Monday, 27 July 2026

Rumah Makan Nasi Kampung

Sambung kisah kursus umrah pada 11 Julai..
 
Selepas solat Zohor di masjid, sepupu ajak makan tengahari di Rumah Makan Nasi Kampung yang terletak tak jauh dari masjid, di Jalan Damai juga. 

The venue. Ada tempat parking dalam kawasan restoran, tapi macam limited
first come, first served. ramai juga yang parking di tepi jalan 

 Menarik tempatnya dan luas juga. Tempat duduk pun banyak
 
 
Pilihan makanan pun banyak
 
bakar-bakar
 
Menu biasa - lauk-pauk nasi campur 
 

ambik makanan, nanti ada pelayan yang kira harga di meja
  
Selain hidangan nasi campur, ada juga laksa utara, mee kari, mee sup, pisang / keledek goreng dan juga jemput2 bilis dan pisang.  

overall, sedap juga masakannya. dari segi harga, tak dapat nak komen
sebab sepupu belanja.. 

recommended, bolehlah nak repeat..

4 comments:

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!