Tapi apa kaitannya??..meh nak story..
Pagi semalam, pergi ke Damansara Heights, kat area Jalan Dungun/Jalan Gelenggang, nak ambik gambar bangunan, hal kerja. Kawasan ni kena pergi time cuti-cuti macam ni, kalau tak memang sesak giler, nak snap gambar pun susah.
Bila dah sampai di sini, terus melencong ke Taman Tun. Hajat hati nak ke restoran Turki yang pertama di Kuala Lumpur, Turkish Cafe Istanbul. Ini sebenarnya penangan makan di restoran Turki di Ho Chi Minh city itu hari, masih terasa sedapnya moussaka dan roti pide...edisi mengidamlah ni..hihihi..
Turkish Cafe Istanbul
No. 12, Jalan Wan Kadir 1, Taman Tun Dr Ismail, KL
Cafe ni letaknya di belakang pasar moden Taman Tun. Hari cuti, parking sangat mudah dan percuma. Parking di tepi jalan saja. Jom masuk..
tempat Red Indians - berasap
(seperti kata jiran saya..hihihi)
interior - minimalist, tak sarat
yg berdiri tu tuanpunya restoran, wife dan anak2nya
makanan dalam tin dari Turki
Apa yang best di sini? Turkish foods, offcourse lah. Signature dishes - kebab, Turkish pizza, Turkish breakfast dan traditional Turkish coffee. Turkish nasi mandy pun ada. Order Iskender Kebab dan teh delima (pomegranate).
lampu turki
harganya
ok, makanan dah sampai, jom kita bersantap..iskender kebab..
ada kepingan daging dan roti yg dipotong-potong
disiram dengan kuah tomato berherba
ditambah dengan yoghurt masam dan
cili hijau dan tomato dibakar
Well, first time makan kebab macam ni. Dalam menu takde gambar, so tak dapat bayangkan iskender kebab tu sebegini rupanya.
kebab versi berkuah
The verdict - yoghurt tu
memang masam, makan sikit je, terus abaikan. Daging tu ok, sedap, cuma
roti tu saja sebab dah terendam dalam kuah, jadi kembang, nak habiskan
rasa muak juga, banyak pulak rotinya. Ditambah dengan kuahnya yang sedikit
masin tapi herbanya just nice.
Harga dah termasuk GST: iskender kebab - RM21.00; teh delima - RM6.00
Sesiapa yang nak try makanan Turki, bolehlah singgah di sini.
--------------------------------------------------
Sebenarnya tak berapa ingat alamat restoran ni, cuma tau Jalan Wan Kadir saja. Mula-mula tu melilau juga mencari, parking kereta, jalan kaki ke Jalan Wan Kadir 3, ke arah Plaza TTDI, nampak Hero Supermarket. Tetiba di sebelah kanan, nampak ni..
outlet tudung Naelofar
Wahh..ada Boxing Day sales dari 25 hingga 27 Disember. Patutlah kiri kanan Jalan Wan Kadir 3 tu bersusun dengan kereta. Sesak sungguh di jalan ni..jom kita singgah tengok..
mak aii..kena beratur, punyalah panjang barisan
sampai ke bangunan sebelah
ramai betul peminat naelofar ni
Takleh jadi, makan pun belum lagi, nanti pengsan pulak. Terus google, cari alamat Turkish Cafe Istanbul. Dah makan, datang sini balik. Dah kurang orang, tapi kena beratur juga, takdelah panjang barisannya, nampaklah rupa paras Naelofar butiknya.
dah semakin hampir
yeayy..dah dekat, siap tayang harga runtuh
Kenapa saya terjebak dengan tudung Naelofar pulak ni? sedangkan saya tak pakai pun tudung ni..huhuhu..ini kes pergi Ho Chi Minh tu lah. Ho Chi Minh lagik.
