Masih lagi di hari kedua di Kota Bharu.
Selepas solat dan makan tengahari di bilik hotel, kami keluar jalan-jalan di sekitar bandar Kota Bharu. Tempat pertama yang dituju ialah Dataran Kota Sultan Ismail Petra, yang ada pintu gerbang rehal.
Jalan kaki dari hotel. Lalu depan bahagian jual buah-buahan Pasar Besar Siti Khadijah. Singgah beli buah dulu.
menarik pulak buah anggur bergantungan begini
Lalu depan Bazar Buluh Kubu dan deretan kedai jual barang kemas.
deretan kedai emas
dataran rehal
Menarik bangunan-bangunan lama yang ada di sini.
Bank Pitis
bilik kebal yang menyimpan wang dan dokumen penting
semasa pemerintahan Sultan Muhammad III
pintu ke Istana Balai Besar
yang dijadikan Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan
Gerbang masuk dari jalan utama
Berjalan ke arah Sungai Kelantan.
Masjid Muhammadi, masjid negeri Kelantan
bahagian belakang masjid
disebelahnya Muzium Islam
Muzium Islam
Berjalan lagi, menuju ke Muzium Perang (Bank Kerapu).
Memorial Perang (Bank Kerapu)
Bangunan ini asalnya dikenali dengan nama Bank Kerapu memandangkan fungsi asalnya adalah sebagai sebuah bank perdagangan iaitu the Merchantile Bank of India Ltd. Digelar 'kerapu' kerana dindingnya tidak licin dan menggerutu. Semasa zaman Jepun, bangunan ini dijadikan sebagai ibupejabat kempetai (polis rahsia) Jepun.
Muzium kisah pendaratan Jepun di Kota Bharu dan perang dunia pertama
dan kedua. Menarik juga muziumnya
pasukan kawalan kampung (home guard) masa zaman darurat tahun 1948
Muzium ni dua tingkat, dekat belakang pun ada pameran kenderaan perang. Tapi malas nak explore semua, ala kadar je..hihi. Sambung jalan lagi ke arah sungai.
Ok sampai sini saja, tak larat dah nak jalan. Cuaca panas terik.
Ambik grab balik hotel.
sotong bersidai. yang saiz kecik harga RM7.00
Tambang grab ke hotel RM5.00. Singgah pasar, nak beli dinner.
kita minum dulu. Teringin nak rasa air botol ni ambik perisa sarsi. Not bad, gas dia tak berapa kuat
Hasrat hati nak try laksa penang di Kelantan tapi gerai Rose Laksa dah tutup. Jumpa gerai jual laksa Siam. Teringin nak cuba.
Balik hotel, singgah window shopping di kedai tudung. Singgah juga di Da Froyo, kedai yogurt di tingkat bawah hotel.
enakkk..rasa masam2 yogurt harga RM12.00
Balik, lepak dalam bilik hotel, makan laksa siam.
sedap gak, cuma manis sikit
Malamnya, jalan-jalan di pasar malam. beli nasi kerabu. Sedap nasi kerabunya. Lauk ayam goreng, sambal kelapanya sedap..
Sekian saja untuk hari kedua di Kota Bharu.