Saturday, 16 August 2025

JJCM di Pantai Dalam

 Salam hari Sabtu...selamat berehat di hujung minggu

Hari Sabtu lepas, pergi ambil gambar kerja di Jalan Bangsar
Bila dah ada di Jalan Bangsar, lajaklah terus ke Pantai Dalam
nak makan nasi kerabu yang viral di sini.. 
sekali tengok barisan...fuhh panjangnya.. 
 
mereka yang beratur
 
malas nak join the crowd, kita pun gi makan di gerai
Nasi Berlauk Kuali Gelegok 

sederet dengan Mok Nab juga

Makan nasi kerabu di sini
 
Ada jual nasi kerabu & nasi dagang 

lauk pauk nasi dagang

bahan-bahan nasi kerabu, ada lemak bakar juga
 
 
 nasi kerabu lauk ayam bakar
harga RM8.50, air suam FOC
 
sedap, bolehlah nak repeat... 
 
Dah makan nasi kerabu, jom cari desert - ais krim kelapa
gerainya di seberang jalan
 
sedap - harga RM5.00
 
di gerai ais krim ni, takde tempat nak duduk, so kita gi gerai
ayam goreng Mus ni, order ayam goreng pula
dapat bubur nasi free, sempena pembukaan gerai ni 
 
Mus Fried Chicken - MFC
 
ayam goreng Mus
 
sedap ayam gorengnya, tak habis makan, kita tapau
tujuan utama nak duduk makan aiskrim  

Nampaknya lain kalilah kita gi Mok Nab ya
kalau hari cuti macam ni gayanya, bilalah nak merasa
nasi kerabu tersohor tu...huhu...
 
 InshaaAllah, one fine day.. 

13 comments:

  1. Spesis Cie la kalau kedai viral beratur panjang memang tak kuasa nak join crowd. Cari la kedai lain yang tak ramai orang.

    ReplyDelete
  2. nampak gambar teringin lah pula makan nasi kerabu..terfikir ada tak di Keningau hahaha...

    ReplyDelete
  3. Rindunya Pantai Dalam.
    Apalah ceritanya sekarang.
    Dulu saya duduk menyewa di situ, waktu belajar di UM.

    ReplyDelete
  4. blogwalking hari sabtu... sambil intai menu yang mencairkan selera hehehe

    ReplyDelete
  5. nanti saya try nasi kerabu mok nab

    ReplyDelete
  6. Umangaiii panjang barisan tu. Tak ada rezekilah nak makan nasi kerabu Mok Nab. Rezeki dapat makan nasi kerabu di Nasi Berlauk Kuali Gelegok. Dapat juga makan aiskrim dan ayam goreng.

    ReplyDelete
  7. Moknab tu memng beratur sokmo..hari2 macam tu

    ReplyDelete
  8. nak makan beratur buang masa kan...la nak cpt semua

    ReplyDelete
  9. Beratur panjangnya mesti sedap.. kalau lalu ke pantai dalam boleh cuba

    ReplyDelete
  10. lemak bakar tu favourite husband sis.. boleh try la nanti kalau balik rumah mak mentua.. dah tak jauh dah.. ^^

    ReplyDelete
  11. Panjang queue Moknab tu, mesti sedap. Alhamdulillah banyak kedai Fried Chicken Muslim lokal sekarang kan.

    ReplyDelete
  12. mmg terliur juga nasi kerabu moknab tp tula masih pjg beraturnya...yg Nasi Berlauk Kuali Gelegok ada tgk org share sedap juga

    ReplyDelete
  13. Nasi kerabu moknab mmng sedap! Saya suka amik daging bakar hehe

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!