Assalamualaikum..sawadee..
Alhamdulillah, pada 19 hingga 22 September yang lepas, selamat mengembara selama 4H3M di Bangkok, ibu negara Thailand. Tiket beli masa bulan Mei, ada promo MAS, dapatlah RM405 return. Masa beli tu rasa macam lambat lagi, takde ambik kisah sangat hinggalah ke saat-saat akhir, barulah nak print map, baca website BTS, jot down bahasa Thai yg simple2 buat rujukan.
Untuk trip ni, banyak buat rujukan di blog Shelter Ku Under Cendawan dan blog Lynn ...
thanks to these two bloggers.
Pada hari kejadian, naik ERL KLIA transit di Terminal Bersepadu Selatan ke KLIA. Menuju ke departure gate, rasa cantik juga airport KLIA ni..dah di upgrade..
|
duty-free area |
Tepat pukul 12.20 tengahari, flight MH 786 terbang membelah angkasa menuju ke Suvarnabhumi International Airport, Bangkok.
|
sawah-sawah padi - geography revisited |
|
Suvarnabhumi International Airport |
Alhamdulillah, selamat mendarat pada pukul 1.30 tengahari waktu Bangkok. Waktu di Bangkok lewat satu jam dari Malaysia. Perjalanan mengambil masa satu jam 50 minit.
Bila mendarat di negara asing, for the first timer, rasa gentar tu tetap ada, especially bila pergi sendirian berhad. Tak tau nak expect apa, perlahan-lahan absorbing the new environment bila tengok tulisan2 Thai, bila dengar bahasa2 Thai diucapkan. Minda pun dah mula menerima, ohh dah sampai Bangkok..and automatically switched on all the data stored. Lepas ni nak buat apa, lepas tu buat apa pulak..mcm tu lah lebih kurang..
|
standard procedures |
Selepas ambil beg, bergerak ke basement level untuk naik Airport Rail Link ke Bangkok city. Kami naik Airport Rail Cityline ke Phaya Thai station, train commuter berhenti-henti, tambangnya THB45 (RM4.50) je, murahnya..Kalau mengikut website, ada express Airport Rail Link, tapi sekarang ni cuma berakhir di Makkasan station. Dari Makkasan station, boleh naik MRT line. Kalau hotel berada di area Sukhumvit/Asok, bolehlah naik express train ni, dan sambung naik MRT.
Stesen Airport Rail Link Phaya Thai ni bersambung dengan BTS Skytrain station Phaya Thai. Di Bangkok, cuma ada dua line BTS, Sukhumvit dan Silom line dan satu line MRT. BTS macam LRT, semua elevated dan MRT semuanya underground.
|
BTS line, MRT line dan Airport Rail Link (souce: www.bts.co.th) |
Untuk memudahkan perjalanan kami di Bangkok yang banyak menggunakan BTS, kami beli Rabbit Card-Adult dengan harga THB200.
|
get that Rabbit |
THB200 tu termasuk THB50 untuk harga kad (non-returnable), THB50 deposit (returnable) dan THB100 stored value (untuk harga tiket). Stored value tak boleh kurang dari THB15, kena top-up. Ada Rabbit Card untuk warga emas dan kanak-kanak. Boleh refer pada website BTS. Rabbit Card ni cuma utk BTS sahaja, tak boleh digunakan untuk naik MRT..
Kegunaannya sama saja dengan LRT/MRT stesen di dunia, cuma tap sahaja di palang masuk, off you go. Dari Phaya Thai station, kami turun di Siam station. Tambang THB20.
Siam station merupakan stesen BTS untuk kedua-dua line, Sukhumvit dan Silom line. Umat manusia punyalah ramai tambahan pula shopping mall yang famous di Bangkok iaitu Siam Paragon, Siam Discovery, Siam Centre dan Siam Square, semuanya berada dekat stesen ni, memang ramai sungguh manusia..
Sepatutnya di Siam station, ambik Silom line ke National Stadium (last station) sebab lebih dekat dengan hotel. Tapi ada pulak cadangan, bila dah turun di Siam, boleh jalan kaki, sebab dah dekat. Bila keluar je dari train, lost sense of direction. Tanya tourist information. Naik tangga, cross jalan guna skywalk dan turun di depan Bangkok Art & Culture Centre (BACC), at last, jumpa..Muangphol Mansion, hotel yang sama macam blogger Shelter Ku Under Cendawan...lokasinya memang superb..
