Friday, 23 January 2026

Farewell Lunch @ Banglo 289

Assalamualaikum semua..salam Jumaat..hehe..baru muncul..

Tak berapa sihat + sibuk kerja yang masih belum berkurang..sempat² kan diri reply komen kawan² di entry² lepas, blog walking sikit²..terima kasih ya berkunjung ke sini..

Nak citer kisah farewell lunch untuk 3 orang officemates, dua orang resign, sorang pencen..citer tahun 2025..bos belanja..

The venue ialah Banglo 289 di Jalan Raja Chulan, dekat je dengan office. Ada yang jalan kaki ke sini tapi kami gegirl² naik kereta lah, parking di open car park di sebelah Banglo 289..

the venue
 
dekat entrance, tempat ikan bakar..lapar dahhh..
 
pelbagai pilihan,..kami pilih ikan talapia & ikan pari bakar
 
section kedua, tempat lauk-pauk. disebabkan takde taklimat sebelum datang, tudia taklimat..haha..kami pun masing-masing pilih lauk-pauk kegemaran, sambil² tu dok tertanya-tanya juga..ambik sorang satu ker, tengok portion dia besar juga..since takde jawapan untuk persoalan itu, hentam sajalah labu...
 
tempat memilih lauk..macam² masakan Melayu ada
asam pedas, masak lemak, masak hitam, masak sambal
 
lauk-pauk diletak dalam kuali kecik
 
nmpk sedap² semuanya..rambang mata nak pilih..
 
ikan rebus + air asam + ulam²
 
pelbagai jenis sambal, disinun ada kuih-muih tradisional
 
dah ada sambal, mestilah kena ada ulam kan
 
ulam-ulaman
 
bahagian desert
 
okay, dah pilih lauk-pauk, ada yg ambik desert juga, jom ke tempat mamam..laparr..ada pekerja datang ambik order air..
 
di sini tempat untuk makan, ruang open-air
 
bila tiba di meja, tengok dah ada beberapa lauk-pauk, ada juga yang ambik lauk yang sama..aiseyy..tapi takpe, tak habis, boleh tapau..

tengah taip ni, terliur pulak tengok gambar²..hahaha..
 
desert untuk semua - pisang goreng cheese coklat

untuk kenangan - reveal pasokan yang hadir
 
ada yang kenal ke? hihi..
 
tema hari ni ialah batik..ramai yang pakai batik di hari Khamis 
 meraikan warga kerajaan yang berbatik di hari Khamis
gomen dan swasta berpisah tiada...tiberrr..
 
the verdict : sedap masakannya..bolehlah nak repeat..
recommended, terbaik.. 

11 comments:

  1. Ikan rebus air asam tu buat SA terliur laaa...dapnyaaa

    ReplyDelete
  2. Pernah kerja kat Jalan Raja Chulan suatu ketika dulu.

    ReplyDelete
  3. WAH MENU PELBAGAI SEMUA NAMPAK SEDAP

    ReplyDelete
  4. Wow! sangat meriah tempat makan yang beraneka jenis makanan..terbaik lah..

    ReplyDelete
  5. Macam best jer... Nak try la makan di Banglo ni huhuu.. ☺️👌🏻

    ReplyDelete
  6. Kenal sangattttt....hehehehehe..

    ReplyDelete
  7. Tak ada yang kenal pulak, hahaha. Sedap² lauk pilihannya. Kiranya restoran ni menawarkan hidangan nasi berlauk, la kan. Sy yg tengok ni pun kecur.

    ReplyDelete
  8. sambal-sambal dan pelbagai ulam tu yang buat sedap makan dan menambah2 nasi.

    ReplyDelete
  9. Menarik tempat makannya, santai dan banyak pilihan lauk.
    Patut namanya Banglo 289, memang rumah banglo.

    ReplyDelete
  10. Sebelum ni tak dengar pun wujud Banglo 289 ni tapi lepas ada yang compare dengan Rembayung, baru lah tau. Semua food nampak sedap sangat.

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!