Sunday 7 July 2024

Merewang & Kenduri Rakyat

Assalamualaikum..salam Maal Hijrah..

Kisah selepas Hari Raya Haji..hari Sabtu, 22.6, ada kenduri masak daging korban. Daging² korban disejukbekukan sebab lembu & kambing disembelih pada hari Selasa. Hari bekerja. Proses penyembelihan dibuat di ladang ternakan lembu di Gombak.

So, hari Sabtu, kita buat majlis sumbangan daging korban dan kenduri rakyat. Masak sendiri lauk² kenduri, so kenalah merewang..dah lama tak merewang..excited²..

Ada 3 menu utama - daging masak black pepper, sup tulang/gear box dan gulai kari kambing. Nasi putih ada yang volunteer masak di rumah. Yang lain ulam-ulaman, sambal belacan, buah tembikai dan air sarsi..

team sup gear box
 
team daging black pepper
 
 
team potong daging
 
team potong tulang
 
kemeriahan merewang
 
chef sup tulang & gear box
 
start masak daging black pepper
daging dah dilembutkan guna pressure cooker
 
dah siap daging black pepper
 
ulaman timun, sambal belacan dan buah tembikai
 
masa untuk makan!!
 

Masa ni kari kambing belum siap lagi

Alhamdulillah...sedap² semua menu..
 
Ada lebih, tapau bawa balik..

34 comments:

  1. Uncle nak join lah... Team makan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Team makan open for all..semua boleh join..hehe..

      Delete
  2. Bestnya rewang-rewang begini. Masak banyak dalam kawah. Dari jauh sudah terhidu aromanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila merewang, kerja jd mudah..ramai yg menyumbang tenaga..ya, betul..dari jauh dah bau aromanya..

      Delete
  3. Sedap betul nampak sup gear box tu... Seronok merewang mcm nie.. Dulu2 masa kecik.. Dekat surau meriah.. Sekarang dah kurang, lagipun tenaga muda dah takde

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedappp...merewang sambil bersilaturahim...samalah dgn kpg akk, tenaga muda dh kurang..tinggal yg veteran² saja..

      Delete
  4. Bagusnya daging korban ni agihkan mentah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sumbangan kpd asnaf semua daging mentah..utk buat kenduri ni, ada yg daging beli..

      Delete
  5. daging black pepper kelihatan sedap sagat kak nohas...banyak bawang bombaynya

    tembikai atau semangka kalau tempat mbul itu menyegarkan...cocok untuk es buah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap...setiap tahun masak daging black pepper...semangka memang menyegarkan...

      Delete
  6. best betul rewang merewang ni.. sambil2 bergosip.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..gosip hal² positif..bertanya khabar..hehe..

      Delete
  7. sonoknya gotong royong merawang sediakan menu kenduri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok kak..kerja jd mudah..boleh cepat masak..

      Delete
  8. Meriah ni….nampak ada yang pakai tudung seragam.
    Saya ni dah lama sungguh tak join rewang 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari pertubuhan yg sama..depa ada tudung seragam...hehe...aktiviti merewang ni, surau yg selalu buat...buat bubur lmbuk, masak² time korban, buat bubur asyura..

      Delete
  9. waahhh meriahhhh syoknya rewanggg!

    ReplyDelete
  10. Ramainya orang yg terlibat aktiviti merewang ni. Seronok bila terlibat dalam kemeriahan macam ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..ramai yg hadir sumbang tenaga..

      Delete
  11. Meriah, bersemangat betul, nampak sedap semua, tula teringin nak join team makan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap² semua menu..Alhamdulillah...kenduri utk semua..

      Delete
  12. Best merewang ni. Tradisi yang hampir pupus dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap tahun merewang time buat kenduri raya korban..

      Delete
  13. Suka join merewang ni. Boleh berkenalan dengan tukang rewang sebelah kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..merewang sambil bersilaturahim..kalau kat surau, dapat berkenalan dgn jiran²..

      Delete
  14. Meriah nya bila kita merewang kan... Rasa pun sedap sbb semua sama2 menjayakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok..semua berganding bahu menyiapkan menu kenduri...

      Delete
  15. Bestnya merewang kenduri ni ..sehari atau dua hari sebelum majlis mesti rancak

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!