Check-in, solat dan berehat sambil makan bekal nasi impit (lapo, angkat beg bagai, eskalator sangat kurang di stesen BTS). Keluar semula, kali ni naik BTS di National Stadium, turun di Siam, crossover, naik Sukhumvit line ke Asok station, keluar Exit 1 untuk ke Terminal 21, a themed shopping mall. Ambil idea daripada airport, shopping mall ini lain sikitlah..setiap level dihias mengikut tema bandar utama di dunia...
|
jom pi London |
|
London's icon |
|
Tokyo |
|
Istanbul aku datang |
|
yadda yadda |
|
bersinar-sinar atas bawah |
|
well-lit alleys |
|
the tram! the tram! |
|
ini pun ada |
|
golden gate bridge - SF's icon |
Ada banyak tempat lagi - Paris, Hollywood, Rome, Carribean, tak habis ronda. Di Terminal 21 ni ada food court, Pier 21 di Level 5.
Ada gerai makanan halal di sini tapi kami tak makan disini, nak dinner di tempat lain. Lastly, cari eskalator ni untuk turun ke bawah dan keluar ke Asok station. Tinggi eskalator ni, sampai tiga tingkat..
|
tingginya.. |
Dari Asok, kami ke Restoran Usman untuk dinner. Turun di Phrom Pong station (satu station saja selepas Asok), exit 6 dan walla, ada the Emporium, upmarket shopping mall. Abaikan shopping mall tu, masuk ke Benjasiri Park dan berjalan menuju ke Imperial Queen's Park Hotel, seperti peta dibawah. Walaupun hari bekerja, ramai juga yang datang exercise di sini. Masa ni hujan renyai-renyai..
|
lokasi - Restoran Usman |
Dah pukul 6.00 petang, hari semakin gelap, nak masuk waktu maghrib. Tiba-tiba orang yang duduk-duduk di park ni bangun berdiri, yang berlari, berjalan pula berhenti, rupa-rupanya lagu kebangsaan Thai dimainkan. Ada pulak lagu ni kat tempat macam ni, semangat patriotik sungguh..kami pun berhenti jugalah..kemudian sambung berjalan..ada gate tepi hotel tu, masuk dengan selamba ke dalam bangunan hotel, lalu depan restoran hotel, shops gallery, reception counter dan keluar ikut pintu utama hotel..dah sampai ke Sukhumvit Soi 22. Restoran Usman ni terletak di jalan ni.
Sebenarnya, laluan ni short-cut untuk ke Sukhumvit Soi 22, kalau nak ikut jalan raya, memanglah jauh. Ramai Thais yang guna short-cut ni, dan hotel tu pula macam tak kisah je..pak guard kat gate hotel tu pun siap suruh kami lalu ikut dalam hotel..FYI, gate tu tutup pukul 9.00 malam..
Sampai di depan hotel, pandang ke kiri akan nampak signboard Usman, masuk lorong sebelah hotel and tadaa..jemput masuk..kecik je restorannya..adalah lima meja..
|
Usman restoran |
|
Dekorasi dalaman restoran |
Dalam restoran ni, semua waiter/waitress cakap Melayu..order tomyam goong (udang), ikan kerapu masak tiga rasa, somtum (papaya salad) dan tahu/taugeh goreng. Desert - pulut mangga. Memang sedap dan lain sikit dari masakan Thai di Malaysia..authentic Thai cooking..
|
jemput makan |
Restoran Usman ni famous dengan pes tomyam, harga THB80 satu bekas - beli dua je..ada seorang pekerja tu explain macamana nak masak guna pes ni, boleh buat nasi goreng tomyam juga. Lepas tu dia suggest kami tapau nasi goreng tomyam pula,...hee..dah kenyang sungguh..dinner THB800++ and pes tomyam THB160..di Thailand, GST dah dikenakan, so makan kat restoran macam ni, memang kena tax..
|
belum try lagi |
Berjalan balik ke BTS, ikut laluan short-cut tadi and off to Siam station. Jalan-jalan di Siam Paragon..ada event launching new product..orang sangat ramai, sangat happening..
|
Siam Paragon |
Turun ke supermarket, beli buah limau mandarin dan preserved pomelo (kulit limau bali/tambun), bukan buahnya,..Thai memang terkenal dengan preserved fruits..
|
sedap dimakan begitu saja |
Nak balik, dah tak larat jalan, naik BTS ke National Stadium. Balik hotel and zzzz.
