Friday, 31 March 2023

Iftar Day 7 : Nasi Kerabu Tumis

 Salam Jumaat, Salam 9 Ramadhan..

Masa taip entry Nasi Kukus Ayam Planta, tetiba teringin pulak nak makan nasi kerabu tumis. So, kita singgah bazar Ramadan, beli nasi kerabu..

Gerai nasi kerabu tumis sebelah nasi kukus ayam planta
 
Apa yang ditumis? nasinya kot, ditumis macam masak nasi minyak, nasi tomato 
 
 
 diantara lauk-pauk yang ada

 

 ambik lauk ikan selayang/sardin goreng tepung
harga RM9.00, rasanya biasa je

 Beli juga kuih feveret ni - tepung gomak/abuk-abuk

 

sedap kuih tepung gomak yang pakcik ni jual
yang ni inti kacang,  ada juga yang inti kelapa
 

Hari ni ada majlis berbuka anjuran company, Alhamdulillah

Wednesday, 29 March 2023

Iftar Day 3 : Nasi Kukus Ayam Planta

Salam Ramadhan..

Hari Sabtu lepas, puasa hari ke-3, teman pergi ke Bazaar Ramadan depan UTC Sentul untuk beli juadah berbuka..omma dan unni takde di rumah, pergi rumah unni Shah Alam. Teman kerja hari tu sampai petang..

Ramai orang, tempat sempit..biasalah kan bazaar Ramadan, sesak dengan umat manusia...beli nasi kukus ayam planta..

ada nasi kerabu tumis..kena try nih..

rambang mato tengok lauk-pauk
walaupun tulis ayam planta, ada juga lauk lain yang dijual
ada ikan keli, daging, cendawan

Teman tetap setia dengan yang original
 
nasi kukus ayam planta
kuah banjir, sambal dia yg best, bubuh kulit limau kasturi
harga RM7.00
 
Selamat berbuka, kome-kome semua

 

Tuesday, 28 March 2023

Taman Tebu Aidil

Assalamualaikum semua...salam Ramadan ke-6..

Sambung cerita Pangkor...hehe..on the way balik, singgah di tempat viral di Sungai Besar...Taman Tebu Aidil & Aidil Orked..lokasinya di Parit 3, Sungai Haji Dorani, Sungai Besar..

Tempatnya di kawasan sawah padi. Di tepi parit ditanam pokok-pokok tebu hitam, berbaris-baris..cantiklah untuk OOTD...

sawah padi terbentang luas

Pergi hari Sabtu, ramai pengunjung, parking di tepi jalan..
 
tanam tebu ditepi bibir sawah 

ada buskers kat pintu masuk

Luas kawasannya..riki-riki gerai yang ada, pelbagai jenis makanan - ada sushi, otak-otak, mi kari, soto, lontong, kepak ayam madu, nasi lemak, pisang goreng..buah-buahan..
 
 gerai mi kari, laksa, soto
mur-mur RM5.00 semangkuk
 
 
Punten - masakan orang Jawa 
nasi bersantan dikepal, makan dengan sambal bilis

centralised cashier

Beli mi kari, otak-otak dan air tebu...kakak beli soto dan pisang goreng..
 
meja/kerusi dicelah-celah pokok tebu
di tepi parit
 
menjamu selera - otak-otak, mi kari, air tebu
dlm beg plastik tu bahulu gulung
 
suasana di kawasan utama
 
santai-santai di kebun tebu

 tak berlama-lama disini sebab dah nak malam, sambung perjalanan balik KL.


Overall, oklah Taman Tebu Aidil...
santai-santai di tepi sawah & pokok tebu

Thursday, 23 March 2023

Ramadhan Kareem...

 Assalamualaikum semua...Salam Ramadhan Al-Mubarak..

 

Semoga kita diberi kesihatan yang baik dan kelapangan untuk menunaikan ibadah puasa dan ibadah-ibadah lainnya..

 Bulan Ramadhan tahun ni dimulai dengan kisah sedih, pemergian seorang sahabat seperjuangan pada petang 22.03.23..

Sahabat yang kami ziarahi dalam entry 'Live from Hospital Kuala Lumpur'

Innalillahiwainnailahirojiun...
moga tenang rohnya disana..amiin...

