orangbukit

Dari kuale ke kuala..

Monday, 29 December 2025

Pangkin Aki Mohd @ Tanjung Malim..

Assalamualaikum semua..Isnin terakhir di tahun 2025..

Sambungan kisah makan kenduri rumah sepupu di Felda Gunung Besout 1 di Sungkai, Perak..

Balik dari kenduri, singgah di Pangkin Aki Mohd di Tanjung Malim..book satu malam di sini..

 

Kawasan di tepi sungai, off jalan besar Tanjung Malim..sebelum ke sini, singgah dulu di pasaraya TF, beli air minuman, telur ayam, timun, jajan2. Pagi tadi, mak dah masak sambal ikan bilis untuk nasi lemak buat sarapan pagi esok. Petang ni makan laksa penang, kakak bawa kuah laksa..

Kami cuma dapat book satu chalet saja, sebab dah penuh. Kakak dan adik booked dua gazebo di tepi sungai.

dua buah chalet yang basic
ada katil dan bilik air, ada air-cond
 
titi ke sungai & gazebo
 
gazebo depan sungai
tangga yang dikanan tu ialah tangga ke tandas
ada disediakan sinki untuk basuh pinggan mangkuk 
 
ada wading pool
 
bahagian depan gazebo
 
sungai yang cetek
 
bentang lapik tepi gazebo, adik bawa peralatan camping
 
tempat dapur disediakan, dapur bawa sendiri
periuk kuah laksa & rebus telur
 
aktiviti makan laksa utara
 
bermandi-manda di waktu petang
 
kalau ikutkan perancangan, nak buat BBQ di malam hari
tapi semua dah kekenyangan, tak jadi BBQ

--------------------------------------------
 
Pagi esoknya, aktiviti BBQ dimulakan, cuma ayam & sosej..
 
anak saudara tengah bakar ayam
 
 makan nasi lemak diatas gazebo
 
makan nasi lemak di luar gazebo
 
have fun in the river dengan pelampung
 
mandi sungai
 
berbaring di sungai

syok betul..sampai tak naik si budak kecik tu.. 
 
Pukul 12 tengahari, check out.. 

nohas at 15:05 20 comments:
Share

Sunday, 28 December 2025

Basuh kereta di waktu malam..

 
Assalamualaikum semua..happy weekend..
selalunya hari cuti ni memang selalu gi basuh kereta  
banyak tempat car wash di sekitar rumah dan di stesen minyak
 
berapa charge basuh kereta di sini? 
kalau basuh saja tanpa vacuum, harga antara RM8 - RM10 je
sekali dengan vacuum - RM12 keatas.. 
 
Ada satu malam tu, lepas balik kerja
teringat nak try cuci kereta di tempat baru, di blok sebelah
 
kereta sedang dibasuh - charge RM12 tanpa vacuum..
nampaknya sekali ni je lah datang sini..haha.. 
 
Bosan pula menunggu, jalan-jalan meninjau pokok-pokok di sekitar
oohh..Kebun Komuniti rupanya..
ada pokok sayur, ada pokok bunga juga 
 


Bagus projek macam ni..
selalunya projek sebegini dibawah seliaan Persatuan Penduduk 
atau Kawasan Rukun Tetangga (KRT)..
 
Apakah KRT? 

Skim Rukun Tetangga telah dilancarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 29 Ogos 1975 dalam sektor Rukun Tetangga Kampung Kassipilay, Kuala Lumpur.

Skim ini diwujudkan di bawah Peraturan - Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) dalam Ordinan Darurat 1969. Penubuhan awal Skim Rukun Tetangga adalah untuk memastikan keselamatan penduduk di kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai sektor berikutan kejadian-kejadian yang menggugat perpaduan nasional pada ketika itu. Skim ini memberi kuasa kepada penduduk dalam memastikan keamanan dan keselamatan rumah dan kawasan sekitarnya melalui rondaan wajib untuk meningkatkan perhubungan antara kaum dalam komuniti setempat.

KRT di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Kementerian Perpaduan Negara
 
Jika diawal penubuhan KRT atas dasar keselamatan, sekarang KRT bertranformasi menjadi satu entiti pelaksanaan program dan aktiviti berlandaskan lima teras iaitu perpaduan, ekonomi, keselamatan, pendidikan dan kualiti hidup
 
dekat tempat teman ni ada KRT tapi tak join, tak jadi ahli
ok juga kalau jadi ahli, dapat kenal2 dengan ahli masyarakat..
 
azam tahun baru 2026...hihi..tengoklah macamana..
nohas at 11:43 14 comments:
Share

Thursday, 25 December 2025

Breakfast is served!

 Assalamualaikum semua..
 
Jumaat lepas ada ofismate belanja sarapan..
jom tengok apa menunya... 

main menu - bihun goreng yang sedap
from Kampung Pandan with love 

pau Melayu & pau pedas

sardine puff

my big breakfast..
sedap betul bihun goreng nya..yang paling best
ada tomato ceri sebiji-sebiji
 
Alhamdulillah..semoga murah rezeki teman yang belanja.. 

 

nohas at 09:11 22 comments:
Share

Tuesday, 23 December 2025

Homemade Karipap..nice!!

