Saturday, 1 January 2022

Tahun baru di Tiffin At The Yard

Sabtu. 1.1.2022. Selamat Tahun Baru.

Hari yang sejuk..dari pagi hujan, membawa ke petang. Seharian cuaca mendung. Rasa nak bermalas-malas dirumah je. Takleh jadi, kena keluar juga..dah lama nak pi sini...Sentul's best kept secret..acah-acah celebrate new year..hehe..

 Lokasinya dimana ya? di sini...

Sentul Depot - bangunan workshop keretapi yang berusia 110 tahun
 
OK, jom ikut kita jalan-jalan ke sini. Tempat ni di kawasan projek Sentul West oleh YTL. Tempat ni dulu kawasan workshop dan depoh keretapi KTM sejak zaman British. Lokasi tempat masuk dari Jalan Ipoh. 

Akan nampak iklan ni dekat simpang masuk Sentul West
 
kena lalu guard post ni
 
akan nampak bangunan ni dan tempat parking. 
Parking gratis loh, dont worry parking banyak

Jom, jom..ada dua entrance, kita masuk ikut pintu dekat tempat parking

wahh..lejen ni..metal sliding door..
 
jangan lupa kongsi di medsos
 
bangunan kilang lama

pintu masuk
 
very lively, very instagrammable place
 
I likee..the vintage look, industrial theme, comot look, smeared walls..kelihatan usang..transparent roof..
 
nampak klasik...hot spot utk photoshoot..
 
ni pintu masuk utama..
looking at the structure..steel portal, facing bricks..so British..
 
arang batu kot..waa, unik ni..dibuat perhiasan..haha..
 
old school..vintage..
 
Jom ke kawasan restoran..konsep gerai...ada banyak pilihan, tapi tak tahu halalan toyyibban ke idok..kalau check website, katanya 'pork free'..
 
kita ronda-ronda dulu..tengok apa yang boleh dibeli..
 
 
Sambung esok lah ya..nak publish dah, nak capture date hari ni 1st January..hihi..
 
Buka : Khamis - Jumaat, pkl 5.00 petang - 12.00 malam
Sabtu - Ahad, pkl 10.00 pagi - 12.00 malam
Tutup : Isnin - Rabu

stay tuned..xoxo..

Friday, 31 December 2021

Terakhir 2021 : Kalau kalian tak temui diriku

di Syurga bersama kalian..tanyalah tentangku..

...............................

Salam Jumaat..sayyidul ayyam...

Perkongsian di hari terakhir 2021..semoga bermanfaat..

 

 إن لم تجدوني في الجنة بينكم ، فاسألوا عني فقولوا : يا ربنا عبدك فلان كان يذكرنا بك

"Seandainya kalian tidak menemui aku di syurga bersama kalian, tanyalah tentang ku. Sebutlah: Wahai tuhan kami. Hamba mu si fulan pernah mengingatkan kami tentang mu"

Perkataan ini selari dengan sebuah hadis sahih yang sangat panjang berkaitan hari kiamat.

Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda yang maksudnya:

Demi Tuhan yang diri ku di tanganNya. Manusia-manusia beriman akan memohon dengan bersungguh-sungguh kepada Allah untuk memperjuangkan hak saudara mereka yang berada di neraka.

Mereka berkata: Tuhan kami, mereka berpuasa, solat dan mengerjakan haji bersama kami. Lalu dijawab kepada mereka: Keluarkan dari neraka sesiapa yang kalian kenal. Lalu diharamkan mereka daripada neraka. Orang beriman itu pun mengeluarkan sejumlah manusia yang ramai, yang mana mereka telah dimakan neraka sedalam separuh betis hingga ke lutut.

Kemudian orang beriman akan berkata: Tuhan kami, sudah tiada seorang pun lagi yang kalian suruh kami keluarkan. Lalu Allah menjawab: Kembalilah lagi, sesiapa yang kalian dapati pada hatinya terdapat sebesar dinar kebaikan, keluarkan dia.

Lalu mereka mengeluarkan sejumlah manusia yang ramai, kemudian mereka berkata: Tuhan kami, kami tidak meninggalkan seorang pun yang engkau suruh kami keluarkan. Kemudian Allah berkata: Kembalilah lagi, sesiapa yang kalian dapati dalam hatinya terdapat separuh dinar kebaikan, keluarkanlah dia.

Lalu mereka mengeluarkan sejumlah ramai manusia, kemudian mereka berkata: Tuhan kami, kami tidak meninggalkan seorang pun yang engkau suruh kami keluarkan. Kemudian Allah berkata: Kembalilah, sesiapa yang kalian dapati dalam hatinya ada sebesar zarah kebaikan, keluarkanlah dia.

Lalu mereka mengeluarkan sejumlah manusia yang ramai. Kemudian mereka berkata: Tuhan kami, kami tidak meninggalkan langsung sesiapa yang ada kebaikan di sana.

[Sahih Muslim, Kitab al-Iman, hadis no: 183]

 

Oleh kerana itu, Al-Imam Al-Hasan Al-Basri berkata:

 اسْتَكْثِرُوا مِنَ الأَصْدِقَاءِ الْمُؤْمِنِينَ ، فَإِنَّ لَهُمْ شَفَاعَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Perbanyakkanlah rakan-rakan yang beriman, sesungguhnya mereka memiliki syafaat di hari kiamat. [al-Baghawi]

 

Jazakallah kepada penulis (MMMR), sumber dari whatsapp...

Wednesday, 29 December 2021

#1010 : Menara 118

Site visit @ Menara 118

bangunan kedua tertinggi di dunia


Dah hampir siap. Kali terakhir pergi pada tahun 2019. 
 
Alhamdulillah, lif dalam bangunan dah berfungsi, naik ke tingkat 116 
 the observation deck
 

kenangan di akhir tahun 2021