Saturday, 6 December 2025

Spageti Bolognese Malaysian style

Assalamualaikum semua..

Dah masuk bulan terakhir, bulan Disember...bulan sejuk..Alhamdulillah, hari ni panas..harap2 panas sampai ke petang..

Hari ni teman masak...hehe..masak simple je, masak spageti bolognese. Dah lama teringin..beli barang guna duit RM100 yang gomen bagi..nak perabihkan, bulan ni last kan..

guna sos kimball ni, yang ada cendawan
 
spageti, rupanya ada yg jenis 'quick cook'
terlembik sikit, melekat-lekat, takpe utk makan sendiri
 
kuahnya..bubuh lobak merah potong dadu
bawang putih pun ada, buah tomato takde
 
siap untuk dimamam, bubuh minyak zaitun sikit
nak kan Italian vibe..haha..
 
Bismillah..makan semuaaa....
 
selamat berhujung minggu..

2 comments:

  1. W'salam, penghujung tahun 2025..
    Seremban panas, hujan pun sekejap-sekejap tak sempat sejuk.. LZ suka sos spaghetti ada cendawan. Simple dan sedap spaghetti bolognese Malaysian style ni..

    ReplyDelete
  2. Kat Lipis ni hujan sepanjang hari. Cie plan nak masak pasta jugak tadi dah beli sos prego. Nampak ada promo prego lagi murah dari kimball ni tadi.

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!