Masa kat HCM, dah beli berhelai-helai tudung Naelofar ciplak kat kedai Rohani, semuanya orang punya. Hari ni nak tengok tudung Naelofar yang original pulak..whatsapp kat kakak, dia suruh survey tengok harga..
huhu..ramainya orang, dah macam sauna
tapi tak pedulik, cari, gali, capai
kerumun..yg lelaki sorang tu photographer rasmi
ahkak beli yang ni je dua lai, yang terus sarung, takde lilit
apatah namanya, babes & basic
sangatlah babes bila memakainya..terbaik
dari RM53 turun ke RM20
adalah adik Naelofar, yg duduk tu mak dia
Naelofar mana?? diakan takde kat Malaysia masa ni..
the end...dah keluar takleh masuk semula
kalau nak masuk balik, kena beratur lagik
Itulah ceritanya..tiada kaitankan..hehe..have a nice weekend..
Memang runtuh harganya tu nohas.. dari rm58 runtuh ke rm20.. kalau akak mau sambar 5 helai hahaha
ReplyDeleteRangkus sungguh akak ni ;)
yg design lama mmg murah harga nya..cuma kaler je kurang kenan sikit..ramai kak, yg beli bertimbun-timbun..takut nengoknya..hihi..
Deleteteringin nak merasa makan di situ.. tp jauh lah gamaknya..
ReplyDeletedkt je dgn One Utama..satu jln..
Deletehihihi... okeh, nak kebab daging je, lampu arab RM1k dan tudung naelofar tu taknak :p
ReplyDeletedaging kebab tu mmg sedap..lampu tu cantik tapi harganya..hmm..tudung naelofar cantik2 jg..kalau pakai leh jd comei cam naelofar...hihihi..
DeleteHaha... ku ingat kn sis nohas dh p turki td...
ReplyDeleteBaru nk fefeeling sedih sbb kna tinggal.
Hihihi
ada orang tu baru balik dari 'kampung'..gi kpg sebelah 'NZ' lagik..kita tengok gambo je lahh..hihihi..
DeletePerhhhh rm20 je...
ReplyDeletePatut lh berebut2...
Hadoiiii rugi nya td x beratur...
Lalu dh dpn tu
dah lalu depan tu?? kalau beratur tadi, in shaa Allah, leh jumpa..yg design lama, harga murah jg..
DeleteBestnya! Kalau dah murah macam tu memang berbaloi-baloi!
Deleteberbaloi jg beratur..hihihi..
DeleteDik lopa kita pun ber boxing day juga ke... hihihi...
ReplyDeleteDia buat boxing kt kl...
Dia p boxing kt NY...
Comel kan...
Memberi dan menerima...
dia ada kt NY masa ni..lg hebat boxing day di sana..
Deletegempak neolafar......... berbaloi beratur dapat juga RM 20.
ReplyDeletesecond time pegi tu, pendek sikit barisannya..berbaloi jg..hihi...
DeleteCamtu rupanya kebab berkuah. Ingatkan kebab yang biasa tu. Jom pi turki mesti lagi best kut makanan turki
ReplyDeletedlm menu takde gambo..jom,jom..JJCM ke Turki..lebih authentic..
Deletesakan nak beli tudung pun beratur ya...hebatnya penangan nama nelofa...
ReplyDeletesaja join the fun..hehe..last2 terbeli juga..hihi..
Deletemenariknya kebab berkuah tu sis... harga pun tak la mahal sgt makan kt situ...
ReplyDeleteperghhh berpeluh nak berbaris tu... tp klu dah masuk seronok la yer dapt grab yg sale...
kurang sikit kebab ni, sbb rotinya dh terendam dlm kuah..jenuh nk perabihkan...masuk dlm khemah, berpeluh menggali..ada aircond tapi org ramai betul...
DeleteBunda belom ada lagi koleksi tudung neelofar...nak jugak merasa selai nanti..
ReplyDeletesaya pun baru nak pakai tudung ni, beli yg simple je, takde belit2..hihi..kalau takde sale, tak beli kot, mahal bebenor yg ori..