Wah membangkok pulak ye... Dulu pernah ke sini tapi menginap di kawasan Silom. Ada restoran Muslim depan hotel dan masjid di belakangnya...
ReplyDeleteseronok nye dapat mengembara ke negara laen.....
ReplyDeletesyoknya.... pergi berapa orang ni???
ReplyDeleteYa rabbi.. terliur tengok makanan kat restoran usman tu.. ;D
ReplyDeleteTomyam dia tu nampak menarik..
jalan2 lg yer nohas...seronoknya luaskan pandangan n kutip pengalaman.....
ReplyDeleteSalam tuan rumah wah pi bangkoklaa.
ReplyDeleteSeronok juga pergi bangkok ni cuma dari segi makanan susah sikit nak dapat yang halal. Tapi shopping memang best sebab murah... hehehehe apa-apa pun enjoy
Syoknya jenjalan... kalau berani dan bijak walau sendirian berhad tak guna agen pasti lebih seronok sebab boleh suka-suki tak ada siapa nak tentukan masa pada satu-satu tempat..
ReplyDeletebestnya...pg floating market
ReplyDeletePak Lang Mie,
ReplyDeletePegi yg dekat dan murah lagipun tak pernah gi Bangkok..ada terbaca di kwsan Silom, ada Masjid Misarudeen.
penyisir rambut,
baru ada sedikit keberanian utk mengembara, Alhamdulillah, ada internet, rasa confident sikit..
zana,
pegi dua orang dgn my sister, seronok jg Bangkok..
acik idah,
authentic Thai cooking..tomyamnya campur susu..paste buatan sendiri..
paridah,
ReplyDeleteAlhamdulillah, diberi kelapangan dan kekuatan utk mengembara di bumi Allah..
norati,
w'salam..memang seronok gi Bangkok. Ada byk restoran halal, tapi kena cari..shopping memang best di sini, melimpah ruah org menjual..
Kakzakie,
kena berguru dgn internet..ya, betul tu, lebih flexible kalau pegi sendiri..
Fatahiyyah,
ya, pegi floating market yg kecik kat Bangkok saja..
tak sangka kat bangkok ada macam2. macam lg up to date dr mesia je
ReplyDeleteeira eixora,
ReplyDeletesaya pun tak sangka..shopping malls di Bangkok lagi trendy, up to date dan ada specialty stores yg tiada di m'sia..
themed shopping mall tu kat mana ek?? dulu masa di Bangkok memang terlupa nak cari Mall nie..
ReplyDeleteUsman Restoran tu mmg nampak menarik.. :D
TT,
ReplyDeletethemed shopping mall tu dekat Asok BTS station dan Sukhumvit MRT station.
salam..boleh tak nak tahu harga hotel semlm?
ReplyDeletew'salam..book via agoda dpt RM100 semlm..
Deletealaa..baru tahu sis Nohas ke sana...pergi bln julai ri tu x refer sini sbb x tahu...
ReplyDeleteada rabbit card? adakah lebih berbaloi dari beli one day pass ticket tu....one day pass tu THB140 so leh lenjan seharian...nak turun train berpuluh kali x kira jauh or dekat its cost THB10....hari tu JM guna THB90 je sehari....itu semua stesen JM stop
rabbit card tu mcm T-money, takde diskaun, cuma takyah beratur beli tiket..walaupun THB200, tapi ada pulak deposit THB50, harga kad THB50 lagi, tinggal THB100 je..kena topup byk kali jg, tapi oklah, total transport kos eepjg di sana, lbh kurang RM50 je..
Deleteone-day pass tu lagi berbaloi kalau travel satu hari..lg jimat..
Tom Yam di Bangkok mmg TERBAIK!!! tak tahu pun lokasi kedai Usman ni...next trip nk try mkn kat sini lak hiksss
ReplyDeleteya, betul..walaupun lain sikit, ada bubuh susu, tapi sedapp..ohh..ada next trip ya..hehe..
Deletebest la themed shopping mall tu...
ReplyDeletememang best, lain sikit..
Delete