 Assalamualaikum...dah start cuti sekolah..

kakak teman yg kerja cikgu, datang rumah hari Sabtu lepas

macam2 dia bawa - kuah rojak, ikan bekok, ayam masak ungkep

kerabu daun mengkudu + daun pegaga, inti karipap

Semalam buat karipap, mak teman tolong

mula-mula guna acuan, lepas tu manual kelim tepi..

old-school method..lagi kemas.. 

lupa lak nak ambik gambar the finished product..

sedap2..intinya sedap..bolehlah buat makan2 sendiri.. 

nohas at 20:57 20 comments:
Share

Wednesday, 17 December 2025

Richiamo @ KPJ Specialist Hospital

 Haritu gi KPJ Specialist Hospital untuk ambil borang yang doktor dah isi 
untuk claim insurance (kes warded 3 hari)
 
sebelum tu breakfast di Richiamo Cafe dalam hospital ni..
asyik gi Haslam je, sesekali tukar selera..hihi.....
 

order di sini
 
menunggu..
order sardin puff & iced hazelnut coffee
 
 
yeayy..dah dapat...
 
sardine puff - not bad, sedap juga..
 
Alhamdulillah..
 
Sesekali gi hipster cafe..  
nohas at 18:49 24 comments:
Share

Monday, 15 December 2025

Laksa kuale

Salam Isnin.. kisah throwback 3 bulan yang lalu..
kisah balik kampung sempena cuti hari Malaysia di bulan September..
 
Kalau datang Kuala Kangsar, kena try laksa nya
lain dari yang lain, guna tepung gandum komer...
 
makan laksa di Medan Cendol & Laksa di lembah

makan di gerai ni..order cendol juga..
 
cendolnya..sedappp..
 
laksa kuale
 
laksa & cendol
 
Alhamdulillah, atas nikmat ini..
nohas at 14:05 18 comments:
Share

Thursday, 11 December 2025

Ngupi ZUS coffee

 Assalam...ramai yang up entry ZUS coffee
teman pun nak join the bandwagon juga
 
tapi teman minum ZUS coffee bancuh sendiri
yang dalam sachet..haha..
 
Kopi Cham

Derived from the word 'cham' - meaning mixed 
in the Malaysian Chinese dialect, just like 'campur' in Malay, 
the story of local 'Charm' reflects the harmonious blend of 
cultures that define our nation 
 
Kopi pra-campuran - teh, kopi & susu
sedappp.. 
 
 Logo ZUS Coffee merupakan seorang pengembala kambing Arab dari Habsyah (Ethiopia) di mana menurut legenda menemui biji kopi
 
Beli di NSK Trade City di Brem Mall, ada 3 jenis
yang ni takde dijual di outlet rasanya..check it out..
nohas at 15:52 30 comments:
Share

Monday, 8 December 2025

Kenduri di Felda Gunung Besout 1

Assalamualaikum semua...kisah throwback bulan November..

Kenduri anak sepupu di Felda Gunung Besout 1 pada 8 November 2025..tempat Anamizu nih...hihi..kenduri belah lelaki..

Teman adik-beradik pun berpakat nak gi kenduri ni. Baru sekali bertandang ke rumah sepupu teman ni, lama dah di tahun 2019. Kisahnya di dalam entry Cerita Menjelang Raya & sepanjang Hari Raya

Nama sepupu teman nih, Ani, suami dia nama Musa. Mereka ada bela rusa, kandang tepi rumah je. Ani beritau kenduri nanti ada lauk daging rusa..best nih. Teman sekeluarga bertolak pukul 9.30pagi dari Kuala Lumpur..

 

Perjalanan jauh tak kurasa, bila hati melonjak sama
ternyanyi pulak..hehe..
 
Alhamdulillah, selamat sampai, walaupun ingat-ingat lupa lokasi rumahnya, ikut orang ramai. Bila nampak bangunan bengkel tepi jalan, dah betul dah lokasinya..orang ramai berduyun-duyun menuju ke rumah kenduri..mula-mula ikut  waze, ntah kemana dibawanya..
 
senarai penduduk..peneroka & penerokawati..
eheh..takde pulok nama..blok lain kot..
yang ni barisan depan, seberang jalan rumah sepupu 
 
ada pintu gerbang..komer
Majlis Bertaut Kasih
 
perkenalkan my cousin - Kak Ani, mother of the bridegroom
lelaki yg sebelah badan berkopiah putih tu suami dia kot
entah teman pun tak kenal..teruk betul..haha..
 
ramai sungguh tetamu
 
pelamin
  
daging rusa masak hitam
 
rendang daging lembu
 
sup daging lembu
 
banyak menu daging, ada sayur nangka masak lemak
sambal belacan, ulam-ulaman, ada laksa utara juga
 
air balang...ada 12 jenis kata DJ..
seronok tengok kerjasama penduduk disini
tuan rumah takyah pantau, air habis, petugas bancuh balik
non-stop bekerja..
 
teman lepak kat kerusi panjang dekat orang goreng cucur
sedap cucur nya, sos nya pun sedap
 
kakak no. 2 dengan anak2 dia pergi tengok rusa. Dapat call suruh gerak balik. Tengok mak dan kakak no. 1 dah berjalan di depan. Terserempak dengan pengantin baru tiba..Alhamdulillah, dapat juga tengok pengantin..

pasangan mempelai yang dirai - Asyraf & Syawaliana
anak lelaki bongsu my cousin, teman pun baru 2 kali jumpa..haha..
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..
 
Bergerak pulang, tapi tak pulang ke KL, singgah di Tanjung Malim untuk family retreat..ke sungai kita..
 
nanti kita sambung citer family retreat pula..
 
till then, thank you for reading.. 
nohas at 09:13 26 comments:
Share
‹
›
Home
View web version

About Me

My photo
nohas
View my complete profile
Powered by Blogger.