Sunday, 28 December 2025

Basuh kereta di waktu malam..

 
Assalamualaikum semua..happy weekend..
selalunya hari cuti ni memang selalu gi basuh kereta  
banyak tempat car wash di sekitar rumah dan di stesen minyak
 
berapa charge basuh kereta di sini? 
kalau basuh saja tanpa vacuum, harga antara RM8 - RM10 je
sekali dengan vacuum - RM12 keatas.. 
 
Ada satu malam tu, lepas balik kerja
teringat nak try di tempat baru, di blok sebelah
 
kereta sedang dibasuh - charge RM12 tanpa vacuum..
nampaknya sekali ni je lah datang sini..haha.. 
 
Bosan pula menunggu, jalan-jalan meninjau pokok-pokok di sekitar
oohh..Kebun Komuniti rupanya..
ada pokok sayur, ada pokok bunga juga 
 


Bagus projek macam ni..
selalunya projek sebegini dibawah seliaan Persatuan Penduduk 
atau Kawasan Rukun Tetangga (KRT)..
 
Apakah KRT? 

Skim Rukun Tetangga telah dilancarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 29 Ogos 1975 dalam sektor Rukun Tetangga Kampung Kassipilay, Kuala Lumpur.

Skim ini diwujudkan di bawah Peraturan - Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) dalam Ordinan Darurat 1969. Penubuhan awal Skim Rukun Tetangga adalah untuk memastikan keselamatan penduduk di kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai sektor berikutan kejadian-kejadian yang menggugat perpaduan nasional pada ketika itu. Skim ini memberi kuasa kepada penduduk dalam memastikan keamanan dan keselamatan rumah dan kawasan sekitarnya melalui rondaan wajib untuk meningkatkan perhubungan antara kaum dalam komuniti setempat.

KRT di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Kementerian Perpaduan Negara
 
Jika diawal penubuhan KRT atas dasar keselamatan, sekarang KRT bertranformasi menjadi satu entiti pelaksanaan program dan aktiviti berlandaskan lima teras iaitu perpaduan, ekonomi, keselamatan, pendidikan dan kualiti hidup
 
dekat tempat teman ni ada KRT tapi tak join, tak jadi ahli
ok juga kalau jadi ahli, dapat kenal2 dengan ahli masyarakat..
 
azam tahun baru 2026...hihi..tengoklah macamana..

1 comment:

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!