Monday, 22 September 2008

Hang 2

Pada pagi Sabtu lepas, saya dijemput menghadiri satu majlis penyerahan sijil penyertaan kursus pengurusan jenazah di sebuah surau di Sentul. Diakhir majlis, pengerusi menyeru peserta-peserta kursus terutama golongan muda supaya ikut serta secara amali jika ada kematian agar ilmu yang dipelajari dapat diamalkan.

Terdengar soksek-soksek dikalangan peserta, “Eeii takut le”, “seram sejuk kaki tangan”, "tak berani tengok mayat", “aku lemah semangat”, “takut kena badi mayat”. Ada seorang peserta memberitahu dia ada 5 sijil pengurusan jenazah tapi sekalipun belum pernah menguruskan jenazah. Jadi assistant pun tidak, takut katanya.

Kenapa bila berkaitan dengan jenazah, ada satu macam perasaan yang timbul? Yang berani jadi takut. Yang kuat, jadi lemah semangat. Ada seorang ustaz bercerita, seorang anak terketar-ketar cuci kuku kaki jenazah bapanya dengan cotton bud, itu baru cuci kuku, belum lagi kena mandikan jenazah..

Mungkin sejak dahulu lagi, orang mati, kubur dan yang sewaktu dengannya selalunya dikaitkan dengan sesuatu yang menyeramkan iaitu..HANTU. Setiap bangsa ada trademark hantu. Hantu loncat le, hantu terbang le, hantu pakai kot le… Orang putih dengan drakula n vampire, orang cina dengan hantu tangan tegaknya. Tapi yang paling banyak variasi/spesies ialah hantu orang Melayu. Hantu pocong, polong, hantu raya, pontianak, hantu kum kum, hantu langsuir, hantu zaman jepun, mat lampir le…

Buatlah filem hantu, ada yang boleh dapat box-office. Filem hantu yang seram lagi menyeramkan ke, cerita komedi seram ke…Tengok filem hantu ni macam makan sambal belacan, walaupun takut nak tengok juga.. Tak kiralah filem Melayu ke, Thailand ke, Indonesia ke, Korea ke, Mat Salleh ke, kebanyakannya orang mati menjelma jadi hantu dan kawasan kubur tu digambarkan secara menyeramkan. Hantu ni mesti watak jahat, takde hantu baik…sebab tu bila nak takutkan budak kecik, ada yang cakap “Ha! pergi le, ada momok kat situ”…momok tu hantu spesies apa pun tak tau.

Tapi ada juga orang nangis tengok cerita hantu, filem Ghost lakonan Demi Moore and Patrick Swayze. Cerita cinta tak kesampaian, cerita sesat lagi menyesatkan akidah..begitu juga cerita the Ghost Whisperer..ada ke roh orang mati, boleh masuk dlm badan orang hidup. Yang pelik golongan ni celebrate hari hantu sedunia – Halloween. Kesian, buah labu yang tak berdosa, menjadi mangsa..

Filem-filem yang mengaitkan orang mati/mayat/jenazah dengan hantu dan lain-lain kisah yang menyeramkan patutlah dipantau oleh pihak berkuasa kerana ada yang boleh merosakkan akidah, berunsur tahyul pun ada. Walaupun ada sesetengah mengatakan ianya hanyalah satu hiburan, ianya secara tidak langsung memberi konotasi yang tidak betul tentang orang mati dan boleh menimbulkan rasa takut, seram, dll. The eyes see, the mind evaluates and the worst scenario, it stays and become a mindset from generation to generation.

Bak kata pepatah orang putih: “Fear is like sitting on a rocking chair: it gives you something to do, but it doesn’t bring you to anywhere”.

Semoga ada generasi pelapis yang berani menyahut cabaran menguruskan jenazah dari memandikan hinggalah mengapankan. Tuan punya diri? pun sama juga..Mungkin ada kes-kes terpencil yang tidak sampai ke pengetahuanku..Kita semua akan menjadi mayat…Wallahu’alam.


