Tuesday 18 June 2024

Yogyakarta : Batik Pramugari | Taman Sari Keraton

Dari Keraton, kami menaiki beca motor ke Taman Sari. Kami mau aja terus ke Taman Sari tapi bapak beca beritau mau bawa keliling² dulu. Pergi ke tempat² wisata untuk belanja cenderahati..nak tak nak, ikut je lah..

keluar dari kawasan Keraton
 
Laju je naik beca motor, angin berhembus. Melihat kawasan perumahan disepanjang jalan utama..cantikk..
 
Kampung Panembahan
 
Kampung Gamelan
 
Bapak beca stop di Batik Pramugari. Cantik tempatnya
 
Butik Batik Pramugari
 
Kami dibawa melawat di tempat mencanting batik di bahagian luar bangunan
 
proses membuat batik
terma-terma tu tak tau apa maknanya, teka ikut gambar je
 
ibu² sedang mencanting batik
 
bapak beca pun sama beri penerangan
 
Jom masuk ke dalam bangunan pula
 

bahagian verandah
 
bahagian jualan & pameran
 
Semasa kami masuk, ada satu keluarga dari Malaysia sedang membeli batik. Cantik² batiknya, jenis kain sejuk..kami beli 2 pasang kain batik..
 
kain batik yg dibeli
 
Selesai membeli batik, bapak beca bawa ke butik kaos pula, yang menjual T-shirt khas Jogja. Entah tak berkenan pula, design tak menarik, tak beli sehelai pun. Meneruskan perjalanan ke Taman Sari.
 
Taman Sari dahulunya ialah taman diraja dan dibina pada kurun ke 18. Asalnya ada 4 bahagian Taman Sari tapi sekarang cuma tinggal kompleks permandian utama (central bathing complex). Lokasinya 2km ke selatan Keraton Istana.

Ada entrance fee..tak ingat berapa..

east gate - Gedhong Gapura Panggung
entrance yang lawa

masuk sini

jumpa Umbul Pasiraman - kawasan kolam mandi ni
cantik untuk OOTD..
 
menara tu tempat sultan melihat gundik² dia bermandi-manda

posing² saja di sini 

bergerak keluar, sampai di kawasan ni

the western gate - Gedhong Gapura Hageng
masuk juga pintu tu, tapi takde apa dalam nya
so, lawatan Taman Sari tamat di sini saja
 
Beli air kelapa, hari panas lit-lit..tiba-tiba, petugas Taman Sari panggil masuk ke penjuru belah utara, ada satu opening. Ramai local yang masuk, kita pun ikut je..rupanya aktiviti berjalan-jalan di kawasan kampung wisata dipanggil Kampung Taman..menarik kampungnya..
 
Bersambung..berjalan-jalan di Kampung Taman..

22 comments:

  1. tengok ibu2 tu canting batik pun nampak cantik coraknya...mahal x sis harga batik kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan jg harganya...mungkin sbb lukis tangan..

      Delete
  2. Cantiknya Taman Sari, umpama namanya, hehehehe. Batik pramugari tu, mula² ingatkan dia jual batik khas pakaian pramugari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kan...gaya tradisional jawa...mungkin ada kaitan dengan pramugari..

      Delete
  3. cantiknya batik batik contengannya...

    ReplyDelete
  4. nampak cantik batik contengannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik tapi kena hati2 ada yg gambar haiwan..gambar burung merak..

      Delete
  5. Cantik batik...Boleh tengok sikit..corak apa yang dipilih tu.. ? Hehee.. Teringin pulak pergi sana 🤩

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk dah update...dh letak gambar batik yg dibeli...kain batik sarung...

      Delete
  6. cantiknya binaan keraton lama

    ReplyDelete
  7. Amboi.. Siap ada menara khas utk intai gundik mandi yer.. :)

    Dah aktif blog balik rupanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. skodeng bini sendiri...ramai kot...haha...ha'ah..dah aktif lama dah...

      Delete
  8. Kalau pergi tempat proses batik, memang akan ralit je tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..seronok tengok depa mencanting..

      Delete
  9. Nama butik ni Batik Pramugari sebab dieorg design batik utk pramugari Garuda Airlines ke? Sekarang ni batik dah makin popular kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti..kami pun tak bertanya...batik Indo lain kan dari batik Malaysia..

      Delete
  10. Eeeiiii gatalnya.. ada tempat tgk gundik gundik bermandi manda hahaha... Untung bila dpt bapak beca mau bawa jalan pusing2 bgi mmbli cenderahati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai kot gundik dia...bapak beca pun dapat komisyen bila kita beli barang...kitaorang sebenarnya tak nak, nak terus gi tamansari...

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!