Assalamualaikum..sambung port makan-makan dekat Jalan Perak, yang selalu kitaorang pergi time makan tengahari. Kali ni port makan-makan yang panjang, dari susur Jalan Pinang hingga ke Jalan P. Ramlee, dari selatan ke utara..KL Citywalk namanya..
KL Citywalk ni dah lama ada, dah lebih 10 tahun lamanya. Pernah buat entry pada tahun 2014 - Bukit Bintang : Berjalan Kaki
Ada banyak entrance ke sini..yang paling dekat dan mudah ialah entrance dekat Menara Bank Islam.
entrance dekat Menara Bank Islam
terus ke bahagian tengah KLCW
Disebabkan ia panjang, cuma beberapa bahagian je yang berpenghuni. Banyak outlet yang kosong. Bahagian yang paling meriah ialah di bahagian tengah. Kalau lunch time, memang ramai di bahagian ni.
Di bahagian tengah ni ada outlet jual masak lemak salai, nasi arab, pasta, nasi ayam gepuk/penyet dan nasi campur Thai dan juga outlet jual minuman
selalu beratur panjang di sini
nasi campur Thai
Best juga makan di sini, sebabnya terdengar jelas kuliah zohor di surau Menara Bank Islam...dapat juga santapan rohani..
di bahagian utara, ada outlet nasi arab dan warung Jakarta
Bahagian tengah KLCW ni cuma buka sampai lunch time sahaja, petang dah tutup
waktu malam cuma yang hujung-hujung je yang buka, dua-dua jual buah durian
Check it out kalau berada di kawasan ni..ibarat bersaei kalau berjalan dari hujung ke hujung..letih juga lah berjalan..
BANYAK PILIHAN NK JAMU SELERA DI SINI LUAS KWSN NIAGA
ReplyDeleteSeronoknya siapa2 yg kerja dekat2 area ni sebab tak susah cari tempat makan & banyak pilihan pulak tu.
ReplyDeleteBanyak pilihan makanan tu semuanya nampak sedap.
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeleteBanyak pilihan juadah sesedap
Menarik juga ya di sini. Pertama kali juga saya jumpa menu yambing
ReplyDeletebanyaknya tempat makan, sesuai untuk orang muda yang masih gagah berjalan
ReplyDeleteBanyak pilihan makanan yang ada. Siapa rindu daging bakar danok tu bolehlah cuba kat sini. Pasta panas tu mac & cheese dia sedap!
ReplyDelete