Bila baca entry Abam Kie mengenai cadangan wujudkan perpustakaan di kawasan perumahan, teringat kat sudut membaca di Sunway Putra Mall ni..
Friday, 28 October 2022
Sudut Membaca di Shopping Complex
Tuesday, 25 October 2022
Strawberry Apple & Jujube
Thursday, 20 October 2022
Birthday Celebration for Executive Chairman
My Executive Chairman turns 83 this year..actual birthday pada 13 Oktober, tak jadi buat celebration on 14 Oktober, kita celebrate on Tuesday baru ni..
Minum petang sponsored by Sports Club...simple je majlis nya...
birthday boy
Tuesday, 18 October 2022
Drama China Era Republican
Nihao..review drama cina era Republikan..
Era Republikan ialah zaman penjajahan Jepun di negara China masa perang dunia ke-2 iaitu diantara tahun 1930 - 1945. Masa ni, China dah moden. Suka tengok suasana time ni, kombinasi budaya cina dan western. The set is stunning, the costume, the train, the building, the house's interior...menarik semuanya..
Jom tengok 5 drama era Republican yang best..
1) Medical Examiner Dr Qin (2016)
2) Detective L (2019)
3) Fall in Love (2021)
4) City of Streamer (2022)
Kisah balas dendam heroin (Feng Shi Zeng) dan hero kedua (Meng Xu An) terhadap keluarga hero (Rong Jia Shang). Keluarga angkat Feng jatuh miskin disebabkan kebakaran yang memusnahkan perniagaan bapa angkat dia. Feng dapat tahu daripada Meng yang bapa hero, Rong Ding Kun ialah dalang dalam kebakaran tersebut. Rong Ding Kun ialah seorang ahli perniagaan yang kaya-raya dan terkenal di Shanghai.
Feng berpakat dengan Meng untuk membalas dendam terhadap Rong Ding Kun. Meng pula nak balas dendam sebab Rong Ding Kun dah merosakkan kakak dia dengan ganja, kemudian tinggalkan kakak dia yang sedang mengandung. Feng masuk ke dalam keluarga Rong sebagai tutor untuk anak-anak dia termasuk hero. Hero terjatuh cinta dengan Feng menyebabkan Feng serba-salah nak teruskan niat dia. Bila dah lama menyiasat, terbongkar perkara yang lebih mengejutkan mengenai keluarga sebenar Feng dan Rong Ding Kun.
drama ni best, suka strong female lead, setting dan costume yang cantik. drama yang serius, the business side pun interesting..hero pula hensem, eye candy betul..
5) Checkmate (2022)
Monday, 17 October 2022
Kenangan Le Tour de Langkawi 2022
Minggu lepas penuh depan hotel dengan krew LTdL ni..
Yang tahu cuma jersi kuning je, sebab nampak juara terus sarung jersi kuning ni atas stage masa ambik piala
rupanya ada macam-macam jersi
jersi merah - King of Mountain (Raja Bukit)
jersi putih - Asian Champion (pelumba Asia terbaik)
jersi hijau - Sprint Champion (Raja Pecut)
menunggu siapakah yang akan menyarung jersi kuning..
Friday, 14 October 2022
Mi Segera Jenama Numee
Salam Jumaat...
Huh..sibuk betul sejak dua menjak ni, prepare proposal. Biasalah kan syarikat GLC (Government-Linked Companies) ni macam² benda depa nak, sampaikan draf agreement pun suruh kita buat...huhu..kita bukannya legal firm, sib baik ada sample dari proposal lama.
Yang tak tahan tu depa punya dokumen 100++ muka surat...berpinau bijik mata nak baca..kita kan nak selamatkan pokok, tak nak print hardcopy, redho jelah, print juga. Alhamdulillah, depa invite kita submit proposal, dapat tak dapat tu belakang kira...yang penting hidup mesti diteruskan....tiberrr...
Done membebel..jom kita tengok mi segera yang terbaru dalam pasaran, jenama Numee dari syarikat Gardenia. Mi kuning jenama ni sedap...kenyal dan tak banyak kapur..
Bertambah pilihan selain dari jenama yang dah mendonia tu..
Wednesday, 12 October 2022
Thursday, 6 October 2022
Day 4 : Terakhir di Kota Bharu
Salam semua...
Baru tubik semula. Sibuk sokmo, dengan dok sihat. Meh, sambung sikit lagi cerita di KB, entry akhir..
Hari ke-4 di KB ialah hari Isnin. Orang ramai dah masuk kerja. Pelancong pun ramai dah balik. Pasar dah tak sibuk..beza sungguh dengan 2 hari sebelumnya. Saya dan kakak je yang pi beli-belah, mak tak ikut.
OK, tamat sudah sesi meronda di pasar, jom balik hotel, kemas beg.