Good Doctor' Kisah seorang doktor genius yang ada autism. Walaupun genius, tetap disisih dan dipandang serong oleh masyarakat disebabkan austism..
Bagus sekali SPM buat kempen ni dengan tema Autsome IS AWESOME - Educate, Advocate, Celebrate..
Bagaimana mengenali mereka yang ada autism..
- Lack of awareness of danger
- Inappropriate response or no response to sound
- Apparent insensitivity to pain
- Spins object or self
- Inappropriate laughing or giggling
- Hyperactivity
- Jangan menjerit dekat mereka
- Jangan anggap anak autism ni jahat atau nakal
- Jangan tengok, tenung dengan rasa ganjil kepada ibubapa dan anak yang ada autism
- Jangan judge perbuatan mereka
Inisiatif yang disediakan oleh SPM untuk autism..
Autism-friendly Shopping DayPada hari Selasa (pukul 10 pagi hingga 5 petang)
Kemudahan yang disediakan:
- Reserved parking
- Dimmed lights
- Assistance
Kemudahan yang disediakan sepanjang masa:
Calm Room dan Sensory Walls
Meh kita tengok macamana rupa dan bentuk dua fasiliti ni..
Calm Room
Calm Room ada dua - di tingkat Lower Ground (LG) dan tingkat 3
Ada di tingkat 2 dan 3..
Benda-benda yang dilekat di Sensory Wall ni diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula (recycle).
Bagus sekali usaha SPM dan pelbagai pihak untuk meningkat kesedaran mengenai autism..mereka juga insan biasa..
#AutismAwareness
Wednesday, 16 February 2022
Akha Thai Tea & Coffee
Sawadikap..
Mengopi di Akha Thai & Coffee di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya..
Tertarik tengok logo outlet ni, logo wanita kaum Akha yang comel..
Pertama kali tahu kaum Akha ni masa travel ke Chiang Mai, Thailand dan pernah mengopi di Akha Ama cafe di Chiang Mai. Boleh riki-riki entry Chiang Mai : The Old City and Halal Street
Kaum Akha ialah kaum pribumi yang tinggal di kawasan-kawasan bukit di sempadan Thailand/Burma..pekerjaan utama mereka ialah bercucuk-tanam termasuklah pokok kopi
Saturday, 12 February 2022
Drama China : Reset (2022)
Nihao!
Sementara tunggu episod terbaru drama City of Streamer, kita layan drama Reset. Dua drama yang best dari Mainland China.
Drama ni 15 episod je, tengok di youtube.
Tertarik nak tengok drama ni sebab ramai yang cakap best. Dapat 1 billion view. Genre time loop. First time tengok genre ni. Best juga. Drama mengisahkan hero dan heroine yang mengalami beberapa siri time loop semasa menaiki bas.
Heroin, seorang pelajar university bernama Li Shiqing (lakonan Zhoa Jinmai) menaiki bas no. 45 untuk ke bandar. Hero, seorang game architect bernama Xiao Heyun (lakonan Bai Jingting) juga menaiki bas yang sama sebab ada mesyuarat di bandar.
Heroine duduk sebelah hero, dua-dua tertidur.
Dalam episod 1, kita dapat tahu yang heroine beberapa kali mengalami time loop bila dia bercerita dengan pegawai polis. Dia dapat tahu bas akan kemalangan dengan lori minyak dan meletup. Tapi setiap kali bas meletup, heroine akan terjaga di tempat yang sama di dalam bas dan masa pada haritu berulang balik. Inilah dinamakan reset. Kembali semula ke titik mula.
Heroine beberapa kali cuba convince pemandu bas untuk berhenti di pertengahan jalan tapi tak berjaya, hinggalah dia buat scene yang hero tersentuh dia dan dia nak buat report polis. Dia berjaya paksa hero keluar dari bas dan tetiba hero termasuk dalam time loop juga.
Bila hero dah masuk dalam time loop, mereka berdua cari jalan untuk halang bas daripada kemalangan dengan lori minyak. Bila berjaya, ingatkan dah habis, tetiba time loop berlaku lagi. Dalam time loop kali ni, mereka dapati akan ada letupan dalam bas di atas jambatan.
Mereka menyiasat penumpang mana yang bawa bom dalam beg mereka. Setiap kali time loop berlaku, mereka kumpul maklumat. Beberapa kali mereka kena soal siasat dengan polis. Ada backstory penumpang-penumpang yang ada dalam bas. Kenapa mereka naik bas tu..
Menarik plot drama ni. Tak boring. Pace pun ok, tak slow.
Sangat recommended!