Sunday, 21 February 2016

Kerana Jokkmokk

dua malam aku jadi tukang perabut..hehe..tukanglah sangat. 

Setakat pasang meja dan kerusi ikut manual yang dibagi, sonang gitu tapi stress juga.  

Inilah akibatnya beli perabut IKEA. Ikut citarasa my sister lah ni..asyik, asyik IKEA. Seperti biasalah, perabut IKEA style 'ready-to-assemble'. Kalau saya, lebih senang beli di kedai perabut biasa, order, bayar, balik rumah, tunggu lori datang hantar barang, terus boleh guna.

Nak kelainan, nak design yg moden, so Ahad lepas, ke IKEA Cheras. Misi mencari meja makan..

customer-friendly, takyah nak tolak troli hingga ke kereta
cuma tunggu kenderaan di sini untuk loading barang2 belian 

masih lagi mood CNY

Jalan-jalan di IKEA memang ralit tengok furniture display..salah satu yang ni..tema black & white..


Trademark IKEA ialah warna-warna perabutnya yang polos atau 'nude' colours seperti hitam, putih, beige, warna-warna asli..yang tahan sepanjang zaman..timeless..

Misi mencari meja makan pun bermula..campur, tolak, darab, bahagi..akhirnya ambik yang ni..Jokkmokk...satu meja dan 4 kerusi. Cari kat gudang, semuanya diisi dalam satu kotak, bayar dan terus dibawa pulang.  Sebenarnya, IKEA ada servis hantar ke rumah, tapi memandangkan esok semuanya kerja. takde sapa kat rumah, so bawa balik sendiri..

Nak mengangkat kotak ke tingkat satu, memang hazab..tapi Alhamdulilah, dapat diharungi jua..

Isnin malam, lepas balik kerja, mulalah aktiviti bertukang..my sister dah start pasang meja..

buku manual dan segala mak nenek skru

meja dah siap dipasang

so, sekarang tinggal pasang kerusi pulak....buka buku manual, ada step-by-step instruction..pengalaman pertama pasang kerusi sendiri..

manual

komponen kerusi
cara-cara memasang skru untuk tempat duduk

kerusi dah siap, nak pasang skru kat tempat duduk

gaya pro..hehe..poyo

berjaya..semuanya dah dipasang skru
bolehlah tukar profession lepas ni..hehe..

Pasang satu kerusi tu je..hihi..sebab stress. Malam Selasa sambung baiik. 

Akhirnya..Jokkmokk..
ala-ala countryside Sweden..hehe..

Fuhh..lega..dah siap. So siapa-siapa yang datang ke rumah saya, silalah duduk diatas kerusi hasil pertukangan tangan, tulang empat kerat saya ni ya. Handle with care, ok. Bagi mereka yang macam tak berapa nak confident, bolehlah bersila di atas karpet..hihi..  

Till then, enjoy your Sunday..

38 comments:

  1. Wah..hebat tu, boleh pasang sendiri.
    Saya pun minat perabot Ikea, ala2 modern gitew. Tapi yang cawangan Cheras belum sempat nak pergi lagi..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah, ikut step-by-step instruction..itupun stress giler..hihi..perabot ikea ni lain sikit design dia kan, swedish design..

      Delete
  2. saya ada juga beli perabotpasang sendiri tapi beli di Giant . Kabinet tv tahan sampai sekarang . berat wpun kosong . Kabinet baju lak , dah nak roboh ... mmg stres masa nak pasang lagi lah bila nak pasang . nasib baik my kakak tolong ... mana lak dtg kerusi ke 5 tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. stress kan walaupun pasang siap..kerusi ke-5 yg lama punya, sayang lak nak buang..

      Delete
  3. Wah tera juga nohas ni... hehe

    Perkataan zon punggahan lebih sesuai rasanya banding zon pungutan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. stress jg nak pasang ni..hehe..kt m'sia, zon punggahan lebih kpd 'punggah keluar dari kenderaan'..yg ni pungut brg2 belian masuk dlm kereta..lebih kurang sama jg kan..

      Delete
  4. Amboi! makan lebih selera ni No
    Menariklah.. kakak pun terpikat tau:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. menambah selera..hihi..apalagi kak, sambar satu, senang nk bawak balik JB..order online pun boleh..

      Delete
  5. tabah betul pasang perabot,tp berbaloi hasil kerastangan tu,cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bertabah, stress jg..tu yg ambik masa sampai dua mlm nak siapkan..ok jg Jokkmokk..

      Delete
  6. Wahhhhh, hebat boleh pasang sendiri. Menariklah......... lepas ni boleh pula beli utk kitchen cabinet pula..... hehehe.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. stress nk memasangnya..hihi..kitchen cabinet, surrender, kena panggil org pasang kan..hehe..

      Delete
  7. Suka tenguk contoh2 deko hiasan rumah yang sempit tapi cantik hiasan dalamannya dengan perabut IKEA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantikkan contoh deko yg display kt IKEA..pandai depa tarik customer utk beli..

      Delete
  8. RAJIN NOHAS PASANG MEJA/KERUSI SENDIRI PANDAI JUGA KEMAHIRAN HIDUP ELOK KEMASNYA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut betul2 manual..in shaa Allah, jadi..

      Delete
  9. kalau kaknoor mmg serender ni bab pasang2 ni salute!!! lah kat nohass

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut manual, in shaa Allah, takkan tersasar..manual dia detail, ada gambar lagi..

      Delete
  10. wah hebatnya!
    If it's me, tengok manual je dah pening :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde lah hebat mana..hihi..manual dia menarik..ada byk gambar..

      Delete
  11. Moden taste Nohas, tula nak pasang tu bukan senang kualiti kayu jadi berat juga kan.. singgahkan tema hitam putih tu cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg berat nak angkat kotak yg besar..yg tema hitam putih tu menarik..moden design..

      Delete
  12. Wah, kagum betul saya! Saya setakat pasang rak buku cenonet biasa tu lepaslah, kak. Itu pun jenuh sampai menggigil tangan. Hebatlah! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. letih & stress jg nak menyiapkan semua ni..takdelah hebat mana..semua ikut manual..

      Delete
  13. Wow cayala sis pasang sendiri tuu *thumbs up* :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..bersusah-payah jugalah nk menyiapkan..

      Delete
  14. Saya kalau masuk ikea rambang mata... tapi selalu bawak balik yg kecik2 je... hahhahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau gi ikea, mesti ada je brg yg dibawa balik kan..menarik brg2 nya..

      Delete
  15. Hihihi... comel... rumah sy pun mmg bnyk brg ikea... tp abglg yg pasang... sy pasang sekerat jalan je... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. stress jg pasang2 perabut ni..rasa nk hempas2 je..hihi..

      Delete
  16. Sy pun sama mcm akk... lbh opt utk bli kt kedai perabut... hihihi... x yh pening2...

    Tp recently ni kualiti produk dr kedai perabut amat buruk... pintu almari tercabut... katil pun blh patah x sampai brapa bulan... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. perghh..sampai tercabut pintu, patah katil..dasat, dasat..mmg tk berkualiti...beli perabut ikea, ok jg..

      Delete
  17. uish kemain nama prabut tu ehehe.. akak pegi ahad CT pegi sabtu.. tapi pegi konon nak makan je menyambar jugak dua tiga barang. bahaya tau IKEA ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Swedish name..hihi..mmg bahaya IKEA ni, mula2 rasa tak nk beli apa2, mesti tersangkut jg dua tiga brg, sbb brg2 nya menarik..

      Delete
  18. laaaa tu ke jokkmook nye..ingatkan sejenis kuih

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!