Tuesday, 12 November 2024

Drama China : Fake It Till You Make It

Nihao...review drama mainland China..Fake It Till You Make It...business cum workspace cum love drama..14 episod sahaja....

 

Saya suka business drama terutama yang ada kena mengena, bersangkut-paut dengan kerja. Suka drama yang boleh kita cedok information dan pengalaman yang boleh mematangkan kita dalam kehidupan dan juga pekerjaan..

Ini pertama kali menonton lakonan male lead (Elvis Han) dan female lead (Elvira Lee)..sempoi je lakonan mereka berdua..

Drama ni quite heavy on the business theme for both leads dan juga cabaran dalam kerjaya dan perhubungan. Memang kena follow rapat-rapat conversation di pejabat dan juga dalam mesyuarat, kalau tak ke laut dalamlah kefahaman tentang plot drama ni..

 

Drama mengisahkan hero, Xi Ziquan (XZ) seorang investment banker yang juga ketua team. Dia bertemu dengan heroin, Tang Ying (TY) seorang peguam muda. Kedua-dua mereka digambarkan sebagai professional yang sangat kuat bekerja..workaholic tahap gaban.

Scene yang paling teman suka bila mereka bekerjasama bila klien mereka nak menyenarai syarikat untuk IPO (Initial Public Offering). Teringat teman semasa buat kes untuk submission ke Securities Commission (SC), memang selalulah kena berurusan dengan Investment Banker dan Lawyer. 

Memang golongan ni sangat kuat bekerja, sampaikan pukul 12 malam masih lagi hantar emel, hari cuti, weekend masih juga bekerja..memastikan DDWG (Due Dillgence Working Group) dan klien sentiasa di update...

Berbalik kepada drama, malangnya kes IPO terpaksa dibatalkan kerana ada masalah hingga XZ kena letak jawatan sebagai ketua dan jadi pekerja biasa. TY pula berdepan dengan ketua yang toxic. Kekadang kita jadi helpless bila dapat boss yang selalu menekan and kurang memberi tunjuk ajar..

suka tengok dia ni jadi ketua TY

Bila mereka rasmi jadi boyfriend-girlfriend, kedua-duanya saling memberi moral support, buah fikiran dan comfort kepada pasangan masing-masing. Betullah kata orang, sahabat yang buat kita selesa bersama akan membuat kita lebih gembira. Tak perlu nak berlagak diva untuk impress each other. More on matured love..

Ada second couple dalam drama ni tapi ntah tak tertarik dengan kisah mereka...fast forward scene mereka..

A good drama for viewing..

3 comments:

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!