DeleteKeuntungan Nilopak skrg cecah 50 juta... perghhhh... Mak cik kayooo...
ReplyDeleteperghh..jutawang..kayoo2..
DeleteAda kaitanlah tu sebab lokasi dekat
ReplyDeleteTakut pengsan makan dulu baru selongkar tudung haha...
dua2 kedai di lokasi dekat2..masa first pegi tu, panjang nau barisannya, lepas tu tak bergerak-gerak..dah le lapo masa tu..
Deleteberbaloi beratur panjang..banyak turun harganya dari rm55 ke rm20
ReplyDeleteok juga harganya...sib baik beratur tak lama..hihi..
Deletesalam pagi nohas.
ReplyDeletew'salam, kak PI..
DeleteMenariknya cafe tu. Nanti nak cuba makan kat situlah :)
ReplyDeletemenarik utk dicuba..
DeleteHi perkongsian menarik, done follow, follow me back :)
ReplyDeletethanks, dah follow..
Deleteassalam nohas..selamat tahun baru 016 semoga putihnya lembaran yg dihampar dipenuhi catatan biru...
ReplyDeletew'salam..selamat tahun baru, kak...semoga tahun ni lebih baik dari sebelumnya..
Deleteowh , sis klu bab tudung .mmg tak ikut trend just pakai apa yg sesuai dgn baju dan beli mana yg berkenan di mata ... hehehee
ReplyDeletesaya pun tk ikut trend, beli yg design lama, pakai sarung je..takde yg belit2..
DeleteMakanan Turki? Beras balit dalam daun tu pun turkish dish kan, epal tea? Terasa dibibir pulak. Ok pasar yang fua tingkat tu ke. Macam familiar tapi tak sure hehe.. btw kebab tu look good
ReplyDeleteberas balut dlm daun? sushi kot..pasar moden dua tingkat kt Taman Tun. daging kebab tu sedap, yg lain kurang sikit...
Deletekalau hh glamour kan kak Nohas...buat tudung pastu jual atas jenama sendiri mesti laris kan..cer kalau JM yg jual tudung desing sendiri belum tentu ada org nak beli hehehe..kalau leh dpt RM20 sehelai..murah sgt tu
ReplyDeletetudung fareeda, ariani femes jg, walopun bukan artis..JM pun boleh jg..yg penting design, kualiti bagus..cer jual online mesti ada orang beli..
Deleteyg design lama dapatlah doploh hengget..tapi ok jg, pakai sarung je, sgt mudah utk travel..hihi..
wah dah kenyang gi shopping,untungla ada sale..kalau saya pun grab tudung sarung juga,bila sale sure harga runtuh,malas belit2,agak-agak kalau g turki asyik nak makan je kot...menyelerakan presentation dishes dia
ReplyDeletekena makan dulu, nanti pengsan lak beratur lama2..hihi..tak sangka dan tak tau pun HQ naelofar kat sini..harga runtuh, tapi kena bersenggol-senggolan nak menyambar tudung..tudung sarung mudah kan..
Deletemakanan turki ni nampak sedap2 belaka, kalau gi turki, JJCM yg lebih kot..hihi..
patutlah diserbu sakan kak.. dari 53 jadi 20.. rambang mata le..
ReplyDeleteharga kebaboom..runtuh..cuma kaler tu kurang kenan sikit, sbb tu beli dua je..
Deleteeh memula nak komen pasal kebab ahaha.. terkomen tudung dlu plak.. ehehe prempuan sngt =P
ReplyDeleteCT rasa makanan arab ni memang semua sedap la.. roti2 diorang pun sedap.. mmg jenis pandai buat2 roti kan..
perempuan dgn tudung berpisah tiada...makanan arab, turki, memang sedap..full of spices..tapi roti yg ni kurang sedap sikit..
DeleteWah..menarik juga ni...kalau ada sale tudung nelofar
ReplyDeletekena beratur tu yg tak tahan..sale 3 hari, kalau gi lambat,habis pulak nanti..
Delete