Tuesday, 29 August 2017

Perginya seorang Insan..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

25.08.2017 

Tarikh keramat. Perginya seorang insan. 
Suami. Ketua keluarga. Ayahanda tercinta. Datuk yang dikasihi.
Menemui Pencipta Yang Maha Tinggi

Bersemadilah Ayah dengan tenang
di Raudatul Sakinah, tempat sementara
In shaa Allah, bertemu kembali di alam yang kekal abadi

"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhoiNya" [Al-Fajr: 27 - 28]

- Al-Fatihah -

Indah sungguh tempat persemadian Ayah, seindah namanya



In Loving Memories, tiada dua..





Wednesday, 23 August 2017

Patisserie Yusuf Usta

Mamamia! Turkish foods in the town..

Sungguh tak disangka, berjalan kaki menyusuri Jalan Tun Tan Cheng Lock, depan Kompleks Kotaraya, mencari teksi untuk balik ke pejabat, terjumpa restoran kecil ni...Patisserie Yusuf Usta...wohaa! restoran Turki..

 
Dari jauh dah nampak roti-roti dalam cermin kaca ni....memang mengancam kalbu...telan ayaq lioq..



macam sedap jer!

Restorannya kecik je dan simple...

 ruang dalam restoran

Jom masuk, kita tengok apa makanan yang ada dijual..menu, please..

by expert's hands - gambar Yusuf Usta kat tengah tu
dia ada berdiri kat tepi, segan lak nak snap gambar dia 

 
macam-macam makanan Turki

Tak tau nak order apa, pakai hentam je..order Lahmacun...


Lahmacun - mcm thincrust pizza dengan salad
melimpah-ruah sampai ke meja

The verdict: memang sedap, inti ayam, tomato 

close-up sikit

Kali kedua makan di sini, sebab ada kerja di Jalan Sultan, so singgah makan, cuba menu lain pulak - Pide Bread.

 perghh..

 penuh dengan keju..terbaikk..

Dari segi harga adalah sikit mahal..ke berbaloi..entahlah..Lahmacun - RM15.00 , Pide bread ni - RM25 rasanya...cukuplah dua kali..

Ada jual baklava dan cookies juga..

  pistachios baklava



beli kuih yang dibawah -cinnamon apa ntah, sedap giler
harga RM4.00..

Overall, bolehlah sekali-sekala mencuba authentic Turkish foods...recommended..

Thursday, 17 August 2017

Chinlone = sepakraga bulatan?

Semangat sukan SEA!!!

Acara sukan Chinlone -penyumbang pertama pingat emas negara.

Pagi semalam tertengok tv kat pejabat, menarik lak game ni, first time tengok...

 team chinlone Malaysia
 
Ofismate yang lain pun sama berkumpul depan tv, diskus game apa ni,  ada yang kata sepak takraw, ada yang kata sepakraga, rupa-rupanya chinlone..

Masa sukan SEA tahun 2013 di Myanmar, dah ada game ni dipertandingkan. Chinlone ni rupanya permainan kebangsaan/tradisional negara Burma/Myanmar.

Dalam artikel online, depa cakap Chinlone ni sukan baru di Malaysia, tapi rasa macam dah lama ada..sama macam sepakraga bulatan, permainan tradisional zaman dulu kala..

Dapat info ni dari blog permainan tradisional -http://permainan-tradisional-08.blogspot.my 

Sepak Raga Bulatan
Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.

Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

 
Cara Bermain
 

Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

Lebih kurang sama dengan sukan Chinlone, kan, kan.  

Ada banyak kategori game Chinlone - linking chinlone, non repetition primary dan non repetition secondary. Macamana permainannya, jom check jadual sukan SEA. Yang diatas tu linking chinlone..cool je depa timang bola. 

Tahniah untuk semua pemain. Majulah sukan untuk negara.

Wednesday, 9 August 2017

40rty @ Shangri-La

Assalamualaikum semua, kembali bersiaran..

Alhamdulillah, episod 'jiwa kacau, pecah kepala' dah berlalu, cuti sakit 2 minggu, semua kerja cramped dlm masa 2 minggu, mengejar dateline. Report dah dihantar hari Isnin aritu, 8.30 malam pi panjat bank rimau, hantar softcopy dlm CD, pheww..(kuasa veto boss, nak settle kan mlm tu jg)..

selamat datang ke menara maybank


Masa bertenang, baru nak update blog..hihii..well, what's forty @ Shangri-La?? Nak habaq kat hangpa semua, company tempat saya kerja, dah berumur 40 tahun...*doom..domm..percikan bunga api*..
 
Ditubuhkan pada 19 Julai 1976, from humble beginning dengan tiga orang pekerja (termasuk chairman & his late wife), Alhamdulillah, sekarang dah ada cawangan di seluruh negeri Malaysia. In shaa Allah, cawangan di Perlis akan beroperasi tak lama lagi, dan juga affliates di luar negara.

Dan sambutannya diadakan pada 19 Julai, bulan lepas di Hotel Shangri-La...tengah stress2 buat report, dikerah gi hotel, tunjuk muka, makan2 & mingle2 with ex-staffs, bankers, kliens..
 
 mingle2 di luar dewan

 ada pameran hartanah di Australia

Jom masuk..feel the beat..

cocktail style

Masih lagi dalam bulan Syawal - consider 'dual-celebration', sambutan majlis hari raya sekali...ada lemang, ketupat, rendang..

 lemang & rendang tok

ketupat nasi & ketupat palas

kudap-kudapan

Takde agenda khusus event ni, cuma ucapan dari Chairman dan tayangan montaj video, yang lain-lain, makan dan makan, sembang dan sembang, snap2 photos...Acara santai, oklah, kenal-kenal dengan managers, directors  dari cawangan2 lain.  Ada live band.

power suara dia

 MC for the nite - Datuk Yasmin Yusuf

Tunggu sampai event habiss..tetiba pekerja hotel bawa keluar bekas2 plastik...masa utk 'menapau'..banyak makanan tak habis, company dah bayar, apalagi, bos2 pun turut serta..

menapau di hotel 5-bintang

tiga tingkat - kek keju, rendang tok & grilled beef
kuih-muih tempatan dianaktirikan terbiar sepi..hehe..

Semoga company bertambah maju di masa depan, sampai ke sambutan jubli emas pula, mungkin masa tu dah tiada bersama lagi..uhuk..

Sekian, update kali ni. semoga lepas ni ada masa untuk blog walking, lawat rumah kawan2..cheers..