Assalamualaikum semua..
Kisah pada petang 17 Julai 2024, selepas habis conference di Hotel Royal Signature, Bukit Bintang. Hotel dah dekat dengan Jalan Alor, seberang jalan je. Sebelum balik ke rumah, tetiba rasa nak pi Jalan Alor, nak check out tempat yang femes dengan tourist dari seberang..asyik fyp je di tiktok.
Entahlah, bila dengar Jalan Alor je, perasaan tu rasa semacam je..mungkin dah sinonim dengan tempat makan orang Cina dan tempat 'red light district'..
Jom kita ronda-ronda Jalan Alor, tengok apa yang ada di sana, di sana..
suasana di sebelah kanan,
selepas keluar dari lorong dari Jalan Bukit Bintang
Jalan Alor dah jadi pedestrian street
ok, kita jalan sebelah kiri dulu
dipenuhi dengan kedai makan dan gerai jual makanan Thai
Thai street foods
Tiger tu bukan biskut tiger ya..haha..
Ku lihat restoran bercampur-campur, tak sure halal ke tak, ada Restoran Kuning yang jual ikan bakar, pekerja nya approach, tunjuk-tunjuk menu..
Ada gerai yang jual pelbagai menu..
gerai dessert Thai - suka tengok mesin pengisar ais tu
ada red ruby, yg lain x kenal
gerai yang menjadi tumpuan ramai tudia..black thorn @ duri hitam ais krim kelapa & tanghulu ramai juga yang jual ni- marshmallow ice-cream
Ok, kita ke Jalan Alor disebelah atas pula, belah kanan banyak kedai makan cina.
kita cuma survey gerai-gerai di sebelah kiri
beli ni je - buah nenas + buah mangga/kedondong
Rata-rata yang berjualan di gerai-gerai semuanya warga asing
-----------------------------------------
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita barang
perniagaan dan memindahkan halangan milik 16 penjaja di sekitar Jalan
Alor, Bukit Bintang, Rabu lalu (26.7.2024)..
DBKL dalam kenyataannya berkata, operasi itu dilaksanakan melalui
Jabatan Penguatkuasaan serta pejabat DBKL cawangan Bukit Bintang serta
Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan.
"Hasil daripada operasi yang dijalankan, penjaja dikenakan
tindakan sita serta-merta di bawah Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja
(WPKL) 2016 yang membabitkan 15 penjaja warga asing tanpa lesen
perniagaan yang sah serta seorang penjaja warganegara dikenakan notis di
bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974"
DBKL dalam kenyataan sama berkata tindakan dan pemantauan di lokasi tumpuan yang sudah dikenal pasti akan diteruskan.
sumber: Berita Harian
semua kena angkut
Memang kena pantau kawasan ni, kalau tak..patah tumbuh, hilang berganti..dah banyak kali DBKL buat operasi di sini..memang tak serik-serik mereka ni..
...........................
Pernah ke area ni pada tahun 2018. Cerita menarik di Jalan Alor Backstreet, sila baca entry Jalan Alor @ Bukit Bintang..