Assalamualaikum semua, kembali bersiaran..
Alhamdulillah, episod 'jiwa kacau, pecah kepala' dah berlalu, cuti sakit 2 minggu, semua kerja cramped dlm masa 2 minggu, mengejar dateline. Report dah dihantar hari Isnin aritu, 8.30 malam pi panjat bank rimau, hantar softcopy dlm CD, pheww..(kuasa veto boss, nak settle kan mlm tu jg)..
selamat datang ke menara maybank
Masa bertenang, baru nak update blog..hihii..well, what's forty @ Shangri-La?? Nak habaq kat hangpa semua, company tempat saya kerja, dah berumur 40 tahun...*doom..domm..percikan bunga api*..
Ditubuhkan pada 19 Julai 1976, from humble beginning dengan tiga orang pekerja (termasuk chairman & his late wife), Alhamdulillah, sekarang dah ada cawangan di seluruh negeri Malaysia. In shaa Allah, cawangan di Perlis akan beroperasi tak lama lagi, dan juga affliates di luar negara.
Dan sambutannya diadakan pada 19 Julai, bulan lepas di Hotel Shangri-La...tengah stress2 buat report, dikerah gi hotel, tunjuk muka, makan2 & mingle2 with ex-staffs, bankers, kliens..
mingle2 di luar dewan
ada pameran hartanah di Australia
Jom masuk..feel the beat..
cocktail style
Masih lagi dalam bulan Syawal - consider 'dual-celebration', sambutan majlis hari raya sekali...ada lemang, ketupat, rendang..
lemang & rendang tok
ketupat nasi & ketupat palas
kudap-kudapan
Takde agenda khusus event ni, cuma ucapan dari Chairman dan tayangan montaj video, yang lain-lain, makan dan makan, sembang dan sembang, snap2 photos...Acara santai, oklah, kenal-kenal dengan managers, directors dari cawangan2 lain. Ada live band.
power suara dia
MC for the nite - Datuk Yasmin Yusuf
Tunggu sampai event habiss..tetiba pekerja hotel bawa keluar bekas2 plastik...masa utk 'menapau'..banyak makanan tak habis, company dah bayar, apalagi, bos2 pun turut serta..
menapau di hotel 5-bintang
tiga tingkat - kek keju, rendang tok & grilled beef
kuih-muih tempatan dianaktirikan terbiar sepi..hehe..
Semoga company bertambah maju di masa depan, sampai ke sambutan jubli emas pula, mungkin masa tu dah tiada bersama lagi..uhuk..
Sekian, update kali ni. semoga lepas ni ada masa untuk blog walking, lawat rumah kawan2..cheers..