Ilmu tanpa amal, membazir
Amal tanpa ilmu, menyesatkan

Tuesday, 16 September 2008

Saujana Resort

Kicauan burung-burung menyambut kedatangan saya di Saujana Resort. Oh..Sungguh damai rasanya...Alangkah seronoknya jika ofis dikelilingi kehijauan..back to nature.. Ofis sekarang pun dlm hutan juga..hutan batu..keras & kaku n bisu. 

 

 

 

 

 

   

 

Parking kereta seperti dlm gambar diatas ni, mentality 'follow the crowd'. Pemandangan biasa di Saujana Resort. Bukan apa, malas nak pusing2 cari parking kat basement level. Kalau kena saman, semua kena..padan muka aku juga.  

  


 

 

 
 
 
Bangunan2 di Peremba Square, Saujana Resort dibina resort-style, to complement dengan kawasan sekitar..Pohon2 kelapa sawit dan palma melambai-lambai, alahai sejuk mata memandang..   Kalau kat felda, pemandangan ni biase je tapi kat Lembah Klang, nampak mcm resort gitu..lain padang lain belalang..

 

 

 

 

 

 

 

 
Inilah tempat yang dituju..Canon HQ, ambil kamera yang masuk workshop selama 3 minggu.  Masa sampai kat sini, dapat kaunter 2. Kat kaunter 1 ada one Chinese lady...jeling2 tengok ada seekor anak anjing yang comel dalam beg diatas ribanya..Sungguh comel rupanya..anak anjing tu dan tuannya juga. 
 
Hidup dalam masyarakat majmuk, kena le tolerate hal2 macam ni kan...dugaan di bulan pose..control je tapi dalam hati tuhan saja yang tahu.."Kalaulah anak anjing tu lompat atas riba, mau bukak silat gayong nih.." Sempat juga berimaginasi terlampau... 
 
Setelah berpuashati dgn kamera, cepat2 keluar, tinjau2 kot-kot ada sibaju biru dok bagi surat cinta kat kereta. Takde nampaknya..lega..boleh snap-snap gambo...  
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sekolah Pelajar-Pelajar Jepun telah lama ada di Saujana Resort. 
 
 p/s: Perjalanan ke Saujana Resort yang letaknya on the way to Subang Airport bagaikan menggamit memori silam..kenangan lalu..

Thursday, 21 August 2008

Kerja..kerja..

Balik je dari bercuti on 19/08/2008, dah dapat 4 kes. Urgent pulak tu..Kes yang ada kena selesaikan by this week. Tak leh nak jump the Q, first come first serve..Last In First Out (LIFO) doesn't apply here..but u must get your priority right...Kata orang, sibuk itu rezeki...

Dateline for the new cases is 31 August 2008. Alamak, ini macam kalu, kena stay kat ofis le over the weekend.....nak posa lak tu.. Dateline..dateline..Oh!I hate dateline..dateline makes me sick..makes my blood goes upstairs..

Oppss.. our life also got dateline, beb...Tiba masa kan pergi jua.. tidak akan cepat atau lambat walaupun sesaat..

Boss said, "U must work smart, get it right from the start.." Ala, boss so many things to do, so little time given, dia dapat 3 kes, saya 4, mana aci...blah, blah..the art of giving excuses..

Boss said, "Less talk, more work...". So, kena susun strategi ni.. the mind of strategist applies here...roll up your sleeves..banyaknya dokumen nak kena tengok & analyse..previous reports, titles, tenancy agreements, sale & purchase agreements, plans.. Pelannya mak datuk besarnya..AO size...

Takpe pelan-pelan kayuh, slowly but surely....KPI must be maintained...Ofis lak nak direnovate.. inilah ofis saya sebelum ada internal renovation..





Berserabut sikit..my working space is located along the aisle..no view..

Bercakap tentang kerja memang tak habis, so let's start kicking now..