Tuesday, 21 March 2023

Pulau Pangkor : Last Day

Last day in Pangkor..

Pagi Sabtu, kakak dan anak lelaki dia pergi berkayak, kakak seorang lagi pergi berendam di swimming pool dengan anak saudara perempuan. Saya dan mak pergi beli breakfast di jalan besar...beli nasi lemak dan mee lipat..

gambar rumah tradisional dalam bilik hotel
 
Check out pukul 11.30 pagi, sewa teksi van ke jeti. Masih awal lagi, tiket feri pukul 2.15 petang. Transit di Restoran Haida di pekan Pangkor. Group berpecah dua, saya dan mak tunggu beg, yang lain-lain pergi shopping di kawasan kedai bebas cukai. 
 
Restoran Haida - ramai orang makan di sini
suasana sesak, pelanggan silih berganti
 
ada jual laksa penang dan laksa pangkor
Order laksa penang

sedappp...harga RM5.00
 
balai bomba di pekan Pangkor
 
pusat membeli belah utama di pekan Pangkor
syurga bilis mata biru - blue eyes paradise
 
Kakak saya datang selepas habis shopping, ganti jaga beg. Saya dan mak pergi shopping pula.
 
deretan kedai bebas cukai
 
bilis pun ada yang murah di sini
 
dua daripada tiga bank di pekan Pangkor
satu lagi Maybank
 
Selesai membeli-belah, top up ikan bilis, bergerak ke Restoran Haida.
 
deretan restoran dan orang berjualan
 
tempat photoshoot

Bergerak ke jeti, ramai yang baru tiba, ramai juga yang nak balik.
 
jeti Pangkor
 
menunggu gate buka
feri ke jeti Lumut pun ikut sini juga, pastikan destinasi anda
 
tenang melihat laut dan langit
 
menuju ke feri ke Marina Island
 
Goodbye Pangkor, till we meet again!

Monday, 20 March 2023

Pulau Pangkor : Petang & Malam Hari Jumaat

Sambung cerita Pulau Pangkor...masih lagi di hari Jumaat..

Selepas ronda-ronda pulau, semua keletihan, lepak dan tidur je dalam bilik hotel, tambahan pula hari masih panas terik..

Di sebelah petangnya, keluar meninjau keadaaan...wahh, dah semakin ramai pengunjung. Keluar je ke jalan besar, ternampak orang tengah berbaris..

kenapa mereka berbaris? curious, curious..
 
rupanya, berbaris sebab nak beli lempeng pisang..mesti sedap lempeng ni..
 
lempeng pisang dibakar dalam daun pisang macam dulu-dulu
 penjual hadkan setiap pembeli cuma boleh beli up to 10 keping sahaja
 
Kami takde join barisan, bergerak ke tebing, untuk meninjau keadaan pantai..ramainya bermandi-manda, beraktiviti di pantai..
 
 
 meriah
 
ralit tengok orang naik banana boat
akhir sekali semua dihumban ke laut
 
pelbagai aktiviti ada
 
sambung berjalan ke arah utara, tengok apa yang ada di sana

rancak berniaga
 
gerai-gerai seafood mula dibuka, makan sambil tengok laut
 
fresh seafood
 
Ramai pelanggan di gerai char kuey teow
 
santai-santai makan di tepi laut
 
Kembali semula di tebing, kali ni santai-santai makan rojak buah. Rojak buah dijual macam di supermarket. Mula-mula pilih buah, then penjual akan potong, letak dalam bekas dan ditimbang. Harga RM2.50 untuk 100 gram. Ambik sepotong buah nenas, sebiji buah mangga, sekali timbang..ting! harga RM18...huhu..redho jelah..kenyang makan rojak buah, dinner makan mi segera je...haha..

Keluar semula di malam hari...

lagi meriah

ramainya...restoran pun penuh
 
sekumpulan anak muda pakai baju kelawar (kaftan)
 
Lepak di tebing, meninjau keadaan pantai..menarik!
ada 'bangku angin' berwarna-warni

lepak di tepi pantai di malam hari
 
ramai pelanggan di kedai duty free
 
Meriah betul di kawasan Teluk Nipah di malam hari Jumaat. 
Hari minggu mesti lagi meriah. Tapi tak dapat saksikan..
esok dah nak balik..